Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Friday, November 13, 2009
Abah, Atiq dapat 5 A.....
"Abah, Atiq dapat 5 A", maklum Rasyid padaku. "Dapat 1 aje C, dan yang lain semua B", sambung umminya, cuba menyokong keputusan peperiksaan akhir tahun Rasyid. Keputusan ini sudah pasti lebih baik dari tahun sebelumnya.
Sebelum ini, umminya mengajar di sekolah dan tidak sempat untuk mengajar anak-anak di rumah. Sekarang, sebelum peperiksaan pada esoknya, umminya akan pastikan semua buku yang berkaitan dibaca.
"Abah ingat dapat nombor 5. Kalau tidak, boleh abah pergi beli basikal sekarang", jawabku. Sudah lama aku berjanji kepada Rasyid sekiranya mendapat nombor 1 hingga 5, akan ku belikannya basikal. Dan diapun sudah lama meminta untuk aku belikannya basikal.
"Sakinah dapat berapa A?", tanyaku lagi. "Nah, dapat semua A", balas Sakinah. "Jadi, Hari Ihtifal nanti, Sakinah seorang aje yang akan naik pentas ya?", sambungku lagi.
"Atiqpun naik pentas kerana puasa penuh, hafazan dan tilawah semasa Ramadan dulu", balas Rasyid. "Oklah, nanti abah berikan sesuatu untuk raikan kejayaan masing-masing", jelasku.
Hari Ihtifal Sekolah Rendah Islam Hidayah akan berlangsung pada 21 November ini. Dengar-dengar khabar, Abang 'Ammarnya terlibat dengan persembahan semasa Ihtifal nanti.
Yang di sekolah menengah pula, hanya Acik menghadapi peperiksaan akhir. Abang sudah menghadapi PMRnya tempohari dan Angah akan memulakan peperiksaan SPMnya pada minggu depan (18 November).
Didoakan semoga Angah dapat membuat jawapan yang terbaik dan sihat sepanjang peperiksaan nanti. Didoakan juga Abang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PMRnya... Amin!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah buat anak2. Yang ambil peperiksaan besar, Insyaalah..... segala usaha dan penat lelah mejadi tangga pada kejayaan kelak. Disertakan sekali doa ibu & ayah. Nanti jgn lupa bagi tau keputusan Abang dlm PMR dan Angah dlm SPM. Saya mendoakan mereka dapat menghadapi dengan tenang dlm menjawab soalan2 peperiksaaan. AMIN!
ReplyDeleteTerima kasih diatas kiriman doa... Mudah-mudahan saudarapun diberikan kebaikan & kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi...
ReplyDeleteWah, hebatla Rasyid..bagus-bagus. Lepas ni insyaAllah terus success. Sakinah memang best!! Tahniah kat sume. Kalong doakan adek-adek klong terus succes dengan mumtaznya dunia akhirat. Doakan kak long kat sini juga. Luv u all..
ReplyDelete