Friday, February 26, 2010

Kadang-Kadang Kita Tidak Sedar Betapa Nikmatnya...


Dah 2 hari selsema di negara 'down under'. Makan ubatpun kurang berkesan... Itu yang membuat kita lebih yakin bahawa sakit demam, hanya Allah yang menyembuhkan dan bukannya ubat! Ubat hanya sebagai asbab...

Ramai dari kita kurang sedar bahawa nikmat yang dikurniakan Allah sehinggalah kenikmatan itu ditarik balik olehNya. Yang paling besar nikmat kurniaan Allah kepada kita ialah nikmat Iman dan Islam. Betapa perlu bersyukur kita kepadaNya kerana kita terpilih untuk memiliki nikmat ini.

Nikmat adanya kedua ibubapa yang masih hidup. Subhanallah, betapa seronoknya jika aku masih mempunyai mereka. Apabila mendengar nasyid 'Lafaz Yang Tersimpan', dendangan UNIC, bercucuran mengalir air mata mengenangkan pengorbanan ibu kepada ku.

Nikmat sihat yang Allah anugerahkan... Betapa kurang selesanya apabila ditarik sedikit kenikmatan itu. Dulu untuk membaca, tak perlu untuk mendapatkan bantuan cermin mata. Bila tengok orang bercermin mata nampak cantik dan terasa nak pakai cermin mata. Sekarang apabila perlu memakainya untuk membaca terasa betapa kurang selesanya bercermin mata.

Banyak lagi nikmat-nikmat yang kita 'take things for granted'... Seperti dendangan nasyid Rabbani, Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara...Muda sebelum Tua, Sihat sebelum Sakit, Kaya sebelum Miskin, Lapang sebelum Sibuk, Hidup sebelum Mati!

Untuk mengingatkan 4 perkara tersebut, mungkin tidak begitu susah kerana ada banyak tanda-tanda. Tanda-tanda kita menuju ketuaan, tanda-tanda kita menuju kesakitan, tanda-tanda kita menuju kepapaan, dan tanda-tanda kita semakin sibuk...

Tetapi tanda-tanda kita menuju kematian, jarang diperlihatkan. Sedar-sedar, Inna lillahi wainna ilaihi raaji'un, kita sudah mati!

Katakanlah (Muhammad), "Apakah kita akan memohon kepada sesuatu selain Allah, yang tidak dapat memberi manfaat dan tidak (pula) mendatangkan mudarat kepada kita, dan (apakah) kita akan dikembalikan ke belakang, setelah Allah memberi petunjuk kepada kita, seperti orang yang telah disesatkan oleh syaitan di bumi, dalam keadaan kebingungan." Kawan-kawannya mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan mengatakan), "Ikutlah kami." Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya); dan kita diperintahkan agar berserah diri kepada Tuhan seluruh alam. (Al-An'am; 71)

2 comments:

  1. Betul abah, nikmat yang Allah kurniakan banyak yang kita 'take for granted'. Lagi2 nikmat iman dan Islam tu sendiri. Alhamdulillah, masa jaulah ke UK hari tu, klong berpeluang jumpa sisters yang baru betul2 kenal dan memahami hakikat iman dan Islam semasa diorang belajar kat UK. Sharing, bertukar cerita, dan pengalaman dengan akak2 tu. Betapa rasa kurangnya diri ni bersyukur, dan hinanya diri ni bila melihatkan kesungguhan akak2 ni dalam mencari Islam yang sebenar dan meraih cinta Ilahi...rasa diri ni kerdil sangat melihat akak2 tu sujud menyungkur menghadap Ilahi khusyuknya semasa kami yang lain sibuk dibuai mimpi..betul la ape orang kata, once kita dah hilang something precious dalam hidup kita, baru la kta sibuk nak cari balik..rasa sayang sangat dan menyesal tak memanfaatkannya semasa kita masih memilikinya..huhu..dan bila kita da dapat balik, kita rasa xkan nak lepaskannya semula.

    P/s: Miz u..

    ReplyDelete
  2. You'll never realize how precious is something until it's gone...

    ReplyDelete