Sunday, June 10, 2012

Berhati Dalam Berkata-Kata


Kita kurang berhati-hati apabila berbicara.Saya takut kita boleh jatuh kufur dengan percakapan kita tanpa kita sedari.

Saya ingin membawa kisah suatu perbincangan dalam satu mesyuarat di sebuah tempat, nun jauh di sana…

Perbincangan berkisar tentang keperluan askar sukarela mendapat latihan berenang. Askar laut sudah pasti mereka berupaya untuk berenang. Askar darat belum tentu. Ini adalah kerana corak latihan ‘navy’ dan ‘army’ berbeza. Silap-silap haribulan seorang ‘army’ jika tercampak ke laut mungkin dia akan mati lemas!

Jadi perbincangan berkisar tentang latihan yang perlu dilalui oleh askar darat dan laut di sebuah kolam renang di sebuah IPTA.

Maka banyaklah dibincangkan samaada perlu diasingkan atau tidak para askar yang mengikuti kursus berenang mengikut jantina.

Ada yang mengatakan bahawa jika diasingkan maka mereka perlu jurulatih wanita untuk melihat tahap keselamatan askar di dalam air. Pada saya, jika itu diperlukan maka kita wajib mecari seorang jurulatih wanita. Apa masalahnya?

Ada yang menyatakan bahawa dia telah 30 tahun bersama ‘navy’ dan aktiviti berenang sentiasa dibuat bersama antara lelaki dan perempuan. Setakat ini, belum ada yang kena rogol. “Kami ‘navy’ mempunyai tahap iman yang tinggi”, jelas salah seorang ahli mesyuarat.

Sedih saya mendengar logik akal manusia mendahului hukum hakam Allah!

Tak berani saya untuk menegur. Tetapi dalam hati saya berkata, “Janganlah kita mempersendakan hukum Allah!”. Allah yang mencipta kita, Dia maha mengetahui baik buruk perangai manusia!

Kita sebagai seorang lelaki pantang melihat peluang! Jika ada ruang dan peluang, iman akan luntur…

Iman kita tak sekuat iman Nabi Yusuf yang diajak isteri Raja untuk berlaku curang!

Sebab itu seseorang lelaki yang diajak melakukan zina oleh seorang perempuan perawan dan hartawan dan jika lelaki tersebut mampu berkata, “Aku takut kepada Allah”, maka lelaki tersebut termasuk dalam golongan yang dapat bernaung di bawah arasy di yaumul mahsyar.

Kita seboleh-bolehnya ingin menjauhi dari perkara-perkara yang dilarang Allah. Apatah lagi apabila kita berada di pihak yang membuat keputusan. Kita takut dengan keputusan kita yang bertentangan dengan Islam akan menghancurkan segala amal baik kita selama ini… Kadet hanya menurut dan akur dengan perintah!

Jangan kita masih segar dengan idea-idea ‘Mat Salleh’, yang kurang peka dengan halal haram. Apabila kita yang membuat dasar atau keputusan, seboleh-bolehnya kita akur dengan hukum Allah. Jangan main logik akal aje.

Tetapi tidak semua orang berani menegur! Kita menegur dalam hati dan itu adalah selemah-lemah iman!

Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada diri ini untuk menyatakan ‘hak’ walau sekalipun pahit! Janganlah Engkau jadikan kami seperti syaitan bisu, yang hanya menurut dan akur dengan pandangan mereka yang berada di atas, Amin!!!

No comments:

Post a Comment