Wednesday, May 5, 2010

Berbual Dengan Kawan Lama...



Perhubungan melalui internet banyak manfaatnya... Ia boleh menghubungkan persahabatan atau persaudaraan dengan begitu mudah. Tambahan pula ia cepat, ringkas, dan murah.

Setelah membeli kad internet yang dijual di kedai runcit, aku membuka e-mail. Kelihatan nama Pok Yeh (Idris Hassan) menyapa Dr Ruslan yang merupakan 'classmate'nya dalam 'mailing list group' alumni SMTT. Lantas aku menanyakan lokasi Pok Yeh kerana aku tahu beliau berada di Kedah. Mungkin boleh keluar bersembang sambil makan-makan.

Tak semena-mena, Pak Ya (PM Hj Zakaria Mohd Yusof) dari Skudai telah meng'sms' kepada ku nombor 'hand-phone' Pok Yeh. Aku pasti Pak Ya respon kepada e-mail yang aku hantar kepada Pok Yeh melalui e-mail Alumni SMTT beberapa saat tadi.

Kemudian aku menelefon Pok Yeh dan beliau dari Kuala Nerang sanggup untuk datang berjumpa dengan ku di Jitra. Katanya, perjalanan dari Kuala Nerang ke Jitra hanya mengambil masa 30 minit.

Aku membawa Pok Yeh ke Restoren Yasmeen dan kami berborak mengenai keluarga, kawan-kawan dan sebagainya sehinggalah jam 12 tengah malam. Agak lama juga aku tidak berjumpa Pok Yeh... Mungkin hampir 10 tahun.

Kenangan lama diimbau kembali. Seorang demi seorang sahabat dibaca telah pergi mengadap Illahi. Aku hanya mampu merenung jauh, dan berkata, "Giliran kita pasti tiba!".

No comments:

Post a Comment