Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Wednesday, March 24, 2010
Gawatnya Negara Kita...
Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.
Ya Allah! Gawatnya masalah sosial negara kita! Kita bukan sahaja gawat dari masalah ekonomi tetapi masalah sosial juga turut gawat... 74,723 dari 214,033 bayi dari mereka yang terbabit adalah orang Islam, lebih kurang 30%!!! Dan trend menunjukkan bilangan mereka yang beragama Islam meningkat saban tahun; 17,303 (2009), 16,541 (2008), 16,100 (2007).
Sungguh menakut dan mengerikan... Cuba bayangkan jika Rasulullah (SAW) masih bersama kita, apa tindakan beliau? Masih bolehkah kita berdiam diri tanpa melakukan sesuatu?
Di Radio IKIM, selama 2 hari mereka membincangkan perkara ini. Setakat perbincangan dan selepas itu senyap sunyi kembali sehingga dibangkitkan lagi pada tahun depan?
Pada saya, jalan penyelesaian atau langkah pencegahan perlu dimainkan oleh semua pihak. Pihak yang paling asas ialah kedua ibubapa. Didiklah anak dikala mereka masih kecil. Berilah didikan agama, setidak-tidaknya dengan menghantarkan anak-anak kita ke sekolah agama. Apabila mereka dewasa, jagalah pemakaian anak-anak kita. Jangan biarkan mereka berpakaian yang menjolok mata. Seluar ketat, baju sendat, ditambah pula dengan berlubang di sana sini mengundang pemangsa!
Masyarakat kena peka! Jangan biarkan saja tanpa menegur anak-anak jiran atau kawan taulan. Dalam hal ini, biar kita suka jaga tepi kain orang! Itupun cara Islam yang sebenarnya, Addin Nun Nasihah!
Apabila nasi sudah menjadi bubur, nasihat sudah tidak berguna lagi!
Peringkat terakhir ialah pihak pemerintah. Tak usahlah lagi mengadakan atau menyokong program-program yang berunsur hedonisme. Jom Heboh ke? Pesta Sambutan 'Countdown' ke? Konsert Artis Barat yang sudah tentu berpakaian tidak cukup ela?
Susah macam ni, masyarakat jadi pening... Kita suruh mereka menjadi masyarakat berakhlak, masyarakat madani beridentiti ketimuran tetapi kita pula (pembesar-pembesar) menghadiri atau merasmikan program yang tidak senonoh...
Gejala ini bukan hanya berlaku dikalangan anak remaja!
Semasa saya di Sydney, ada seorang pensyarah sebuah IPTA di Malaysia (seorang doktor gigi) pergi untuk menyambung pelajaran dan membawa seorang anak kecil (berumur 7 bulan). Anak-anak yang besar ditinggalkan kepada suami di Malaysia. Kalau tidak silap, suami berkerja dengan Petronas.
Ketua Jabatan pensyarah tersebut turut pergi sama untuk beberapa hari. Ketua Jabatan ini juga merupakan kekasih pensyarah tersebut. Pensyarah tersebut telah meninggalkan anak kecilnya untuk dijagai oleh orang lain untuk beberapa hari kerana ingin tidur bersama kekasihnya! Astagfirullah...
Nauzubillahu min zaalik, anak-anak kita diajar oleh pensyarah yang berakhlak sedemikian.
Rabbana hab lana min azwa jina wa zurriyyaa tina qurra ta'a yunin waj 'alna lil muttaqina imama...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment