Friday, March 19, 2010

Touch Down Di KLIA...

Perjalanan dari Sydney ke KLIA mengambil masa lebih kurang 7 jam setengah. Perjalanan yang melawan perjalanan matahari... Bermula dari jam 1540 di Sydney dan bergerak perlahan-lahan ke Malaysia. Perjalanan yang sentiasa terang dengan cahaya matahari... Tiba di KLIA jam 2045.

Kalau masa pergi dulu, perjalanannya seiring dengan pergerakan matahari.

Tiba di Senai airport keesokannya, hampir jam 1200 tengahari.

Banyak perkara terpaksa dilunaskan apabila tiba di Malaysia. Biasalah, sebulan tinggalkan bumi Malaysia yang tercinta...

Ada berita baik, dan ada yang kurang baik! Semuanya ingin menguji tahap kesabaran dan keimanan...

Sempat juga berborak dengan kawan lama semasa di Kuala Lumpur sebelum menaiki 'connecting flight' ke Johor Bahru. Antaranya mengikut pandangan beliau, Malaysia akan berkurangan 'Foreign Direct Investment' (FDI) kerana kes DSAI. Banyak negara barat akan menarik balik 'investment'.

Lihat saja pendirian 50 Ahli Parlimen Australia yang menggesa agar kes Anwar digugurkan demi untuk menegakkan prinsip demokrasi. Perkara yang sama dialami dengan negara Myammar (dulu dikenali sebagai Burma) kerana tindakan yang dibuat ke atas bekas pemimpin Burma Aung San Suu Kyi.

Tambah kawan saya lagi, "Kalau dulu semasa kita belajar Ilmu Alam atau Geografi, Rangoon merupakan salah sebuah pelabuhan yang terkemuka. Sekarang dimana tahapnya? Kalau tidak diboikot oleh negara barat, pasti ia masih boleh bertahan..."

Saya hanya mendengar hujah beliau... Mungkin ada betulnya! Kita sekarang hidup dalam 'global village', atau sesetengah orang memanggilnya 'borderless world'.

Setiap apa yang berlaku di satu-satu negara bakal memberi impak kepada negara yang lain. Lebih-lebih lagi, sekarang ini 'information travels very fast!' Taip aje dan kemudian 'send', seluruh dunia akan mengetahuinya...

Kawan saya ialah seorang usahawan. Bisnes kawan saya agak kurang baik pada tahun lepas, 'getting better' tahun ini, dan 'will get even better next year'. Begitulah kata atau 'prediction' beliau.

Beliau mempunyai beberapa orang pekerja dalam syarikatnya. Ada yang 'performed' dan ada yang tidak 'performed' langsung. Tetapi naluri hati kawan saya agak lembut. Beliau tidak sampai hati untuk mengenepikan pekerja yang kurang mencapai KPI yang telah ditetapkan. "Biarlah kita sama-sama makan sedikit sebanyak dari apa yang syarikat telah berjaya mendapat keuntungan", jelas kawan saya lagi.

No comments:

Post a Comment