Tuesday, February 9, 2010

Along Jaulah Ke UK Dan Angah Jaulah ke Jawa


Hari Ahad pagi (7 Februari), semua peserta R2J4 berkumpul di Pejabat Iman ELC sebelum bertolak ke KLIA dengan sebuah bas kilang. Tayar bas bergolek lebih kurang 9.30 pagi. Khabarnya sebiji tayar bas tersebut meletup di Tangkak. Alhamdulillah semuanya selamat dan sempat tiba 'on time' di KLIA sebelum berlepas ke Jakarta... Itu cerita Kak Ngah.

Kak Long sudah ke UK dari Cairo pada 5 Februari lalu untuk menimba pengalaman sedikit sebanyak semasa cuti semester. Kak Long bersama rombongannya seramai 20 orang akan berjaulah ke London, Birmingham, Nottingham, dan Leicester. Itulah perancangannya... Di Leicester teringat kepada Markfield Dakwah Centre, ada beberapa kali aku berprogram di situ...

Petang Ahad (2.30 petang), Lt Dr Ustaz Sulaiman dan Kapten Dr Azli datang mengambilku di rumah dengan Toyota Innova Kolej Tun Dr Ismail untuk ke Kuala Lumpur. Tidak dilupakan Timbalan Komandan PALAPES UTM, Kepten Prof Dato' Ir Dr Alias Mohd Nor juga mengikuti rombongan kami. Jadi, Ustaz Sulaiman dan Azli bergilir-gilir memandu di depan manakala aku dan Dato' Alias di kerusi belakang.

Kami menginap di Hotel Grand Seasons. Semasa sarapan pagi, aku terserempak dengan seorang kawan lama semasa belajar di University of Southwestern Louisiana, lebih kurang 24 tahun yang lalu. Tn Hj Engr Sharifudin bin Che Omar kini bertugas sebagai Pengarah Negeri, CIDB Negeri Terengganu.

Sebenarnya kami ke MINDEF adalah diatas jemputan YB Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Inilah julung-julung kali YB Menteri menjemput semua Komandan, Timbalan Komandan, Ketua Jurulatih dan 4 orang wakil IPTA masing-masing untuk bertukar pendapat dan cenderahati. Ku lihat tidak berapa ramai Komandan yang datang pada pagi semalam (Isnin). Antara yang kelihatan adalah Kolonel Kehormat Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (NC UKM), Kolonel Kehormat Profesor Dato' Dr. Mohd Noh bin Dalimin (NC UTHM), Kolonel Kehormat Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar (NC UiTM), Kept Kehormat Prof. Dr. Aziz Deraman (NC UMT), dan seorang dua lagi yang aku tak pasti namanya. Pada petangnya, kami dibawa melawat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di Setapak/Wangsa Maju.

Selesai lawatan pukul 4.30 petang, kami bertolak balik ke Skudai dan sampai hampir jam 9 malam.

No comments:

Post a Comment