Tuesday, February 2, 2010

Kawan-Kawan Lama...

Kawan-kawan kita merupakan tempat pergantungan untuk meminta pertolongan. Lebih terasa apabila kita di perantauan dan sanak saudara jauh di kampung halaman... Maka kawan-kawanlah tempat kita mengadu.

Suatu ketika dahulu, aku mempunyai beberapa orang kawan tetapi sekarang sudah tiada berita di mana mereka berada kecuali beberapa orang.

Gambar di bawah ialah gambar semasa kami di Azusa, California, pada tahun 1982 yang masih dalam simpanan Tn Hj Aziz. Tn Hj Aziz merupakan 'roomate' ku semasa menuntut di Language Center of the Pacific dan kemudiannya ke Citrus College, Azusa. Selepas itu, masing-masing membawa diri. Aku ke Northern Arizona University di Flagstaff untuk satu semester dan kemudiannya ke University of Southwestern Louisiana bersama YB Mohamad Razi Kail (sekarang ni ADUN di Negeri Sembilan), Rustam Khairi Zahari (sekarang ni Pensyarah UIAM) dan isterinya Olly (kalau tak silap Pensyarah UM).


(Gambar Atas Dari Kiri; YB Razi, Khalid, Aziz, Khairi, Sanusi, Lan, Tok Wae, (Orang Perak - tak ingat nama). Duduk Dari Kiri; Rosli dan Din). (Gambar Bawah; Aziz dan Tok Wae)

Tn Hj Aziz kalau tidak silap membuka firma sendiri di Kuala Lumpur...

Didoakan semoga kawan-kawanku semuanya berjaya di dunia ini mahupun di akhirat sana... Amin, ya Rabbal'alamin!

No comments:

Post a Comment