Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Thursday, January 7, 2010
Apabila Ilmu Diperdagangkan....
Penulisan saya kali ini adalah berkaitan dengan coretan saya bertajuk "Susahnya Hendak 'Forward'kan Pandangan Ke Atas...", dan "Dasar Sesebuah Negara Adalah Dinamik" yang diposkan pada bulan November 2008. Seperti biasa, coretan saya sekadar meluahkan perasaan yang terbuku di hati dan 'purely academic', tiada maksud untuk mengecilkan hati atau 'condemn' sesiapa!
Minggu lepas, semua staf UTM yang sedang menyambungkan pelajaran mereka, baik diperingkat Sarjana atau PhD dipanggil ke Dewan Senat. Yang Berbahagia Dato' Prof Naib Canselor menyampaikan amanat serta halatuju UTM kepada kami semua.
Dato' menyatakan kita perlu pastikan 2 lagi kekosongan Research University (RU), salah satunya mesti diisikan oleh UTM. UM, UKM, dan UPM sudah bertaraf RU, dan USM lagi hebat bertaraf Apex (accelerated programme for excellence) University.
Menurut The Star Online, "Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said with apex status, USM will be expected to move up the World University Rankings with a target of top 200 in five years' and top 100, if not top 50, by 2020."
Antara kriteria yang dilihat untuk mencapai RU atau menaikkan 'ranking' sesebuah universiti ialah 'student:lecturer ratio' mesti kecil. Jadi untuk mengecilkan kadar ini, samaada kita menambahkan pensyarah atau mengurangkan bilangan pelajar 'undergraduate'. 'The easy way out is to minimise the number of undergraduate intake'.
Dato' juga ada menyebut pasal kita perlu menjadi 'boutique' universiti. Maksudnya, UTM bukanlah pasaraya yang semua orang boleh datang (beribu-ribu dari segi bilangan) tetapi hanya membelanjakan dua tiga ratus bagi setiap orang. "Biar 10 atau 20 orang yang datang ke UTM tetapi membelanjakan RM20,000 atau RM30,000 bagi setiap orang", ujar Prof Zaini.
Sudah jauh berbeza pandangan NC Dato' Zaini dengan NC Tan Sri Ainuddin Wahid. Kalau Tan Sri Ainuddin dulu, kita perlu ramaikan jurutera di kalangan bangsa Melayu. Biarlah kita jual barangan yang murah-murah tetapi mampu dimiliki oleh anak bangsa kita...
Sayugia diingatkan jasa Tan Sri Ainuddin Wahid, namanya diabadikan di Masjid Jamek Taman Universiti, di kala dia masih hidup!
Bukan senang untuk mendapat nama diabadikan sebegitu dikalangan mereka yang bukan berdarah raja atau terlibat dalam politik... Apatah lagi, di kala nyawa masih dikandung badan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setahu saya, hanya dua buah masjid sahaja di Negeri Johor kini yang dinamakan dengan nama perseorangan yang masih hidup, iaitu Masjid Jamik Tan Sri Ainuddin Wahid di Taman Universiti dan Masjid Jamik Datuk Noh Gadut. Tentu jasa mereka besar!
ReplyDeleteDalam kunjungan AJK Masjid JTSAW sebelum Ramadhan 1430H lepas, Tan Sri melahirkan rasa terkejut atas pemilihan nama beliau untuk masjid Taman Universiti yang dipilih sendiri oleh DYAM Tuanku Sultan Iskandar.
IMHO, TS dulu berjuang utk memartabatkan bangsa dan agama tanpa banyak mengira penghormatan dan $$$. Tapi kini dah berubah....
Saya dulu masa kecil, disamping suka main bola (melawan antara kampung), suka juga tengok bola. Masa tu zaman Mokhtar Dahari, Arumugan, Santokh Singh,dan Soh Chin Aun.
ReplyDeleteKita selalu lawan Korea Selatan dalam final Piala Merdeka. Ada kita menang, ada Korea menang.
Kemudian kita 'decide to go professional', mudah-mudahan 'ranking' dalam dunia meningkat.
Last, Korea Selatan dah masuk 'world cup' dan kita masih terkial-kial tak tentu hala...
Tiada lagi pengorbanan untuk negara, semua perlu dibayar!!!
Lain rasanya berjuang untuk anak bangsa dengan berjuang untuk poket sendiri...
Kita bila sudah di atas, kadang2 perasan sendiri...
ReplyDeleteBuatlah apa2...tapi jangan sampai menghabiskan duit rakyat.
Pernah Prof Tajudin Rasdi FAB berkata (lebih kurang maksudnya:...kita perlu membentuk generasi yg berfikir dan sayangkan ilmu...