Monday, March 15, 2010

Balik Semula Ke Sydney...


Saudara Mahfouz menghantar kami dari rumahnya ke Christchurch airport pada pukul 12 tengah malam walaupun flight kami jam 0635. Ini adalah kerana beliau mula berkerja jam 4 pagi dan tidak berkesempatan untuk menghantar kami lebih lewat.

Apabila tiba di airport, kelihatan begitu ramai pelancong lain bergelimpangan tidur di atas lantai. Pintu ke kawasan 'check-in' pula hanya akan dibuka pada pukul 0300. Jadi, kami tidur sambil duduk di atas kerusi.

Pukul 0330, kami beratur untuk 'check-in'. Kira-kira, mereka yang ketigalah dalam barisan...

Selesai 'check-in', kami dimaklumkan bahawa setiap orang yang ingin keluar dari Christchurch perlu membayar airport tax sebanyak NZ$25. Saya sudah kehabisan duit New Zealand dan pihak bank menerima Aust$20 sebagai ganti. Di sini, Bank of New Zealand bertindak sebagai pengutip cukai.

Teringat semasa ke Batam hari tu, rasanya kita perlu juga membayar cukai untuk keluar dari Indonesia walaupun dengan menaiki feri. Kalau tidak silap, kita perlu membayar Rp105,000 seorang kepada kerajaan Indonesia.

Pada jam 0550, kami menunaikan solat Subuh berjamaah di suatu sudut tempat lalu lalang orang ramai. Kata orang, "Jika hendak seribu daya, Jika tak hendak seribu dalih..."

Flight Jet Star mendarat di Sydney sekitar jam 0745 waktu Australia. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 3 jam 15 minit. Waktu Sydney ialah 2 jam ke belakang waktu Christchurch.

Dari Sydney airport, kami mengambil bas bernombor 400 (Melalui Bondi Junction) ke Randwick. Ada juga bas bernombor 400 yang lain tetapi ia tidak ke Randwick. Bas yang kami naiki berhenti di persimpangan Alison Rd dan Balmore Rd. Dan dari situ, kami berjalan kaki ke Malaysian Hall. Tambang bas dari airport adalah begitu murah berbanding dengan tambang teksi. Harganya ialah Aust$5.10 seorang.

Kami di Malaysian Hall hanya diberi penginapan sehingga 17 Mac, kerana pada 17 Mac ada orang lain yang akan masuk. Walau apapun, kami amat bersyukur kerana dikala duit hampir habis, kami dapat berjimat menginap di sini.

No comments:

Post a Comment