Thursday, June 7, 2012

WWW 1

Ramai memperkatakan tentang tender nombor kenderaan yang bermula dengan WWW. Ada yang pro dan ada yang kontra. Tetapi bagi Tok Wae, ia adalah 'non issue'! Kenapa tiada isu?

Manusia diciptakan Allah SWT dengan adanya nafsu. Oleh itu, nafsu inginkan kepada keseronokan, keganjilan, dan kemahuan yang tiada batasnya. Hanya mereka yang mempunyai iman yang unggul boleh melawan kemahuan dan keinginan yang bagi sesetengah manusia melampaui batas tatasusila manusia yang waras.

Bagi Tok Wae, biarlah nombor 'special' itu ditender sehingga melebihi RM1 juta pun. Tak ada masalah... Hanya mereka yang kaya dan mampu boleh berbuat demikian! Bagi kita untuk mendapatkan nombor yang cantik dengan bayaran seribu duapun dah terlalu mahal.

Bagi mereka yang mampu, keinginan itu sanggup dibayar walau seberapa banyak jumlah RM sekalipun.

Apa yang penting duit bayaran tersebut kembali kepada kerajaan. Dan kerajaan boleh membelanjakan hasil tender itu kepada kebajikan dan pembangunan masyarakat yang memerlukan.

Analogi yang mudah ialah bagaimana sesetengah pihak menjual meja untuk 'Jamuan Makan Amal'. Kalau kita fikir secara logik, apa perlu sesebuah syarikat membeli meja yang memuatkan 10 orang untuk makan dengan bayaran RM1,000, RM5,000 dan sebagainya. Lebih baik mereka makan di restoren biasa saja kalaulah tujuan yang sebenarnya hanya untuk makan. Dan kalau nak berderma, derma ajelah... Kita perlu akur bahawa sesetengah golongan korporat suka berderma secara begitu.

Yang menjadi salah dan Tok Wae sangat-sangat tidak bersetuju jika wang yang digunakan untuk tender nombor yang cantik itu adalah dengan menggunakan wang kerajaan sendiri. Seseorang yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan dan ingin mendapatkan nombor cantik tetapi dengan cara menggunakan duit rakyat. Ini yang salah! Kalau duit mereka sendiri tak ada masalah. Biarkan...

Janganlah kita suka mempolitikkan perkara yang remeh!

Kita boleh berkata kepada diri kita sendiri, kalaulah aku mempunyai duit sebanyak itu, aku lebih suka membelanjakan kepada fakir miskin, menghantar orang naik haji, dan sebagainya. Itu kita...

Tetapi mereka yang kaya raya ini, mungkin telah menunaikan benda-benda kebajikan seperti itu (Kalau belum, kita doakanlah supaya mereka berbuat demikian). Dan adalah hak mereka untuk membelanjakan wang mereka ke mana dan kepada siapa. Bila mati besok, mereka sendiri yang akan menjawab kepada Rabbul Jalil ke mana kamu membelanjakan wang dan harta yang kamu miliki.

Kitakan mempunyai hobi dan kegemaran yang pelbagai! Ada yang suka menambah rumah, kenderaan, isteri, dan sebagainya. Kalau mampu, apa salahnya?

Sesetengah orang suka 'shopping'... Kadang-kadang barangan yang hendak dipakai masih elok tetapi kerana hobinya sebegitu maka ia keluar untuk membeli belah. Sesetengah yang mampu, 'shopping' mereka di luar negara!

Bagi saya kegemaran 'shopping' di luar negara ini tidak elok. Bukan setakat 'shopping' sahaja, membawa artis luar untuk 'menghiburkan' rakyat juga satu pembaziran. Ia akan mengalirkan keluar duit dalam negara.

Seelok-eloknya belanjalah dalam negara kerana wang kita akan bertukar tangan hanya dalam negara kita. Dan ekonomi negara akan berkembang! Sesiapa yang berminat tentang isu ekonomi ini, bolehlah membaca tentang "Economic Base Theory".

Akhirnya, Tok Wae berpandangan janganlah kita mengukur baju orang lain dengan badan kita. Apa yang penting, duit tender tadi akan diperolehi kerajaan dan kerajaan yang baik akan menggunakan duit tender tersebut untuk kemaslahatan dan kebajikan rakyatnya.

No comments:

Post a Comment