Tuesday, September 1, 2009

Happy Birthday to Me!!!


Hari ini genaplah usiaku 45 tahun. Semalam jam 12.16 pagi, anak pertama sms dari Kaherah, Mesir mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadaku. Jam 5.34 pagi, anak kedua pula sms menyatakan benda yang sama.

Hari ini, ramai kawan-kawan internet mengucapkan 'Happy Birthday' kepada ku. Takaful Ikhlas dan Jusco turut mengirimkan sms.

Kalau difikirkan apa untungnya kita mengingatkan seseorang tentang penambahan usia tuanya. Mungkin akan merisaukan lagi 'birthday boy' kerana saat kematiannya semakin hampir...

Sebaliknya pula, ucapan itu kalau diambil secara positif merupakan ucapan tahniah kerana kita berjaya melalui 45 tahun dengan jayanya. Ada rakan sebaya yang tidak sampai ke tahap ini. Ada yang pergi kerana sakit, kemalangan sendiri mahupun kemalangan akibat kesalahan orang lain.

Kalau di Barat, remaja begitu menunggu untuk mencapai usia 18 tahun. Usia yang menjadikan dia bebas untuk membuat keputusan sendiri. Ibubapa sudah tidak boleh memberi tunjuk ajar lagi. Dia sudah bebas sebebas-bebasnya! Bebas untuk meminum minuman keras, bebas untuk pergi ke pub, bebas untuk membuat hubungan kelamin tanpa nikah dan bebas untuk tidak tinggal bersama ibubapa lagi...

Ya Allah, Engkau jauhilah anak-anakku dan zuriat mereka dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar! Ya Allah, Engkau rahmatilah mereka dan berikan mereka perlindungan dari segala cubaan dan tipu daya syaitan. Ya Allah, Engkau suluhkan mereka dengan nur dan hidayah dan tempatkan iman di hati mereka. Ya Allah, Engkau berkatilah kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pendengar dan Pemberi pertolongan. Amin ya Rabbal 'Alamin!

Semoga hari-hari mendatang menjadikan aku lebih bertaqwa kepadaMu, wahai Tuhan!

3 comments:

  1. selamat hari jadi yg ke-45 ayahku...semoge dgn bertambah usiamu bertmbhlah amal kebajikanmu..doa aman sentiasa mengiringi setiap pekerjaan yg abah lakukan...senyum sokmo!!!

    ReplyDelete
  2. saya juga. hehe.
    moga sentiasa hidup di bawah rahmat dan lindungan-Nya.
    Ramadhan kareem.
    :)

    ReplyDelete
  3. Jazakumullahu khairan kathira for both of you guys. Semoga hidup kita dalam keberkatan dan mendapat redha Allah sehingga akhir hayat. Amin!

    ReplyDelete