Wednesday, May 13, 2009

Cakap Lain, Buat Lain...


Saya rasa terpanggil untuk mencelah apabila melihat keadaan negeri Perak yang tidak 'settle' sejak beberapa bulan yang lepas. Kelmarin Mahkamah Tinggi membuat keputusan Datuk Seri Ir Nizar sebagai Menteri Besar (MB) yang sah. Kemudian Mahkamah Rayuan pula menangguhkan keputusan tersebut sehingga proses rayuan selesai dan membenarkan Datuk Dr Zambry duduk sebagai MB. "What is this?" Sungguh memalukan dan ada sesetengah pihak yang cuba mengeksploitasikan keadaan.

Sekiranya keadaan berjalan seperti biasa dan terkawal, banyak urusan rakyat dan negeri dapat berjalan dengan baik. Masyarakat melihat dan menilai samaada kita menurut undang-undang yang sama-sama kita dokongi atau kita cuba menggunakan peraturan 'matlamat menghalalkan cara'! Banyak perkara yang terbantut akibat keadaan yang tak 'settle' ini.

Hentikanlah... Masyarakat sudah banyak mengalami kesusahan, keperitan hasil dari ekonomi global, yang mana ramai terpaksa berhenti kerja, mendapat gaji yang berkurangan dan lain-lain lagi. Bukan masanya untuk kita cuba menegakkan benang yang basah.

Perak sebenarnya amat dekat di hati saya. Seingat saya tak kurang dari 5 kali khidmat masyarakat yang saya dan pelajar-pelajar kolej saya laksanakan di sana. Antara khidmat masyarakat yang pernah saya lakukan ialah Program Rakan Khidmas di Kg. Sg. Betul, Hilir Perak pada tahun 1999. Kemudian Program Rakan Cemerlang di Sg. Sumun pada tahun 2000. Kemudian Rakan Kayangan Intelek di Kg. FELDA Sg. Behrang, Slim River pada tahun 2002. Rakan Gemilang 2002 juga dilaksanakan pada tahun yang sama di SMK Sultan Idris Shah II, Gerik. Yang terakhir ialah apa yang kita panggil Program Rakan Muda Bakti Siswa Perak Darul Ridzuan 2005 (Rakan Baiduri 2005).

Program Rakan Baiduri 2005 dilaksanakan dari 28/05/2005 hingga 04/06/2005 di kawasan YB Nasharuddin bin Hashim, yang pada masa itu merupakan ahli parlimen Parit. Kampung-kampung yang kami laksanakan khidmat masyarakat ialah Kg Blanja Kiri, Kg. Tua, Kg. Nyiur dan beberapa kampung lain yang berdekatan. Kami juga membuat khidmat pendidikan di Sek. Men. Keb. Sultan Muhammad Shah pada masa tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah (MP Gua Musang) juga menyuarakan pandangan mereka tentang perkara ini. Saya kira eloklah kita memberi kepercayaan kepada rakyat untuk membuat pemilihan. Berikan mandat kepada mereka dan kemelut ini pasti berakhir....

"Ingatlah pada hari ketika Allah mengumpulkan kamu pada hari berhimpun, itulah hari pengungkapan kesalahan-kesalahan. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan kebajikan nescaya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung." (At-Taghabun; 9).

2 comments:

  1. Encik Wan, ni Freddy Bugang bekas Ketua Biro Kesenian dan Kebudayaan JKM KSDS 1999/2000. Bila baca semua kisah-kisah Encik Wan ttg KSDS buat airmata saya mengalir. Sekarang ni kami semua tengah menubuhkan alumni KSDS. kalau Encik Wan sudi, layari http://www.kosidesku.ning.com

    ReplyDelete
  2. Macamana Freddy dapat blog saya? Anyway, nice to get in touch with you.

    Untuk makluman Freddy, KSDS akan ditempatkan pekerja2 asing yang berkerja di Nusajaya. Dalam paper 2 hari lepas, YB Aziz Sapian lancarkan. Nama baru KSDS tu ialah Hostel Princess Villa.

    All the best to you!

    ReplyDelete