Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Monday, January 4, 2010
Makin Ramai Teringatkan Allah....
Tiba-tiba ramai orang teringatkan Allah. Aku seronok rupanya orang masih ingatkan Allah! Orang Kristian mahu menyebut Allah dan orang Islam pun sudah tentu mahu menyebut Allah…
Aku rasa orang menyebut Allah dua, tiga, empat hari ni agak banyak berbanding sebelumnya. Mujurlah kes mahkamah ini timbul, kalau tidak makin sepi mereka yang teringatkan Allah.
Biasanya tidak ditunjukkan di kaca TV, seseorang yang mengucapkan perkataan “takbir!”, dan yang lain menyahut Allahu Akbar! Ia sengaja tidak ditunjukkan kerana perlakuan sedemikian adalah sinonim dengan parti politik PAS.
Tiada perkara baik yang dibuat parti PAS diberi ruang publisiti. Yang dipaparkan semua yang bersifat negatif dan hanya mendatangkan ‘political mileage’ kepada kita.
Tetapi sehari dua ini berlainan pula jadinya. Berduyun-duyun orang bertakbir. Ada orang UMNO dan ada orang PAS yang bertakbir. Semuanya angkara mahkamah meluluskan penggunaan perkataan Allah untuk akhbar ‘The Herald’, satu-satunya akhbar Katolik di Malaysia.
Pada 31 Disember 2009 lalu, Mahkamah Tinggi Malaysia menarik balik larangan Menteri Dalam Negeri terhadap gereja Katolik tentang penggunaan nama “Allah” bagi menyebut tuhan bagi orang Kristian. Sejak itulah, masing-masing menyebut nama Allah!
Aku cuba lihat perkataan Allah di Wikipedia, dan seperti di bawah dijelaskannya;
Allah (Arabic: الله, Allāh, Turkish: Allah, IPA: [ʔalˤːɑːh] is the standard Arabic word for God.[1] While the term is best known in the West for its use by Muslims as a reference to God, it is used by Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews, in reference to "God".[1][2][3] The term was also used by pagan Meccans as a reference to the creator-god, possibly the supreme deity in pre-Islamic Arabia.[4]
Rupa-rupanya, perkataan Allah digunakan juga oleh penutur bahasa Arab dari kalangan agama samawi! Orang Arab Mekah zaman jahiliyyahpun menggunakan nama Allah!
Pada hematku, kita tidak perlu gusar tentang nama Allah yang digunakan. Yang penting kita pertingkatkan kefahaman Islam di kalangan penganut agama kita. Biar mereka faham, Allah kita tidak sama dengan Allah mereka. Dan Allah kita tidak beranak dan diperanakkan!
Yang lebih penting ialah kita ingatkan janji dan ajaran Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (Ali ‘Imran; 19)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
huhu~ betul tuh pakcik...sekarang nie dah makin ramai yang sebut Allah...
ReplyDeletepetang tadi pun ada demo kecilan anjuran Evolusi Mahasiswa di Taman Agora UTM...
tujuan mereka nak hantar memo ke NC ke kerajaan untuk halang pemakaian kalimah 'Allah' oleh orang2 non-Muslim...
Dapat perhatian banyak pihak tuh...huhu~
salam..
ReplyDeletesaya sangat bersetuju dengan pandangan en wan..sebaliknya kecewa dengan tindakan gopoh mahasiswa kita yang membuat demo kecil..
kadang-kadang terlintas difikiran,apakah masyarakat kita ini mahu orang kristian makin jauh daripada keimanan sebenar..
skrg mereka mgakui Allah itu tuhan,tetapi mereka hanya membuat pyekutuan kepada ALLAH dengan mengatakan Nabi Isa as adalah anak ALLAH (walhal situasi ini sama sahaja dengan org Islam yang menyekutukan ALLAH dengan amalan sihir).
adakah kita ni lebih suka mereka berpegang(percaya) pada tuhan lain terlebih dahulu(seperti ajaran hindu & buddha),dan kita kemudian baru nak mperkenalkan ALLAH pd mereka?
sedangkan sekiranya mereka telah percaya pada Allah itu tuhan,kita hanya perlu berusaha memperbetulkan akidah mereka dengan membuktikan Nabi Isa hanya seorang rasul sahaja..
saya percaya kaedah kedua ini lagi mudah..
jd bg sy,tindakan mahasiswa yang berdemo ini secara tidak langsung akan membentuk penghadang bg pelajar kristian dalam UTM untuk mendekati Islam..pd hemah saya,sepatutnya MPP mengadakan sidang dialog, menjemput Ulamak Islam,wakil paderi dan pengamal undang-undang untuk membincangkan perkara ini secara ilmiah..
saya yakin,ini adalah kaedah dakwah secara bijaksana,kerana semasa sesi dialog tersebut INSYALLAH akan terbuka hati mungkin 1 atau 2 org atau lebih pelajar kristian untuk melihat konsep KEESAAN ALLAH..sekurang-kurangnya kita akan 'menang' dalam kontek ini..penjelasan ini juga akan membuka minda dan menguatkan pegangan akidah pelajar islam mengenai konsep ALLAH dalam kontek ISLAM..
jd tajuk dialog yang saya ingin usulkan pada pihak pelajar atau pentadbiran UTM ialah:
Penggunaan Kalimah "ALLAH" Dalam Kontek :
Hukum Islam & Malaysia Sebagai Negara Majmuk
kepada sesiapa yang ingin memberi pandangan mengenai cadangan saya,amatlah dialu-alukan..
FIRDAUS
Fakulti Sains
Salam...kalau berdasarkan atas kertas dan tafsiran istilah memang tepat untuk kita benarkan.
ReplyDeleteBagaimana risiko penyalahgunaan kalimah itu sendiri..? Penganut Kristian sendiri pernah sebut 'God Is Dead'. Kalau Allah Is Dead..?
Mungkin kita boleh anggap, 'oh...itu berdasarkan tafsiran mereka..tak mengapa..'
Tolong baca pendapat saya...
mzakio.blogspot.com