Wednesday, May 6, 2009

Orang Kata Aku Lahir dari Perut Mak...


Aku mendapat bahan ini dari pelbagai "site". Semua orang suka "forward" benda yang baik-baik. Dalam alumni SMTT ada, dalam PIBG-Hidayahpun ada...

Walau bagaimanapun, aku doakan semoga penulis asal akan mendapat pahala yang melimpah ruah diatas hasil karya beliau. Hayatilah anak-anakku....

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan....mak
Bila sedih, aku mesti telefon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak
Bila bengang, aku suka luah pada....mak
Bila takut, aku selalu panggil...."mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasangan ku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut hari lahir.... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu.... Aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.... Aku ingat pasanganku
Selalu.... Mak ingat kat aku

Bila-bila.... Aku akan telefon pasanganku
Entah bila.... Aku nak telefon mak

Selalu.... Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... Aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja....
Bolehkah kau kirim wang untuk mak?
Mak bukan nak banyak....
Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...

Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada...........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai: RM4.00
2) Tolong jaga adik: RM4.00
3) Tolong buang sampah: RM1.00
4) Tolong kemas bilik: RM2.00
5) Tolong siram bunga: RM3.00
6) Tolong sapu sampah: RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil melayan sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

2 comments:

  1. '...kehilangan kasih sayang ialah seperti dahaga yang tidak bertemu minum, lapar yang tidak bertemu makan..'

    ..rahsia mengapa Allah melantik ibu dan bapa sebagai guru pertama kepada setiap bayi yang lahir ke dunia, adalah kerana ibu dan bapa adalah manusia yang paling kaya dengan cinta dan kasih kepada anak-anak mereka..Soal kasih sayang, perhatian dan belaian daripada ibu bapa, tiada pengganti dan tidak mungkin boleh diganti. Manusia yang paling penyayang, tidak dapat memberikan kasih seorang ibu atau bapa kepada insan yang bukan anaknya. That's the true..

    And syukurlillah, thanks to Allah for giving me such caring n loving parents..Ya Allah, ku pinta moga sgala kebaikan dan jannah buat ummi abahku..

    (kredit untuk Ustaz Hasrizal-pinjam tulisannya)

    ~People don't care how much u know until they know how much u care..

    ReplyDelete
  2. Ini gambar Asmaa Solehah, beberapa jam dilahirkan ke dunia.

    Moga menjadi anak yang solehah seperti namanya...

    ReplyDelete