Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Thursday, March 4, 2010
Hari Ini Ada Kolokium Dengan Prof Dr Chris Eves
Semalam aku dan Mus pergi berjumpa dengan Chris. Kami meminta beliau memberi cadangan untuk menambahbaikan kajian kami.
Hari ini, kami telah dirancangkan untuk membentangkan kajian masing-masing. Kami bertiga dicampur dengan 4, 5 orang pelajar tempatan. Masa pembentangan aku ialah yang paling 'last', jam 1 petang.
Hati berdebar-debar kerana kita tahu apa yang kita bentangkan itu akan dinilai. Takutnya, kalau kajian kita tidak 'up to the standard'. Segannya, kalau kajian lari dari tajuk. Malunya, kalau metodologi kajian tidak betul. Segala persoalan bermain di kepala. Ada yang dasar, ada yang ranting... Tetapi mampukah aku melaluinya? Suka atau tidak, mahu atau tidak, terpaksa aku lalui juga...
Hati mungkin merasa puas sekiranya aku telah mencurahkan segala daya dan upaya untuk menyiapkan kajianku sehingga kini. Tidak habis dan tidak 'perfect is ok', tidak mengapa... Yang penting usaha gigih telah dibuat...
Aku mengharapkan pembentangan amalku di depan Allah nanti berlaku dengan tanpa rasa malu, tanpa rasa segan, dan tanpa rasa takut... Tapi mampukah aku?
Apabila aku membaca buku "65 Gambaran Kehidupan Sahabat", karangan Dr. Abdul Rahman Ra'fat al-Basha, aku terasa betapa jauhnya mereka dan aku. Jauh dari segi pengorbanan kepada Islam, dan pengorbanan terhadap nabi. Sayang mereka kepada Allah dan Rasul adalah kasih sayang sejati... Ketulusan mereka, keikhlasan mereka, keberanian mereka, semuanya tidak ternilai... Aku kira jarak mereka dan aku amat jauh, mungkin antara langit dengan bumi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment