Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Tuesday, July 28, 2009
Tak Sampai Hati...
Pagi tadi selesai solat Subuh di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, aku kembali ke rumah. Pada mulanya, aku ingat hendak singgah di Pasar Taman U untuk membeli lauk pauk tetapi lupa untuk membawa alas. Biasanya aku membawa baldi untuk mengelakkan air ikan dan sebagainya tumpah ke 'carpet' kereta. Kalau tumpah, masyaAllah, tidak hilang baunya dua tiga hari...
Sudah agak lama aku tidak ke pasar. Selalunya ke Pasar Tani di Taman Sri Pulai setiap hari Ahad. Tetapi disebabkan setiap minggu ada program, agak-agaknya dah lebih tiga minggu tidak ke pasar. Itupun bila isteri menyuarakan lauk sudah tiada, aku sempat mencari ayam organik di kedai HPA di sebelah Pasaraya Giant berdekatan dengan rumahku.
Buka aje pintu, aku lihat Rasyid dalam pakaian sekolah sedang menangis. Maknya memaklumkan 'Ammar telah menyepak adiknya kerana suruhannya tidak dipenuhi oleh Rasyid. Terasa panas juga hati, lantas aku mencapai rotan dan menyuruh Sakinah memanggil 'Ammar.
Sambil menunggu 'Ammar, aku terus menyambung tilawah harianku... Sekarang aku tengah membaca Surah Sad, harap-harapnya sebelum Ramadhan aku dah khatam dan dapat memulakan yang baru pada 1 Ramadhan nanti. Rotan ku genggam erat di tangan kiri sementara Al-Quran di tangan kanan.
Kemudian 'Ammar muncul. "Kenapa 'Ammar sepak adik?", tanyaku. "Dia tak buat apa yang 'Ammar suruh", balasnya. "Kalau abah suruh 'Ammar buat sesuatu tetapi 'Ammar tidak buat. Boleh tak, abah sepak 'Ammar?", tanyaku lagi. Dia tunduk tanpa memberi jawapan kepada persoalanku.
"Dalam ramai adik-beradik, Rasyidlah yang paling sayang kepada 'Ammar", sambungku. Pernah sekali, bila 'Ammar mengikuti 'trip' sekolah selama beberapa hari, adik Rasyid yang bersuara, "Boringnya tak ada abang 'Ammar", ujarku lagi.
'Ammar dengan Abang seperti kucing dengan anjing. Tak pernah dia mengalah. Begitu juga dengan Achik yang 2 tahun lebih tua darinya. Jarang Achik menang...
Ku lihat, matanya mula mengalir manik-manik jernih... Lantas tak sampai hati untuk mengangkat rotan di tangan kiriku.
"Pergi minta maaf kepada Rasyid dan peluk dia", tegas aku. Dengan akur, 'Ammar melakukan apa yang aku suruh...
Diapun tahu, Rasyidlah adiknya yang selalu bersamanya dikala suka dan duka...
"Ya Allah, satukanlah hati anak-anakku... Jadikanlah mereka, anak-anak yang soleh dan solehah... Teguhkan hati mereka dengan agamaMu, ya Allah... Tetapkan pendirian mereka dalam Islam, dan hidupkan dan matikan mereka dalam iman. Amin ya Rabbal 'alamin"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamu'alaikum abah.
ReplyDeleteAda-ada je adek2..rindunya kat diorang..
teringat zaman kecik2 bile gaduh sama2 adik-beradik..tp sy masa kecik,abah biar bergustikan kami bergusti dulu sampai ada pemenang,abah jadi pengadil,lepas dh penat gabuh dan berhenti..dua-dua orang kena sebat dengan rotan..hahaha..bile difikirkan,kelakar la pulak..
ReplyDeletefirdaus
Anak-anak memang begitu faelnya. Kita tidak boleh melihat satu insiden dan terus membuat rumusan negatif.
ReplyDelete'Ammar begitu penyayang kepada adik bongsunya. Sekiranya terdengar aje Asmaa Solehah menangis, dialah yang pertama muncul. Dari Asmaa baru lahir sehinggalah Asmaa sudah berumur 10 bulan sekarang.
Asmaa pula bila 'Ammar ambik, terus senyap.
Setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing...