Saturday, January 2, 2010

Gotong Royong SMIH Sebelum Buka Sekolah


Pagi tadi, kami (saya, Abang, 'Ammar, dan Rasyid) ke Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH). Abang bertugas sebagai AJK sempena program orientasi pelajar-pelajar Tingkatan 1 SMIH.

Ramai pelajar dan ibubapa menghadiri program penerangan SMIH. Katanya pada tahun ini, sambutan ke Tingkatan 1 agak tinggi dan SMIH buat julung-julung kalinya membuka 5 kelas untuk Tingkatan 1.

Pada hari ini juga berlangsung program orientasi pelajar-pelajar Tahun 1 SRIH. Ramai kelihatan anak-anak bersama ibubapa mereka di SRIH.

Saya, 'Ammar, dan Rasyid pula menghadiri SMIH kerana program gotong-royong yang dijadualkan pada hari ini. Sungguhpun tidak ramai yang hadir dikalangan ibubapa (mungkin disebabkan pertembungan dengan program orientasi SRIH dan SMIH) tetapi program berjalan lancar. Kami bersama guru-guru SMIH memunggah mesin-mesin jahit dari aras 2 bangunan baru ke bilik bawah berhadapan surau.

Komputer juga dibawa turun untuk ditempatkan di bilik bersebelahan dengan perpustakaan SMIH. Mujur ada 'pick-up truck' Ustaz Yunus menjadikan kerja pemunggahan berjalan lancar.

Disamping itu, meja-meja disusun di dalam beberapa bilik darjah menurut kapasiti murid. Meja yang berlebihan dikeluarkan. Agak melucukan juga, apabila kita dapati meja dan kerusi guru adalah lebih kurang sama dari segi saiz dan kualitinya dengan meja dan kerusi murid. Ini menunjukkan guru di SMIH mempunyai tahap kezuhudan yang tinggi! Cermin tingkap dilap dengan bersih.

Kami dijamu dengan nasi lemak dan air mineral buat sarapan. Menurut Pengerusi PIBG SMIH, saudara Salleh Kassim, makanan tengahari juga disediakan.

Esok pula akan berlangsung program gotong-royong SRIH...

No comments:

Post a Comment