Sunday, October 25, 2009

Hari Lahir Asmaa Solehah


Semalam 24 Oktober, genap setahun umur Asmaa Solehah. Harapanku sebagai seorang ayah hanyalah supaya dia terus membesar dalam keadaan sejahtera, dilitupi dengan iman dan diselubungi dengan Islam. Akhirnya menuju mardhatillah...

Berjalan sudah laju, baik dalam rumah mahupun berkasut di luar rumah. Abang-abang dan kakak-kakak begitu terhibur dengan gelagatnya.

Dengan gigi yang sudah ada 6 batang, makan apa saja yang disuap. Tadi semasa kami makan tengahari berlaukkan budu dan ulam timun, dia asyik makan timun aje. Pantang tengok kita makan, dia mesti hendak makan juga.

Kalau abang atau kakak berada di luar rumah, diapun ingin ikut sama bermain di luar rumah.

Buku-buku di rak yang sampai tangannya, diambil buangnya ke bawah. Pendekata barang-barang berkaca perlu diletakkan di tempat yang tinggi.

Inilah fasa-fasa yang ku lalui sudah 9 kali...

Malam tadi isteri bertanya pasal Syakir kepadaku. "Syakir ni selalu bertanya soalan macam Acik masa kecil dulukan?". Syakir sudah berumur 5 tahun dan selalu menanyakan soalan yang kadang-kadang memerlukan kita berfikir. "Tak pasti pulak saya" jawabku kepada isteri.

Isteri begitu mengingati perkara-perkara begini. Siapa yang pandai bercakap dulu, Siapa yang boleh berjalan dulu, Siapa yang selalu sakit, Siapa yang tak banyak cakap, Siapa yang banyak bertanya, dan sebagainya.

Akupun mungkin dapat mengingatinya jika anak hanya dua orang! Nak mengiakan saja soalan isteri takut dikatakan tidak jujur dalam berbicara. Maklumlah ahli akademik katakan.

Sungguhpun begitu aku tak pernah 'missed' tarikh 'birthday' dan 'anniversary'. Bukan susahpun, di awal tahun bila dapat diary UTM, masuk aje tarikh-tarikh penting tu. Sekurang-kurangnya, apabila tiba masa 'birthday' anak yang mana-mana, kita ucapkan 'Selamat' untuknya. Dan didoakan semoga anak kita ini tetap di dalam landasan Islam dan sejahtera di dunia dan di akhirat.

Apa yang aku ingat pasal anak-anakku ialah apabila mereka hendak membuang air besar mereka akan pergi menyorok di belakang almari ke, kerusi ke. Hanya menyorok muka tapi badan nampak. Mungkin seperti burung Kasawari atau Ostrich, bila ketakutan hanya meletakkan kepalanya di dalam lubang tetapi badannya yang besar itu jelas kelihatan.

Apapun, eloklah kalau kita dapat sama-sama mengingati tarikh-tarikh penting bersama isteri. Kadang-kadang, kita 'couldn't care less' pasal tarikh-tarikh atau peristiwa ini tapi 'sometimes, it means a lot to our partner'. Lagipun, salah satu dari tujuan kita berkeluarga adalah untuk mengembirakan hati isteri atau suami kita....

2 comments:

  1. Anak 2 orang pun belum tentu dia ingat semua peristiwa ttg anak2nya. Itulah kehebatan isteri cik wan...Alhamdulillah..semua fasa2 kehidupan anak2nya segar diingatan. Scared to death bila first time anak2 start berjalan. Suami2 bukan tak ingat tapi dok sibuk ingat...euroleague, golf tournament, premier league, objective jabatan n fakulti...n banyak lagi urusan dunia yg mereka nak ingat....hehehe

    ReplyDelete
  2. Majoriti macam tu tapi tak semua... Mungkin 49% dari suami-suami mengambil berat hal keluarga dan anak-anak as much and as good umminya jua.

    Thanks for dropping a line. I think this must be Ina from Ireland.

    ReplyDelete