Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Friday, March 12, 2010
Berpindah Motel...
Pagi ini nampak ceria. Matahari kelihatan di sekitar bandar Christchurch. Cuma, kadang-kadang diselaputi awan hitam.
Semalam jumpa 3 orang pelajar 'undergraduate' (1 lelaki dan 2 perempuan) di Westfield, nama tempat shopping center. Menurut salah seorang pelajar tersebut, Anis, berasal dari Kedah, kat sini cuacanya 'unpredictable'!
Anis dan kawannya merupakan pelajar tahun akhir di University of Canterbury dalam bidang 'Accounting'. Manakala budak lelaki tu merupakan seorang 'permanent resident' kerana ibubapanya sudah lama di sini. Patutlah tak datang salampun, sapapun tidak...
Di Westfield juga, saya berjumpa dengan 2 orang usahawan landscape dari Kuala Lumpur yang datang ke sini sempena 'Flower Festival'. Salah seorangnya bekas pelajar Fakulti Alam Bina, UTM. Mereka akan ke Mt. Cook hari ini sebelum kembali ke Malaysia pada besoknya.
Pagi ini juga, kita perlu berpindah motel kerana Apollo Motel ada orang lain yang akan masuk. Kami hanya berpindah ke motel belakang. Motel ini bernama Ascot Vale Motor Lodge. InsyaAllah, kita di sini sehingga 15 Mac...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment