Sunday, March 7, 2010

Hari Pertama Di Auckland...


Saya mengerjakan solat Subuh jam 6 pagi. Masuk waktu Subuh di sini ialah 5.42 pagi. Saya sempat membaca al-Quran 2 muka surat kemudian tidur semula kerana malam tadi, tidur pukul 2 lebih.

Bangun pukul 9, kelihatan sarapan sudah tersedia; 'baked bean', 'scrambled eggs', roti, jem, 'peanut butter', 'orange juice', 'milk', dan 'cereal'. Selesai mandi dan sarapan, saya ke 'Sunday Market' dekat Litar Lumba Kuda (Avondale Horse Race Course). Kelihatan begitu ramai orang... Penjual dan pembeli dari negara Asia sama ramai dengan penjual dan pembeli lokal.

Barang-barang yang dijual terdiri dari buah-buahan, sayur-sayuran, pakaian lama dan baru, makanan, peralatan pertukangan, mainan dan bermacam-macam lagi. Kebanyakkannya adalah yang terpakai (second hand). Kalau di UK, mungkin kita panggil Car Boot Sale. Tiada apa yang menarik hati saya! Saya tidak membeli apa-apa barangan...

Petangnya, sekitar jam 2.30, kami menumpang En. Aziz ke bandar. Satu petang kami mengambil gambar di bandar Auckland yang berhampiran dengan laut. Bandar yang begitu tersusun, bersih, dan menarik. Ramai sekali pelancong. Masing-masing mempunyai kemera di tangan.

Ramai juga yang kami jumpa pelancong dari Malaysia. Rata-ratanya, pesara bersama isteri masing-masing. Ada satu kumpulan yang terdiri dari 16 orang ahli. Mereka duduk berjiran di Kuala Lumpur, dan datang bercuti bersama-sama... Di kalangan mereka ada yang pernah berkerja kerajaan (Johor Civil Service), ada yang berkerja dengan swasta (Bank Bumiputra), dan ada juga yang berkerja sendiri.

Pukul 6.40 petang, kami menaiki bas bernombor 136 balik ke Mesra Homestay. Waktu Maghrib di sini ialah 7.53 malam.

No comments:

Post a Comment