Monday, March 1, 2010

Australia Memberi Kerakyatan Kepada 150,000 Warga Asing...


Kalau tidak silap pendengaran saya semasa taklimat Assoc. Prof. John MacFarlane semasa di University of Western Sydney tempohari, beliau berkata kerajaan Australia memberi kerakyatan kepada warga asing seramai 150,000 orang setahun. Jumlah penduduk Australia yang sebegini luas hanya 22 juta berbanding negara Malaysia seramai 26 juta.

Rata-rata saya tengok ramai orang bukan Mat Salleh di sini. Orang Asia (Cina dan India) dan Timur Tengah agak ramai. Kedai makanan 'Nandos' yang menjual ayam di Brisbane kebanyakannya halal kerana dipunyai oleh orang Arab. Pemandu teksi, kebanyakannya orang luar. Kedai runcit, banyak dipunyai oleh orang Cina dan Korea. Kedai barangan 'souvenirs' di Paddy Market, banyak dipunyai orang Jepun, dan ada juga kepunyaan orang Indonesia. Di kedai Indonesia, siap ada iklan dalam Bahasa Indonesia, "Kalau beli banyak, dapat lebih diskaun!"

Saya agak, lama kelamaan Mat Salleh di sini akan beransur pupus dan ekonomi negara ini akan diambil-alih oleh masyarakat pendatang!

Sayugia diingatkan, Malaysia pada suatu hari nanti akan menjadi seperti Australia. Kita akan dipenuhi oleh warga asing (baik tanpa izin mahupun dengan izin). Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein semasa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini melahirkan rasa terkejut apabila melihat begitu ramai warga asing di ibu kota Kuala Lumpur.

Didalam semua sektor kita menarik warga asing! Di kilang-kilang, ramai pekerja asing Bangladesh, Myammar kerana mereka berminat bekerja lebih dengan upah yang kecil. Di ladang-ladang, juga ramai pekerja Indonesia. Di sektor perumahan, tukang-tukang membuat bangunan dari Indonesia. Di rumah kita, bibik-bibik yang menjaga rumah dan anak-anak. Di restoren mamak, ramai India Hindu menjadi pelayan. Tidak kurang juga, warga Indonesia, di kedai "Car Wash".

Tidak habis di situ, di menara gading, kita membawa masuk pensyarah mahupun pelajar "post-graduate" asing bagi meningkatkan "rangking" universiti kita di mata dunia. Tenaga pengajar asing yang memohon "Senior Lecture" kita luluskan pangkat "Associate Professor" terus.

Bilangan rakyat kita yang hendak membuat kursus "undergraduate" di universiti kita yang tersohor, kita kurangkan. Kita perlu ramaikan bilangan "post-graduate" hatta kita terpaksa membawa masuk dari negara asing. Tidak cukup dengan itu, kita beri lagi mereka "research grant" supaya mereka dapat membuat penyelidikan yang bertaraf "world class".

Integrasi warga dunia akan lebih mantap. Sekiranya, kita perlu mereka demi memenangkan parti dokongan kita, tiada salah untuk kita memberi kerakyatan kepada mereka tetapi dengan syarat mereka mengundi kita...

Perjuangan anak bangsa yang berfikiran sempat dan kolot ini perlu dibuang jauh. Perjuangan sebegini hanya mengkebelakangkan halatuju kita... Kita mahu terus maju, mencipta nama di persada antarabangsa.

Mari, mari, mari semua! Datang ke Malaysia! The land of Opportunities!

No comments:

Post a Comment