Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Thursday, February 5, 2009
Bilakah pertama kali kita dipanggil "Pakcik"?
Bilakah pertama kali kita dipanggil Pakcik? Maksudnya, bukan panggilan dari anak-anak saudara kita, anak-anak sahabat kita tapi dari 'strangers'.
Di suatu hari di kedai handphone, saya bersama rakan seusia datang untuk melihat handphone terbaru. Tiba-tiba pelayan kedai, menyapa "Pakcik nak apa?". Terkejut kawan saya. Kerana yang memanggil kami pakcik bukanlah dari kalangan sebaya anak kami. Perempuan itupun agaknya 10 tahun lebih muda.
Mungkin kerana terbiasa dengan panggilan "abang" membuatkan kita terdiam buat seketika.
Kita tak perasan kita sudah mencapai usia tua. Muka sudah banyak berkedut, badanpun tak sesegak dulu, rambutpun dah banyak uban, kawan-kawanpun dah ada yang meninggalkan kita... Tapi masih merasa muda!
"Wahai manusia! Jika kamu meragui hari kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian dengan beransur-ansur kamu sampai kepada usia dewasa, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan ada pula di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua, sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya." (Al-Hajj;5)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment