Kita merancang, Allah merancang dan Allahlah sebaik-baik Perancang. Alhamdulillah, aku dapat menyambung penginapan sehari lagi di Malaysia Hall.
Orang yang sepatutnya datang (2 famili) tidak mahu untuk duduk berasingan dengan isteri. Mereka mahu 2 bilik!
Mereka tidak mahu, suaminya duduk sebilik dengan lelaki lain dan begitu juga isteri tidak mahu berkongsi dengan pelajar wanita lain.
Jadi dapatlah semalam lagi tinggal di sini. Kalau tidak, terpaksa pergi mencari motel atau tempat penginapan 'backpackers'.
Esok flight balik ke Malaysia, jam 1530. Sampai di KLIA lebih kurang 2030 dan terpaksa duduk kat airport untuk menunggu flight ke Senai jam 1000 pagi besoknya. Hendak pergi ke rumah saudara mara di KL, takut menyusahkan mereka...
Alhamdulillah, jaulah ke Australia dan New Zealand telah terlaksana. Cuma yang penting nanti ialah untuk fokus menulis mengikut saranan dan cadangan dari para profesor yang dijumpai.
Banyak juga kerja menunggu di UTM. 'Progress report' PhD untuk semester ini belum hantar lagi, 'report' perjalanan ke sini perlu dihantar ke HRD dan Bendahari, borang permohonan kemasukan ke IPT Angah perlu dilihat juga...
Walau bagaimanapun, yang penting sekali ialah dapat balik Malaysia! Sebulan di Australia dan New Zealand terasa cukup lama.
Dua tahun lepas, di Northern Ireland selama 2 bulan setengah tidak terasa seperti ini! Mungkin kerana di Belfast ada 'car boot sale' setiap hujung minggu. Dapat membeli 'toys' dengan harga 20P, 30P, 50P atau satu pound setiap satu terasa begitu menghiburkan. Pembelian yang mempunyai 'connection' dengan anak-anak.
Di Australia dan New Zealandpun ada juga, mereka paggil 'sunday market'. Tetapi harga barang-barang 'second hand' mereka Aus$5 atau NZ$10. Lebih mahal lagipun ada...
Ia bukan berkonsepkan untuk mengosongkan barangan yang tak terpakai di rumah masing-masing tetapi lebih kepada perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.
Apapun, Selamat Tinggal New Zealand dan Selamat Tinggal Australia...
No comments:
Post a Comment