Thursday, February 12, 2009

Mengimbas Kembali 2


Semasa Minggu Haluan Siswa (MHS), ada seorang bapa datang jumpa saya. "Encik pukullah anak saya jika dia buat kejahatan asalkan jangan patah!" Terkejut saya, masih ada orang yang menaruh harapan sebegitu tinggi untuk mendidik anak mereka.

Semasa taklimat MHS, saya pernah mengatakan kepada ibubapa, "Tuan-tuan dan puan-puan jangan risau, saya akan jaga anak tuan-tuan dan puan-puan dengan baik... Anak saya, impian dia nak jadi doktor dan sudah pasti tak akan masuk UTM. Jika saya jaga anak tuan-tuan dan puan-puan dengan baik, insyaAllah orang lain akan jaga anak saya dengan baik".

Semasa menjadi pengetua, saya sentiasa mengeluarkan 'Bicara Pengetua' sebagai satu medan untuk memberi peringatan kepada pelajar. Ia dikeluarkan sebulan sekali. Ini adalah salah satu darinya;

BICARA PENGETUA
Bil.25 Semester II Sesi 2006/2007 Kolej 16 & 17 April 2007

Assalamu’alaikum Warah Matullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…

Peperiksaan Akhir menjelang kembali. Seperti semester-semester lepas, pesanan saya tetap sama. Pertama, anda semua perlu membuat revision, kalau boleh dalam kumpulan. Discussion in a group is much better, boleh saling ingat mengingati. Kedua, masih tak lewat untuk bertanya pensyarah mana-mana bahagian yang tak faham. Tapi jangan pulak semuanya tak faham. Make a point to see the lecturer, he won’t bite you! Kalau anda bernasib baik, mungkin pensyarah anda akan reveal tips atau beri hint apa yang akan keluar dalam final.

Past year questions perlu dilihat supaya dapat memberi petunjuk corak soalan yang akan keluar! Silap-silap haribulan, soalan sama dengan sedikit modifikasi keluar balik. Jaga kesihatan. Riadah setiap petang secara sederhana menyihatkan badan dan membolehkan kita belajar di malam hari. Badan Sihat Otak Cerdas! Kesihatan penting dijaga. Tidur mesti mencukupi dan kalau boleh cuba elak dari belajar atau berbincang sepanjang malam. Berilah tubuh kita haknya untuk berehat. Pemakanan berkhasiat amat perlu kerana we are what we eat. Keluar ke bandar menaiki kenderaan sendiri perlu dikurangkan. Ia penting bagi mengelakkan kemalangan yang tidak berbau.

Jangan membuat rakan atau kawan terganggu dengan telatah kita. Jaga tatatertib kerana kesilapan yang kecil dikala semua orang ‘tension’ akan menjejaskan emosi. Peraturan asrama mesti diikuti dan dipatuhi. Kita tak nak, kerana saman ia menghantui fikiran anda di hujung semester, dikala duit hanya cukup-cukup untuk makan. Jangan tambah beban anda dengan perkara-perkara yang ‘unnecessary’.

Dirikan solat pada waktunya dan kalau boleh secara berjamaah. Sebatikan diri dengan doa ke hadrat Allah SWT setiap kali lepas solat. Solat-solat nawafil (sunat) dan puasa sunat elok diperbanyakkan jika mampu. Sesungguhnya Allah SWT amat mendengar doa hambaNya dan Dia adalah sebaik-baik pendengar dan pemberi pertolongan. Jangan lupa untuk menghubungi ibubapa untuk memberi tarikh-tarikh Peperiksaan Akhir anda. Sudah pasti mereka akan menyelitkan doa kepada anda setiap kali mereka berdoa selepas solat.

Minta ampun dari kesalahan kepada Allah SWT, ibubapa, pensyarah dan rakan-rakan anda. Diri anda yang diampuni dosa adalah lebih disenangi oleh manusia apatah lagi Tuhan. Last but not least, Jangan Bawa Masuk Nota Dalam Bilik Atau Dewan Kuliah!

Akhir sekali dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada barisan JKM, mantan-mantan JKM, dan AJK-AJK lain yang pernah berkhidmat dengan saya. Anda telah banyak membantu dalam membangunkan Kolej kita. Segala teguran saya, baik secara tegas mahupun berlapik adalah demi untuk mendidik dan memperbaiki diri anda. Jika ada nasihat saya yang baik, jadikanlah ia sebagai tauladan. Dan jika ada layanan saya dari segi tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan, berbanyak kemaafan saya pohonkan. Saya tidak menyimpan dendam dan perasaan benci pada sesiapa. Kepada mereka yang tamat belajar, saya doakan anda Selamat Maju Jaya. Dan kepada yang masih di Kolej 16 & 17, saya doakan semoga anda juga akan turut berjaya. Polisi atau perkara baik yang saya buat di kolej ini, diharapkan ianya akan diteruskan. Saya juga ingin memohon kemaafaan buat diri saya dan famili jika ada kesalahan dan kesilapan, baik secara sengaja mahupun tidak sengaja. Sekian.

Wassalam.

Selamat Menempuh Peperiksaan & Salam Perpisahan

KAPT HAJI WAN IBRISAM FIKRY BIN HAJI WAN ISMAIL
PENGETUA KOLEJ 16 & 17

No comments:

Post a Comment