Thursday, February 26, 2009

Mengasihi Orang Lain


“Tidak sempurna iman seseorang kamu melainkan dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri”. Begitulah maksud hadis yang kita pelajari sejak di bangku sekolah lagi. Soalnya, setakat mana penghayatan kita terhadap hadis tersebut? Adakah setakat menghafalnya sahaja dan menyalahkan orang lain yang tidak mengamalkannya?

Kalau kita hayati betul-betul maksud hadis tersebut, tak mahu kita memotong barisan di dalam kesesakan lalulintas. Kita tahu kita akan marah jika orang lain berbuat demikian terhadap kita. Yang pasti segala kata cerca akan terkeluar hasil tindakan kita yang kurang sopan itu. Cuba bayangkan kalau 40 orang yang kita potong itu menghadiahkan ucapan sumpah seranah kepada kita. Apa akan terjadi? Adakah kehidupan kita menjadi berkat? Tak perlu kira dosa pahala lagi…

Tak mahu kita memasang radio kuat-kuat sehingga mengganggu jiran di sebelah. Tidak mahu kita meninggal sisa najis dalam tandas kerana orang lain seperti kita juga jijik melihatnya. Dan banyak lagi perkara-perkara yang kita tak suka, kita tidak akan buat pada orang lain jika hadis tersebut betul-betul dihayati.

Begitu cantik sekali Islam mengajar kita supaya menyayangi, menghormati dan menghargai orang lain.

Bagaimana ya, datuk nenek moyang kita boleh tertarik dengan Islam suatu masa dahulu jika pembawa risalah yang merupakan pedagang-pedagang tidak menunjukkan contoh yang baik. Qudwah hasanah inilah yang ditunjukkan oleh mereka dan menarik orang tua kita kepada Islam.

Islam tidak tertegak hanya dengan bualan kosong tapi tertegak dengan amalan perbuatan. ‘Actions speak louder than words’. Isteri Rasulullah (SAW), Aisyah (RA) pernah berkata, “Jika kamu hendak melihat Al-Quran, lihatlah Muhammad (SAW)”. Nabi Muhammad adalah Quran bergerak, yakni baginda mengamalkan apa yang Allah (SWT) wahyukan kepadanya.

Bagaimana dengan kita? Bolehkah orang bukan Islam tertarik dengan perbuatan atau amalan kita? Cara kita berurusan, berkomunikasi, berpakaian dan sebagainya tidak nampak perbezaannya dengan mereka. Apabila berjanji, kita selalu mungkir. Apabila membuat temujanji, kita selalu lewat. Apabila berurusan, kita mengharapkan duit kopi.

Kita perlu berubah. Dan perubahan ini mesti bermula dari diri kita dan keluarga kita. Kemudian ia akan meningkat kepada masyarakat dan seterusnya negara!

2 comments:

  1. assalamualaikum en wan...bagus topik ni...tp ramai org melayu khususnya suke buat ape yang dia benci...sebagai contoh...sekiranya seseorg pernah dianiaya sewaktu dia mjadi org bawahan,tetapi apabila dia berkuasa,kebanyakkannya akan mbalasnya semula pd mereka yg berada di bawah...contoh paling mudah,budaya buli disekolah berasrama yang masih tiada kesudahan...ape komen en wan terhadap sifat segelintir org melayu yg suke buat ape yang dia benci??

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam. Betullah tu, sebab tu kita masih belum berubah dari aspek pelakuan. Maksud saya etika kita masih ditakuk lama. Kita marah orang buli kita tapi bila kita ada peluang buli orang lain, kitapun sama... But like I said, we have to change. Jangan tunggu orang lain berubah baru kita nak berubah. Ingat ayat Allah bahawa, Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang merubah nasibnya. Allahu'alam.

    ReplyDelete