Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Tuesday, January 5, 2010
Berhati-Hati Memilih Pemimpin Dan Rakan Taulan
Biasanya kita mempunyai pemimpin. Ada pemimpin yang kita pilih dan ada pemimpin yang dilantik terus tanpa proses pemilihan. Pemimpin berupaya untuk membimbing kita ke arah kebaikan dan sebaliknya pula, mereka juga mampu untuk membawa kita ke arah kesesatan.
Apabila kita berpeluang untuk memilih, pilihlah mereka yang amanah, jujur, dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Dan yang paling utama ialah pemimpin yang beriman. Pemimpin beriman sudah pasti mempunyai kerangka kerja yang jelas dan tidak terjerumus ke lembah maksiat.
Pada hari (ketika) wajah mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata, "Wahai, kiranya dahulu kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul." Dan mereka berkata, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar." (Al-Ahzab; 66-68)
Begitu juga dengan rakan karib. Kita seharusnya berhati-hati memilih kawan. Kata orang, kawan di kala senang atau gembira memang ramai tetapi kawan ketika kita susah atau dukacita agak sedikit. Kita juga disarankan supaya berkawan dengan penjual minyak wangi dan tidak berkawan dengan tukang besi.
Dan (ingatlah) pada hari (ketika) orang-orang zalim menggigit dua jarinya, (menyesali perbuatannya) seraya berkata, "Wahai! Sekiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama Rasul. Wahai, celaka aku! Sekiranya (dulu) aku tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku), sungguh, dia telah menyesatkan aku dari peringatan (Al-Quran) ketika (Al-Quran) itu telah datang kepadaku. Dan syaitan memang pengkhianat manusia." (Al-Furqan; 27-29)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment