Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Monday, February 1, 2010
Semangat Jihad Yang Tinggi...
Kadang-kadang terfikir, alangkah seronoknya hidup sezaman dengan Rasulullah (SAW). Dapat hidup dan berkorban bersama beliau...
Tetapi apabila berfikir sekali lagi, mampukah aku berkorban jiwa, raga, keluarga dan harta benda sepertimana para sahabat dahulu kala? Aku tak pasti aku mampu...
Apabila seruan jihad dipanggil, ramai yang berkorban binatang kenderaan, harta dan sebagainya. Para remaja yang masih mentah, turut menjinjing kakinya untuk menampakkan kedewasaan untuk turut serta. Ibu-ibu sanggup kematian suami dan anak demi panggilan jihad! Sehingga ada yang sudah ketiadaan anak lagi untuk dibekalkan ke medan jihad... Tingginya cinta dan kasih sayang mereka kepada Allah dan Rasul.
Peperangan orang Islam keatas golongan kafir adalah berbeza. Golongan Islam pergi berperang untuk membebaskan golongan kafir dari penyembahan berhala kepada menyembah Allah (SWT). Tidak sekali-kali golongan Islam pergi berperang untuk membunuh musuh semata-mata...
Para pejuang dipesan apabila berangkat ke medan perang supaya berperang kerana Allah. Mereka juga disarankan tidak mengganggu ahli-ahli ibadat yang berada di dalam rumah ibadat mereka. Mereka juga tidak akan membunuh wanita, kanak-kanak, dan orang tua. Mereka juga tidak akan merosakkan pokok serta meruntuhkan bangunan. Begitu suci niat para pejuang untuk membuat liberalisasi dari penyembahan taghut kepada penyembahan Allah. Amat malang para orientalis mengatakan 'Islam Tegak Dengan Mata Pedang'.
Seerah menggambarkan kumpulan Islam selalunya ke medan jihad dengan kumpulan yang jauh lebih kecil berbanding golongan kafir. Perang Badar, pejuang Islam hanya seramai 313 orang menentang 1,000 orang golongan musyrikin. Peperangan Muktah, tentera Islam hanya seramai 3,000 orang menentang kumpulan musuh berjumlah 200,000 orang!
Di dalam peperangan Muktah, Rasulullah melantik Zaid bin Harithah sebagai Panglima. Sekiranya, Zaid gugur syahid, beliau akan diganti oleh Jaafar bin Abi Talib. Dan sekiranya, Jaafar juga turut syahid, beliau akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah.
Kita lihat betapa bersemangatnya Abdullah bin Rawahah pergi berjihad walaupun dengan jumlah bilangan tentera yang begitu kecil. Beliau berkata, "Kita memerangi musuh itu bukan kerana perlengkapan, bukan kerana kekuatan, juga bukan kerana jumlah tentera yang besar. Tetapi kita memerangi mereka hanyalah kerana agama ini, yang dengannya Allah telah memuliakan kita. Oleh kerana itu... Mara! Kita akan memperolehi salah satu dari dua kebaikan iaitu menang atau mati syahid!"
Akhirnya, ketiga-tiga panglima tersebut gugur syahid!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment