Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Friday, March 5, 2010
Kembali Ke Malaysia Hall Di Sydney
Kami bertolak dari Brisbane jam 8.45 pagi tadi. Alhamdulillah, sampai di Malaysia Hall di Sydney, jam 11 malam.
Sebelum bertolak, tuan rumah tempat kami menginap selama seminggu telah membuat sarapan pagi; 2 biji telur 'sunny side-up', 2 keping roti 'toast', satu setengah 'sausage', dan kopi O. Tidak cukup dengan itu, Tuan Haji Jufri juga telah membekalkan kami lauk (gulai kambing) dan nasi untuk makan tengahari.
Sungguh bertuah mendapat 'landlord' macam ini! Sebelum beliau ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, beliau menelefon saya bertanya khabar dan di waktu petang sekali lagi beliau bertanya khabar. "Ya Allah, berilah ganjaran yang setimpal kepada Tuan Haji Jufri diatas segala pertolongan dan bantuan yang diberikan kepada kami...
Semasa dalam perjalanan, saya telah menelefon Pn Hani (warden Malaysia Hall) untuk bertanya jika ada kekosongan bilik buat kami berehat pada malam ini. Alhamdulillah, beliau sungguh baik hati dan memberikan kami bilik untuk dikongsi tiga orang.
Kami juga sempat berhenti di Gold Coast untuk mengambil gambar. Sungguh cantik kawasannya...
Esok, kami perlu menghantar kembali kereta yang disewa di Parramatta sebelum jam 10 pagi. InsyaAllah, pada petangnya kami akan berlepas ke Auckland, New Zealand. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment