Aku mencintaimu ya Ramadhan! Aku merinduimu melebihi aku merindui Syawal dan Zulhijjah. Engkau begitu pemurah... Engkau begitu kudus... Engkau begitu baik... Engkaulah segala-galanya!
Tahun ini hampir 48 kali aku menemuimu. Aku kurang pasti sejak bila aku menyayangimu. Yang pasti kesayanganku padamu, semakin tahun semakin mantap dan bukan sebaliknya...
Dulu sewaktu ku kecil, perkara utama di bulan Ramadhan ialah makanannya. Aku seronok sewaktu berbuka... dihidangi dengan berbagai juadah, lauk pauknya mahupun kuih muihnya. Ikan atau ayam percik menjadi salah satu hidangan istimewa. Kuihnya pula terdiri dari akok, jala mas, 'netbak', dan lain-lain lagi. Air minuman pula yang terhangat sewaktu dulu ialah air nira atau kita panggil 'air tuak', disamping air tebu dan sirap bandung!
Kemudian yang aku juga ternanti-nanti ialah hidangan selepas tarawih atau mereka panggil 'moreh'. Setiap malam, menu 'moreh' bertukar mengikut kemampuan penaja. Sesiapa saja boleh menaja moreh... menunya semudah atau seringkas cendol atau bubur kacang sehinggalah kepada yang agak rumit seperti pulut durian, rojak, mee sup dan sebagainya.
Peringatan tentang pahala puasa, pahala memberi makan orang berpuasa atau gandaan amal yang dilimpahi Allah SWT tidak menjadi agenda utama atau kurang berkesan pada waktu itu.
Puas imam atau ustaz berceramah tentang malam lailatul qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Cuba bayangkan gandaan pahala kita sekiranya kita melakukan amal di malam tersebut.
Hadis juga meriwayatkan bahawa pahala orang yang mengerjakan amalan sunat diganjarinya pahala amalan wajib, dan mereka yang mengerjakan amalan wajib maka digandakannya sebanyak 70 kali ganda.
Ini semua benda yang tak nampak tengok! Pahala-pahala ini semua benda yang akan datang! Kita mau sekarang!
Berbanding dengan sepaha ayam golek terhidang dengan aromanya menusuk hidung. Segelas air cincau sejuk yang dicampur sirap bandung begitu deras menuruni anak tekak.
Apa nak lagi?
Sewaktu dulu juga di kampung, kadang-kadang saudara mara atau jiran akan menghulurkan sepiring kuih sebelum waktu berbuka. Kita akan membalas piringnya tadi dengan kuih yang kita buat pula.
Kuih yang pada mulanya hanya sejenis, sekarang sudah menjadi beberapa jenis, hasil dari kemurahan hati dan keberkatan sesama jiran tetangga.
Di masa lampau juga, kita kurang berminat untuk solat tarawih. Kita tidak kisah imam sudah mengangkat takbiratul ihram..."Allahu Akbar!"
Masa yang ditunggu-tunggu oleh kita ialah masa imam ingin rukuk. Di kala ini, barulah kita bergegas untuk takbiratul ihram dan rukuk bersama-sama imam.
Nampak macam kita 'work smart' aje, walaupun tak sempat membaca surah al-Fatihah semasa berdiri (qiam) tadi tetapi kita mendapat ganjaran yang sepertimana mereka yang lain. Maksudnya kita mendapat dua rakaat penuh!
Apabila kita menunaikan solat di mana-mana masjid, kita dapati ada sesetengah orang yang lewat, mereka menunggu sehingga imam tersebut bangkit berdiri, 'then', baru dia 'joined the prayer'. Apa salahnya kita ikut semasa imam 'itidal atau sedang sujud? Pahala orang yang 'masuk' awal ke dalam saf berjamaah tak sama dengan mereka yang masuk kemudian. Lagi awal lagi bagus!
Buat apa nak 'masuk' semasa sujud, rakaat itu bukannya dikirapun... Kita begitu berkira-kira dengan Allah...
Tetapi sekarang, aku begitu merinduimu! Kedatanganmu ku nantikan dan pemergianmu ku tangisi...
Amalanku di bulan Ramadhan semakin baik walaupun tak seelok para sahabat dan anbia'.
Solat tarawih, solat malam, sedekah, qiamul-lail, zikir, tilawah dan tadabbur al-Quran aku lakukan walaupun tidak sekerap yang aku harapkan.
Agenda makan sudah tidak menjadi agenda utama lagi. Apa yang penting ialah ada buah kurma, satu lauk, sayur, buah, nasi dan air. Untuk bersahur, jarang sekali aku menjamah nasi. Hanya sekadar sekeping dua roti, air panas, dan secawan air masak.
Itulah putaran kehidupan. Pandangan kita terhadap sesuatu berubah. Ia berubah sesuai dengan usia yang Allah bekalkan kepada kita.
"Ya Rabb, berkatilah Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah daku ke bulan Ramadhan" Amin!!!
Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Wednesday, July 4, 2012
Monday, July 2, 2012
Harapan Seorang Pensyarah...
Seorang murabbi atau guru sentiasa mengharapkan anak didiknya memahami apa yang diajar. Kalau boleh hendak diulangnya berkali-kali supaya semua murid dapat memahaminya. Kadang-kadang banyak masa yang diambil untuk menerangkan sesuatu yang gurunya atau pensyarahnya merasakan begitu penting.
Pada guru, biar masanya dihabiskan tetapi matlamat proses pengajaran dan pembelajaran itu tercapai. Inilah semangat jitu seorang guru. Beriltizam bersungguh-sungguh dan sentiasa istiqamah mencerna fikrah yang diimpikan kepada setiap orang muridnya.
Muridnya pula bagaimana? Mungkin ada segolongan ikhlas ingin menerima segala curahan ilmu dari murabbinya. Mungkin juga segolongan merasakan seperti terpaksa untuk menerima dan tidak bersungguh-sungguh menelaah apa yang diajar. Mungkin juga ada segelintar yang langsung tidak ambil kisah dengan apa yang ingin disampaikan oleh gurunya.
Pun begitu gelagat pelajar-pelajarnya, seorang pensyarah tetap tsabat dengan apa yang dilakukannya. Pada pandangan pensyarah tersebut, mungkin hari ini pelajar tersebut tidak dapat memahami dan tidak dapat 'relate' apa yang diajar dengan kehidupannya seharian. Tetapi mungkin suatu hari nanti, apabila pelajar-pelajarnya sudah bekerja dan berumah tangga maka ilmu yang dulunya diajar dapat diaplikasikan oleh mereka.
Ilmu yang diajar oleh guru juga berbeza. Ada yang berbentuk formal dan diajar di dalam bilik kuliah. Ada juga yang diajar secara informal iaitu di luar bilik darjah.
Janganlah kita menganggap bahawa ilmu itu hanya diajar di dalam kelas. Banyak ilmu yang boleh kita garap melalui pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal. Ilmu itu ada dimana-mana...
Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku bukan sahaja dari guru kepada murid tetapi juga dari murid kepada guru. Dalam hal ini, seorang guru seharusnya berlapang dada untuk menerima ilmu dari muridnya.
Jangan sekali-kali para murabbi merasakan bahawa hanya dia berhak menyampaikan ilmu dan bukan sebaliknya.
Ilmu juga boleh didapati dari pembacaan secara persendirian. Ilmu juga diperolehi apabila kita menziarahi tempat orang. Dengan kata lain, ilmu yang diperolehi melalui pemerhatian dan penghayatan kita tentang kehidupan masyarakat lain adalah ilmu yang tidak formal. Kadang-kadang ilmu yang tidak formal ini lebih terkesan kepada jiwa kita berbanding ilmu yang disampaikan secara formal.
Pada Tok Wae, kita seharusnya menerima ilmu yang dipelajari baik secara formal mahupun tidak formal. Apa yang penting ialah ilmu itu tidak lari dari norma-norma kehidupan manusia yang sejahtera dan beriman kepada Maha Pencipta.
Jika ilmu itu bertentangan dengan pegangan ubudiah dan tauhid kita maka kita seharusnya meninggalkan ilmu yang terpesong itu. Banyak kita dengar kebelakangan ini, ajaran-ajaran yang sesat dan terpesong.
Ada ilmu yang kita dengar bahawa kita tidak perlu solat dan hanya memadai dengan solat beberapa kali sahaja. Mereka yang terikut dengan perkara ini tidak terhad kepada masyarakat bawahan tetapi ada juga dari kalangan mereka yang berpendidikan tinggi.
Pada setiap hari raya, Tok Wae nampak banyak sekali kereta yang besar-besar datang berkumpul di rumah 'Hassan Anak Rimau' di Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan.
Dimana silapnya?
Silapnya ialah mereka yang berpangkat tinggi ini jiwanya kosong dan tidak mendapat pendidikan asas agama. Mereka suka perkara-perkara yang mudah dalam beragama dan terikut-ikut dengan trend kehidupan 'work smart' dan bukannya 'work hard'.
Dalam agama Islam, pada Tok Wae kita perlu 'work hard' dan disusuli dengan 'work smart'.
Rasulullah dan para sahabat 'worked hard'. Rasulullah sendiri solat malam sehingga bengkak kakinya walaupun telah dijamin syurga. Para sahabat pula bertungkus lumus menyebarkan dakwah dan ada yang syahid kerananya. Tiada yang tidak berkorban harta dan nyawa kerana Islam.
Amat daif dan naiflah kita sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak perlu bersusah-susah, tidak perlu berkorban harta dan nyawa, tidak perlu meningkatkan amal fardi dan jamaie dalam usaha mencari redha Allah. Sesungguhnya syurga Allah amat mahal harganya!

Sunday, June 24, 2012
Ilmu Allah Maha Luas...
Banyak yang kita boleh belajar dari segala kejadian yang berlaku. Semua terserah kepada kita...sama ada kita ingin memahami dan mendalami setiap kejadian atau kita membiarkan saja dengan hanya mengatakan...itu sunnatullah!
Kepada mereka yang berfikir, mereka cuba mendapatkan ibrah diatas sesuatu kejadian. Ia bukan fenomena alam semata-mata tetapi pasti wujud suatu maksud tersirat dan tersurat disebaliknya.
Allah mencipta bumi yang luas yang mana terdapat di atasnya bukit bukau, tasik, sungai, tanam-tanaman, haiwan yang berpasang-pasangan. Menjadikan siang untuk kita mencari rezeki dan malamnya pula untuk kita berehat. Tiada satu yang memusnahkan tetapi semuanya saling lengkap melengkapi dan akhirnya menjadi satu eko-sistem yang dinamik!
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan
padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang
mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya
pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti.
Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi
kaum yang (mahu) berfikir. (Ar-Ra'd 13:3).
Cuba kita perhatikan kepada sesuatu objek atau perkara atau haiwan... Kita dapati mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Biarpun mereka dari rumpun yang sama. Contoh yang paling mudah ialah cuba perhatikan kejadian keluarga kita. Tidak semua adik beradik kita sama dari segi rupa paras fizikal, perangai, mentalti dan keintelektualannya. Walhal, mereka lahir dari ibubapa yang sama... Ini menunjukkan kekuasaan Allah SWT berbanding dengan kebolehan kita menentu dan merencana sesuatu perkara.
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi
berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan
jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan
yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami
lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa,
dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda
kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya. (Ar-Ra'd 13:4).
Kita sepatutnya menggunakan akal fikiran yang waras dalam menentukan siapakah yang patut kita sembah dan agongkan. Pasti tidak lain dan tidak bukan, Ia hanyalah Allah SWT!
Patutkah mereka tidak mahu berfikir
sehingga mereka tidak nampak bahawa patung itu tidak dapat menjawab
perkataan mereka, dan tidak berkuasa mendatangkan bahaya atau memberi
manfaat kepada mereka? (Taha 20:89).
Kewajaran kita membuat pertimbangan dalam menyatakan sesuatu perkara seharusnya kita menjadikan ajaranNya sebagai dasar atau landasan atau dustur supaya kita tidak tersasar dari ruang lingkup yang sebenar. Banyak peristiwa-peristiwa lama yang perlu kita pelajari dan menjadikannya sebagai suatu pengajaran. Keterbatasan pemikiran kita sudah pasti tidak mampu menelaah kejadian yang luar biasa. Bacalah kisah Ashabul Kahfi, Isra' dan Mi'raj, dan lain-lainnya. Saya pasti akan terlintas di sanubari tuan puan bahawa inilah kejadian Allah SWT dan bukanlah hanya suatu kejadian biasa atau hanya 'sunnatullah'!
Monday, June 11, 2012
Cuti Sekolah Pada Masa Sekarang...
Cuti sekolah baru saja berlalu. Hari ini sekolah mula dibuka semula.
Cuti sekolah kepada pensyarah universiti tidak sama dengan cuti sekolah kepada profesion yang lain. Profesion pekerjaan yang lain, baik pegawai tadbir, akauntan, kerani, polis, tentera, dan sebagainya mereka boleh memohon cuti untuk bersama dengan anak-anak di musim cuti sekolah (tidak termasuk mereka yang berada dalam operasi).
Bagi pensyarah pula pada masa cuti sekolah, kita terpaksa melayan klien dengan mengajar, membuat bimbingan dengan tesis mereka, mengendalikan kuiz dan ujian dan melaksanakan kerja-kerja rutin yang lain. Klien kita iaitu mahasiswa/i tidak bercuti pada masa cuti sekolah.
Kalau kita mahu bercuti bersama keluarga, pandai-pandailah memilih hujung minggu yang kita tidak ada tugasan mengiringi pelajar ke mana-mana dan anak-anak pula tiada program ko-kurikulum.
Cuti sekolah yang baru lalu, abang balik ke rumah... Sekolahnya iaitu Pusat STAM IKRAM di Kajang ditinggalkan buat dua minggu!
Aku melihat abang agak berisi sekarang berbanding semasa di Hidayah dulu. Mungkin lebih berselera apabila mereka masak sama-sama dan makan sama-sama di hostel. Mereka tinggal di apartment 3 bilik, berperabot, 'air-conditioned', mempunyai kemudahan 'swimming pool', dan sebagainya. Kalau tak silap, mereka menginap seramai 10 orang untuk satu apartment. Aku sendiri belum menjejak kaki ke sana.
Apabila abang berada di rumah, abang nampak sudah pandai menggunakan periuk belanga, pinggan mangkuk, senduk sudip, sudu garfu dan sebagainya. Pernah aku menyuruh abang panaskan kuah kacang minggu lepas. Kuah kacang itu disertakan sekali dengan nasi impit segera berjenama Nona atau Adabi.
Apa lagi..., abang terus memotong bawang dan menumiskannya sebelum memasukkan kuah kacang yang 'ready made' itu.
Abang, Achik dan 'Ammar juga membetulkan atap 'awning' atau 'porch' depan rumahku yang terselak buat seketika kerana ditiup angin... So, ada jugalah aktiviti berfaedah yang dilakukan sepanjang cuti sekolah baru-baru ini.
Abang tidak ketinggalan membantu pihak Sekolah Hidayah mengendalikan Karnival Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) pada 6 hingga 7 Jun lalu. Ada slot-slot yang dilibatkan dirinya seperti membantu dan menyusun pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan hafazan al-Quran dan sebagainya.
Di Karnival MGBSIM yang dituanrumahkan oleh Sekolah Hidayah pada tahun ini menerima lebih kurang 1,160 orang pelajar dari seluruh sekolah-sekolah anjuran Musleh. Apabila diambil kira guru-guru pengiring dan AJK penganjur yang bertugas, jumlah keseluruhan yang terlibat dianggarkan berjumlah seramai 1,500 orang.
Antara acara yang dipertandingkan ialah Hafazan, Tilawah, Nasyid, Tulisan Khat, Azan, 'Story Telling' dan Pidato tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Dalam pertandingan sejak 2 tahun yang lalu, Hidayah telah merangkul juara keseluruhan untuk dua tahun berturut-turut dan menjuarainya lagi pada tahun ini. Tahniah dan mabruk kepada anak-anak Hidayah!
Memang Hidayah telah menjadi 'role model' kepada kebanyakan sekolah-sekolah yang lain. Sebab itu saban tahun, kita lihat ramai dikalangan ahli PIBG sekolah dan ahli lembaga pengelola sekolah luar sanggup bertandang ke Hidayah.
Pernah satu ketika aku ke sekolah dan di waktu itu ada ahli lembaga dan ahli PIBG dari rangkaian sekolah MUSLEH datang melawat. Mereka datang dari Kelantan. "Ish...ish...bagusnya budak-budak Hidayah, cikgu tak ada dalam kelaspun... tak bising!", kata salah seorang dari mereka. Aku hanya tersenyum...
Aku juga menyuruh abang untuk mengisi borang menjadi ahli IKRAM seumur hidup. Abang telah genap berumur 18 tahun pada 2 Jun yang lalu. Kak Long dan Kak Ngah telah menjadi ahli seumur hidup pada tahun lalu.
Tidak banyak dapat aku raikan abang sepanjang kepulangannya pada cuti sekolah ini. Walau apapun, sempatlah jua aku membuat BBQ 'lamb' dan membeli pizza untuk dinikmati bersama dengan adik-adiknya.
Sungguhpun achik juga tidak tinggal di rumah tetapi kita tidak merasa achik jauh dari kami... Achik hanya di asrama Hidayah.
Mudah-mudahan, dengan pengalaman kehidupan di asrama mampu mengajar mereka untuk hidup lebih berdikari di hari tua. InsyaAllah...

Sunday, June 10, 2012
Berhati Dalam Berkata-Kata
Kita kurang berhati-hati apabila berbicara.Saya takut kita
boleh jatuh kufur dengan percakapan kita tanpa kita sedari.
Saya ingin membawa
kisah suatu perbincangan dalam satu mesyuarat di sebuah tempat, nun jauh di
sana…
Perbincangan berkisar tentang keperluan askar sukarela
mendapat latihan berenang. Askar laut sudah pasti mereka berupaya untuk
berenang. Askar darat belum tentu. Ini adalah kerana corak latihan ‘navy’ dan ‘army’
berbeza. Silap-silap haribulan seorang ‘army’ jika tercampak ke laut mungkin
dia akan mati lemas!
Jadi perbincangan berkisar tentang latihan yang perlu
dilalui oleh askar darat dan laut di sebuah kolam renang di sebuah IPTA.
Maka banyaklah dibincangkan samaada perlu diasingkan atau
tidak para askar yang mengikuti kursus berenang mengikut jantina.
Ada yang mengatakan bahawa jika diasingkan maka mereka perlu
jurulatih wanita untuk melihat tahap keselamatan askar di dalam air. Pada saya,
jika itu diperlukan maka kita wajib mecari seorang jurulatih wanita. Apa
masalahnya?
Ada yang menyatakan bahawa dia telah 30 tahun bersama ‘navy’
dan aktiviti berenang sentiasa dibuat bersama antara lelaki dan perempuan.
Setakat ini, belum ada yang kena rogol. “Kami ‘navy’ mempunyai tahap iman yang
tinggi”, jelas salah seorang ahli mesyuarat.
Sedih saya mendengar logik akal manusia mendahului hukum hakam
Allah!
Tak berani saya untuk menegur. Tetapi dalam hati saya
berkata, “Janganlah kita mempersendakan hukum Allah!”. Allah yang mencipta
kita, Dia maha mengetahui baik buruk perangai manusia!
Kita sebagai seorang lelaki pantang melihat peluang! Jika
ada ruang dan peluang, iman akan luntur…
Iman kita tak sekuat iman Nabi Yusuf yang diajak isteri Raja
untuk berlaku curang!
Sebab itu seseorang lelaki yang diajak melakukan zina oleh
seorang perempuan perawan dan hartawan dan jika lelaki tersebut mampu berkata, “Aku
takut kepada Allah”, maka lelaki tersebut termasuk dalam golongan yang dapat
bernaung di bawah arasy di yaumul mahsyar.
Kita seboleh-bolehnya ingin menjauhi dari perkara-perkara
yang dilarang Allah. Apatah lagi apabila kita berada di pihak yang membuat keputusan.
Kita takut dengan keputusan kita yang bertentangan dengan Islam akan
menghancurkan segala amal baik kita selama ini… Kadet hanya menurut dan akur
dengan perintah!
Jangan kita masih segar dengan idea-idea ‘Mat Salleh’, yang
kurang peka dengan halal haram. Apabila kita yang membuat dasar atau keputusan,
seboleh-bolehnya kita akur dengan hukum Allah. Jangan main logik akal aje.
Tetapi tidak semua orang berani menegur! Kita menegur dalam
hati dan itu adalah selemah-lemah iman!
Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada diri ini untuk
menyatakan ‘hak’ walau sekalipun pahit! Janganlah Engkau jadikan kami seperti
syaitan bisu, yang hanya menurut dan akur dengan pandangan mereka yang berada
di atas, Amin!!!
Thursday, June 7, 2012
WWW 1
Ramai memperkatakan tentang tender nombor kenderaan yang bermula dengan WWW. Ada yang pro dan ada yang kontra. Tetapi bagi Tok Wae, ia adalah 'non issue'! Kenapa tiada isu?
Manusia diciptakan Allah SWT dengan adanya nafsu. Oleh itu, nafsu inginkan kepada keseronokan, keganjilan, dan kemahuan yang tiada batasnya. Hanya mereka yang mempunyai iman yang unggul boleh melawan kemahuan dan keinginan yang bagi sesetengah manusia melampaui batas tatasusila manusia yang waras.
Bagi Tok Wae, biarlah nombor 'special' itu ditender sehingga melebihi RM1 juta pun. Tak ada masalah... Hanya mereka yang kaya dan mampu boleh berbuat demikian! Bagi kita untuk mendapatkan nombor yang cantik dengan bayaran seribu duapun dah terlalu mahal.
Bagi mereka yang mampu, keinginan itu sanggup dibayar walau seberapa banyak jumlah RM sekalipun.
Analogi yang mudah ialah bagaimana sesetengah pihak menjual meja untuk 'Jamuan Makan Amal'. Kalau kita fikir secara logik, apa perlu sesebuah syarikat membeli meja yang memuatkan 10 orang untuk makan dengan bayaran RM1,000, RM5,000 dan sebagainya. Lebih baik mereka makan di restoren biasa saja kalaulah tujuan yang sebenarnya hanya untuk makan. Dan kalau nak berderma, derma ajelah... Kita perlu akur bahawa sesetengah golongan korporat suka berderma secara begitu.
Yang menjadi salah dan Tok Wae sangat-sangat tidak bersetuju jika wang yang digunakan untuk tender nombor yang cantik itu adalah dengan menggunakan wang kerajaan sendiri. Seseorang yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan dan ingin mendapatkan nombor cantik tetapi dengan cara menggunakan duit rakyat. Ini yang salah! Kalau duit mereka sendiri tak ada masalah. Biarkan...
Janganlah kita suka mempolitikkan perkara yang remeh!
Kita boleh berkata kepada diri kita sendiri, kalaulah aku mempunyai duit sebanyak itu, aku lebih suka membelanjakan kepada fakir miskin, menghantar orang naik haji, dan sebagainya. Itu kita...
Tetapi mereka yang kaya raya ini, mungkin telah menunaikan benda-benda kebajikan seperti itu (Kalau belum, kita doakanlah supaya mereka berbuat demikian). Dan adalah hak mereka untuk membelanjakan wang mereka ke mana dan kepada siapa. Bila mati besok, mereka sendiri yang akan menjawab kepada Rabbul Jalil ke mana kamu membelanjakan wang dan harta yang kamu miliki.
Kitakan mempunyai hobi dan kegemaran yang pelbagai! Ada yang suka menambah rumah, kenderaan, isteri, dan sebagainya. Kalau mampu, apa salahnya?
Sesetengah orang suka 'shopping'... Kadang-kadang barangan yang hendak dipakai masih elok tetapi kerana hobinya sebegitu maka ia keluar untuk membeli belah. Sesetengah yang mampu, 'shopping' mereka di luar negara!
Bagi saya kegemaran 'shopping' di luar negara ini tidak elok. Bukan setakat 'shopping' sahaja, membawa artis luar untuk 'menghiburkan' rakyat juga satu pembaziran. Ia akan mengalirkan keluar duit dalam negara.
Seelok-eloknya belanjalah dalam negara kerana wang kita akan bertukar tangan hanya dalam negara kita. Dan ekonomi negara akan berkembang! Sesiapa yang berminat tentang isu ekonomi ini, bolehlah membaca tentang "Economic Base Theory".
Akhirnya, Tok Wae berpandangan janganlah kita mengukur baju orang lain dengan badan kita. Apa yang penting, duit tender tadi akan diperolehi kerajaan dan kerajaan yang baik akan menggunakan duit tender tersebut untuk kemaslahatan dan kebajikan rakyatnya.

Apa yang penting duit bayaran tersebut kembali kepada kerajaan. Dan kerajaan boleh membelanjakan hasil tender itu kepada kebajikan dan pembangunan masyarakat yang memerlukan.

Saturday, June 2, 2012
Happy Birthday Abang!
Hari ni genap umur Abang 18 tahun! Kak Ngah dah 20 tahun pada bulan Mac lepas. Kak Long pula akan genap 22 tahun pada bulan depan...
Begitu cepat masa berlalu. Aku masih ingat semasa abang menyambut ulangtahun ke 8 atau begitu... Aku belikannya roti dari Pasar Tani Sri Pulai sebagai ganti kek harijadinya. Bila kami mengimbas kembali peristiwa tersebut, masing-masing ketawa...tak kering gusi.
Aku pula insyaAllah akan menjangkau umur 48 tahun pada 1.9.2012.
Apa natijahnya? Natijahnya ialah kita semua semakin dewasa dan semakin tua. Anak-anak akan lebih matang dan harapan ibubapa ialah supaya mereka berupaya membuat keputusan sendiri. Mereka sudah boleh melakar kehidupan dan hanya dibantu apabila mereka menghadapi dilema dalam membuat keputusan.
Malam tadi, aku mendengar Kuliah Maghrib Dr Zulkifli al-Bakri secara live melalui 'streaming' dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Antara intipati kuliah Dr Zul ialah mengenai anak muda yang hatinya bertaut dengan masjid. Itulah harapan ibubapa..inginkan anaknya suka ke masjid. Setiap waktu kalau boleh melaksanakan ibadah solat berjamaah di masjid.
Pernah aku terdengar antara kalimah ucapan pakcik-pakcik kepada seorang anak, "Oh! anak dia tu, kalau balik dari asrama pasti kelihatan solat di surau kami!". Aku pasti sejuk hati si bapa apabila mendengar ucapan seumpama itu dari rakan dan taulan.
Anak muda yang hatinya begitu dekat dengan masjid sukar dicari! Sebab itu ada hadis yang menerangkan tentang mereka yang dapat bernaung di bawah arasy semasa menunggu hari pembalasan, salah satu golongan tersebut ialah mereka yang hatinya bertaut kepada masjid.
Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah (SWT) dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Begitu cepat masa berlalu. Aku masih ingat semasa abang menyambut ulangtahun ke 8 atau begitu... Aku belikannya roti dari Pasar Tani Sri Pulai sebagai ganti kek harijadinya. Bila kami mengimbas kembali peristiwa tersebut, masing-masing ketawa...tak kering gusi.
Aku pula insyaAllah akan menjangkau umur 48 tahun pada 1.9.2012.
Apa natijahnya? Natijahnya ialah kita semua semakin dewasa dan semakin tua. Anak-anak akan lebih matang dan harapan ibubapa ialah supaya mereka berupaya membuat keputusan sendiri. Mereka sudah boleh melakar kehidupan dan hanya dibantu apabila mereka menghadapi dilema dalam membuat keputusan.
Malam tadi, aku mendengar Kuliah Maghrib Dr Zulkifli al-Bakri secara live melalui 'streaming' dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Pernah aku terdengar antara kalimah ucapan pakcik-pakcik kepada seorang anak, "Oh! anak dia tu, kalau balik dari asrama pasti kelihatan solat di surau kami!". Aku pasti sejuk hati si bapa apabila mendengar ucapan seumpama itu dari rakan dan taulan.
Anak muda yang hatinya begitu dekat dengan masjid sukar dicari! Sebab itu ada hadis yang menerangkan tentang mereka yang dapat bernaung di bawah arasy semasa menunggu hari pembalasan, salah satu golongan tersebut ialah mereka yang hatinya bertaut kepada masjid.
Tujuh Golongan Yang Bakal Mendapat Naungan Di Hari Akhirat
Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah (SWT) dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Subscribe to:
Posts (Atom)