Tuesday, March 2, 2010

Cara Kita Melihat Sesuatu Berbeza..

Kita disarankan untuk menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Talabal ilmi minal mahdi ila lahdi!

Hari demi hari kita belajar benda baru... Dulu sesetengah dari isteri atau adik kakak kita tidak tahu bagaimana untuk mengisi minyak kereta. Apabila kerajaan 'impose' supaya pemandu perlu melakukan secara 'self-service', maka kita perlu belajar. Mula-mula pergi bayar duit di kaunter, kemudian buka tempat minyak, angkat 'nozel', dan tekan. Itu di Malaysia. Di Australia atau UK, isi minyak dulu kemudian bayar.

Hari ini saya belajar satu lagi ilmu... Bagaimana kita pergi 'shopping' di pasaraya dan kita juga menjadi 'cashier' pada masa yang sama. Saya ke pasaraya Woolworths di salah sebuah pekan di Brisbane. Semua 'lane' yang ada 'cashier' nampak agak panjang orang beratur. Sayapun ke 'lane' yang menunjukkan tanda 'self-service'.

Saya mengeluarkan barang dari bakul dan 'scan' di kaunter 'self-service' satu per satu. Kemudian akhirnya, dia akan menunjukkan jumlah yang perlu dibayar. Kita boleh bayar melalui kad kredit/debit atau tunai. Jika kita memilih untuk membayar secara tunai, tempat untuk memasukkan duit kertas dan syiling akan berfungsi.

Saya nampak ia adalah sesuatu yang menarik dan memberi ilmu kepada kita untuk membuat sesuatu secara kendiri!

Banyak perkara di negara barat, dia mengajar kita secara tidak langsung. Saya nampak ramai makcik dan pakcik tua masih menaiki kenderaan awam seperti bas, dan sebagainya. Ini adalah kerana mereka berilmu dan sudi untuk belajar. Kalau di negara kita, tanpa teman dari anak-anak tidak mampu makcik atau pakcik tua bergerak ke sana ke mari.

Kalau kita melihat dari bisnes perspektif memanglah, sesebuah syarikat cuba untuk mengurangkan kos pekerja tambahan dengan menawarkan perkhidmatan secara kendiri tetapi kalau kita melihat dari sudut yang lain. Ini adalah peluang untuk kita menambah ilmu....

2 comments:

  1. Assalamualaikum

    Tahniah en wan, dalam kesibukan diizinkan Allah menulis blog yang banyak manfaatnya pada mereka yang membaca..semoga dikurnia Allah kekuatan dan keredhaannya dalam segenap ruang kehidupan en wan sekeluarga..salam rindu dari sahabat yang jauh di UK..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam sahabatku Ujang..

    Moga ada manfaatnya... Kita buat setakat yang mampu. Para sahabat dulu lebih lagi pengorbanannya. Semoga isteri Ujang berjaya dalam PhDnya dan Ujang banyak menimba ilmu kehidupan di perantauan...

    ReplyDelete