Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Sunday, January 25, 2009
Hubungan Bersambung Setelah 28 Tahun
Hari ini sempena Walimatul Urus anak Zainuddin (Batch 80/81) di Sagil, Johor telah menghubungkan kembali persahabatan kami yang telah lama terputus. Saya bersama Prof Madya Zakaria Mohd Yusoff (79/80), Dr Roslan Abdullah (80/81), Dr Awang Jusoh (80/81), Dr Razali Ngah (82/83), Hj Abdullah Zawawi (80/81) dan Sdra Shamsul (80/81) sempat mengunjungi majlis tersebut.
Di sana juga bertemu pula Sdra Yusoff (79/80) sekeluarga, Sdra Amran (80/81) bersama isteri Cikgu Jamilah (80/81) dan anak mereka Emilia. Seronok apabila bertemu kembali setelah 28 tahun tidak bertemu antara satu sama lain setelah meninggalkan Sek. Men. Teknik Terengganu.
Banyak kenangan lama disorot kembali....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam, Ambo dan keluarga pun ucap terima kepada Wae, Isteri dan anak-anak kerana sudi menerima kunjungan ambo malam tu. Terima Kasih.
ReplyDeleteKalau ada masa datang KL, singgah la pula ke rumah ambo di Bandar Sunway.
Sekarang dah selamat balik rumah selepas dua hari di Singapore.
Terima Kasih
Amran 80/81
Same to you. May our relationships flourish...
ReplyDelete"Kind words can be short & easy to speak, but their echoes are truly endless" (Mother Teresa).