Sunday, March 7, 2010

Tiba di New Zealand Buat Pertama Kali...


Kami bergerak dari Dewan Malaysia di Sydney ke airport, pada jam 3.30 petang. Flight dari Sydney ke Auckland dijadualkan berlepas jam 5.50 petang.

Kami tinggalkan beg besar kami di Dewan Malaysia kerana kami akan balik semula ke Sydney pada 15 Mac nanti.

Semasa 'check-in' agak lama juga kami disoal dari segi visa dan sebagainya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...

Semasa kami menempah tiket di Malaysia dulupun, kami telah menanyakan dari segi visa untuk ke Australia dan New Zealand. Dan syarikat tersebut telah memaklumkan bahawa visa hanya diperlukan untuk ke Australia dan untuk ke New Zealand tidak diperlukan.

Selesai 'check-in', kami perlu melalui proses 'security' sebelum ke 'gate' berlepas. Alhamdulillah, semuanya ok. Cuma di sini, komputer yang berada di dalam beg perlu dibawa keluar untuk di x-ray secara terus. Yang lain-lain seperti 'wallet', 'hand phone', juga dimasukkan dalam mesin imbasan.

Kami berjalan ke pintu berlepas iaitu 'gate 25'... Sambil menunggu panggilan untuk 'boarding', saya memerhati kapal terbang yang berada di sekitar airport.

Tiba-tiba terdengar 'announcement', "Mr. Wan Ibrisam Fikry bin Wan Ismail, please comes to the counter near Gate 25!"

Saya bergegas ke kaunter dan pegawai yang bertugas mengarahkan saya segera ke tempat pemeriksaan keselamatan tadi kerana katanya 'wallet' saya tertinggal.

Subhanallah... Saya berlari balik ke sana.

Masa saya memasukkan semua barang-barang ke dalam mesin pengimbas tadi, rupa-rupanya 'wallet' tersangkut di dalam kerana seingat saya, semua barang-barang yang saya masukkan dalam 2 bakul telah saya kutip licin.

Semasa di 'security counter', pegawai yang bernama Saade George memaklumkan kepada saya jika saya berpuas hati dengan jumlah wang yang ada di dalam 'wallet' dan tiada apa yang hilang, saya perlu menandatangani di buku yang disediakan.

Kemudian dia menanyakan saya, "Do you know what 'Fikry' means?". "Yes, fikr or think", balas saya. "Right", balasnya. Kawannya yang berada di sebelah, juga nampak seperti peranakan Arab menyampuk, "Is that right?"

Perbezaan masa Auckland dengan Sydney ialah 2 jam; maksudnya Auckland sekarang ini pukul 1.30 petang, Sydney pukul 11.30 pagi dan Malaysia pukul 8.30 pagi.

Kami tiba di Auckland malam tadi jam 11 malam. En. Aziz pengusaha Mesra Homestay di Auckland telah datang menjemput kami di airport.

No comments:

Post a Comment