Tuesday, February 16, 2010

Talian Telefon Bimbit Sudah Diarah Untuk Dihentikan Buat Sementara Dari 19 Feb. Hingga 18 Mac.


Aku sudahpun mengarahkan Celcom untuk memberhentikan talian telefon bimbitku dari 19 Februari hingga 18 Mac 2010. Itupun yang aku lakukan semasa ke Northern Ireland, 2 tahun lepas. Setibanya di sana, aku menggunakan 'sim card' United Kingdom (UK).

Kali ini aku beralih arah ke kawasan Selatan, iaitu Australia dan New Zealand. Tak tahan dek musim sejuk sekarang ini di UK, aku ke kawasan musim panas. Katanya, di Australia sekarang ini musim buah. Buah-buahan memang kegemaranku; "cherry, strawberry, peach, plum, pear, apple, banana, grapes, melons, honey dew... just name it, I love them all."

Cuma yang aku belum buat sebelum berangkat pada 18 Februari ni ialah menukar duit Australia dan New Zealand. Semasa di Plaza Angsana semalam, aku sudah tanya "exchange rate" duit Australia, $100 Australia = RM310.

Satu lagi yang aku belum lakukan ialah untuk memaklumkan kepada bank kad kredit bahawa aku akan keluar negara. Tanpa makluman ini, kad kredit kita tidak boleh digunakan kerana pihak bank khuatir kad kredit kita diklonkan dan digunakan di luar negara. Pengalaman aku di Batam semasa membawa rombongan dari Majlis Perbandaran Kota Bharu tempohari sangat berharga. Nasib baik salah satu dari 3 kad kredit yang aku miliki berjaya meluluskan untuk membayar deposit hotel sebanyak RM3,000. Itupun pihak bank di Malaysia telah menelefon aku di Batam. Itulah gara-gara tidak memaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu apabila kita hendak ke luar negara.

Pakaian yang hendak dibawa, aku pasti tidak sebanyak ke Northern Ireland dulu! Pergi Northern Ireland hampir 2 bulan dan 'trip' ini hanya sebulan.

Dalam masa sebulan ini, insyaAllah jika ada kelapangan aku akan tetap menulis... seperti aku katakan dulu... menulis bukan kerana nama dan menulis bukan kerana bayaran.

Hanya satu aku pohon kalian berdoa untuk ku iaitu supaya aku berjaya mendapat input yang baik dan berguna untuk program PhD ku dari para profesor di Australia dan New Zealand, dan seterusnya selamat kembali ke tanah air.

Permisi dulu...

No comments:

Post a Comment