Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Thursday, March 11, 2010
Ke Lincoln University
Kami menaiki bas ke Lincoln University. 'Appointment'nya pukul 11.30 pagi. Alhamdulillah, kami sampai 'on time'. Kami berjumpa dengan John McDonagh, 'Senior Lecturer' dalam bidang 'Property Studies' di 'Commerce Faculty'.
John amat baik sekali dalam membantu kawan kami saudara Mus berkaitan kajiannya "Strategic Corporate Management".
Saya agak kurang bernasib baik kerana pensyarah bidang 'rural land', Prof. Keith Woodford berada di luar negara dan akan kembali hanya pada hari Isnin depan iaitu tarikh kami akan berangkat ke Sydney. Seorang lagi pakar kajian luar bandar iaitu Mike Lyne juga tiada di bilik.
Walau apapun, saya akan menghubungi mereka menerusi e-mail nanti.
Selesai berurusan dengan John, kami berjumpa dengan bekas pelajar kami, Azlina, dan kawannya Suraya. Kami minum kopi di kafetaria. Azlina dari UTHM dan Suraya dari UPM. Masing-masing membuat PhD dalam bidang 'property' dan 'accounting'.
Apabila sampai ke Apollo Motel, saya 'sms' kepada Kak Ngah dan ibunya, bertanyakan keputusan SPM. Ibunya menyatakan Kak Ngah pergi ke sekolah bersama Sakinah Razali untuk mendapatkan keputusan tetapi masih belum pulang.
Baru kejap tadi, saya mendapat 'sms' mengatakan Kak Ngah hanya mendapat 8A dan 5B. Saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan yang diperolehi walau tidak sebaik Kak Long yang mendapat 13A.
Allah SWT akan memberi pulangan setakat mana usaha yang telah kita lakukan... Walhamdulillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment