Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu 2010...


Menyambut Hari Ibu berbeza dari segi tempat dan tarikh. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, bolehlah ke sesawang wikipedia. Menurut wikipedia, Malaysia dan kebanyakan negara lain menyambut Hari Ibu pada hari Ahad Kedua Dalam Bulan Mei.

Pada saya menyambut Hari Ibu sepatutnya dilakukan pada setiap hari. Dan tidak hanya terhad pada hari-hari tertentu saja. Syurga di bawah tapak kaki ibu!

Begitu juga bermaaf-maafan. Bukan hanya menunggu sehingga hari raya saja untuk kita bermaaf-maafan. Tetapi perlu dilakukan selalu apabila kita merasakan bahawa kita telah membuat dosa kepada seseorang.

Jasa ibu tiada balasannya! Pengorbanannya, susah payah membesarkan kita, tempat kita mengadu, tempat kita bergantung untuk mendapatkan nasihat, yang memasak makanan kita, yang mendidik kita di rumah, dan pelbagai fungsi lagi. Itulah jasa ibu...

Tiada ibu sanggup melihat seekor lalat hinggap di atas anaknya, apatah lagi nyamok! Jangan cuba hisap darah anakku...

Ibu kurang tidur tidak mengapa, janji anak yang dijagainya dapat tidur dengan nyenyak!

Ibu berlapar tidak mengapa, janji anak yang dibelainya dapat makan!

Ibu tiada pakaian baru tidak mengapa, janji anak yang dikasihi dapat memakai baju baru ketika raya!

Aku sayang ibu... Tetapi ibuku telah tiada...

Wahai ibu, doa sentiasa ku lafazkan untukmu setiap kali selepas solat. Apabila aku berdoa untuk anak-anak dan isteriku, tidak ku lupa untuk berdoa untuk mu jua...

"Rabbiq firli waliwaa lidayy, warham huma kama rabbayanaa soghira". "Rabbana hablanaa min azwajinaa wa zurriyyatina qurrata'ayun, waj 'alna lilmuttaqina imama".

No comments:

Post a Comment