Monday, March 8, 2010

Kakak Iparku Pulang Ke Rahmatullah Hari Ini...

Hari ini kami ke University of Auckland untuk berjumpa dengan pensyarah yang berkaitan dengan kajian kami. Berjalan kaki dari Mesra Homestay ke pekan Avondale...kemudian naik bas ke University of Auckland...kemudian berjalan kaki lagi ke Faculty of Business School.

Di Business School inilah bidang 'property' diajar. Di sini juga, kami berjumpa dengan 2 orang pelajar PhD, anjuran UMT iaitu Pn Akma dan Pn Syayuti yang membuat kajian dalam bidang perakaunan.

University of Auckland agar berterabur fakulti mereka. Ini mungkin kerana kewujudannya telah lama dan apabila bandar Auckland berkembang, fakulti-fakulti baru mula dibuka dan dibina di tanah kosong yang berada berdekatan. Di antara satu fakulti dengan fakulti yang lain terdapat 'main roads' dan bangunan-bangunan yang bukan kepunyaan University of Auckland.

Selesai urusan tersebut, sekitar jam 4 petang, kami ke rumah Prof Madya Dr Nasir Daud dari Universiti Malaya. Beliau menyewa berdekatan dengan University of Auckland. Beliau sedang membuat 'sabatical' selama 9 bulan di sini. 4 bulan telah berlalu, dan tinggal 5 bulan lagi.

Semasa menunggu kedatangan Dr Nasir ke aras bawah, saya menerima 'sms' dari isteri menyatakan Kak Wan Dah baru aje pulang ke rahmatullah... Inna lillahi wainna ilai hiraaji'un.

Kak Wan Dah seperti tulisan saya sebelum ni, merupakan isteri abang saya (Wan Yaakob) dari emak yang lain. Selalunya, apabila pulang berhari raya ke Kelantan, saya tidak akan 'missed' untuk menjengok Kak Wan Dah yang dikasihi...

Kini yang tinggal hanya anak-anaknya yang semuanya lebih tua dari saya. Dari aspek pertalian keluarga, saya merupakan bapa saudara dan datuk saudara kepada anak-anak dan cucu-cucu Kak Wan Dah.

Semoga Kak Wan Dah dicucuri rahmat, dilapangkan kuburnya, ditempatkan bersama-sama para solehin dan dianugerah syurga Allah... Amin! Semoga kakak ipar ku bahagia di sana.

No comments:

Post a Comment