Wednesday, March 10, 2010

Sampai Ke Christchurch...

Ahmad (anak angkat tuan rumah, Abang Aziz & Kak Fatimah) hantar kami ke Auckland airport. Ahmad adalah English convert (maybe we call him Kiwi convert) telah tinggal bersama ibu dan ayah angkatnya lebih 2 tahun.

Apa yang menarik perhatian saya sebelum bertolak tadi ialah kawan saya memberitahu bahawa Ahmad tak tahu bahawa Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud A.S. "It is not mentioned in the holy Quran, as it says about Taurah and Injil", kata Ahmad. "I have finished reading it (Al-Quran) twice", sambungnya lagi.

Betul ke ni? Aku dah habis khatam A-Quran dah berapa puluh kali... Aku dengar dalam hadis ke, dalam Quran? Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W., Kitab Injil kepada Nabi Isa A.S., Kitab Taurat kepada Nabi Musa A.S., dan Kitab Zabur kepada Nabi Daud A.S.

"Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud." (Al-Israa; 55)

Kadang-kadang, kita kurang mahir untuk mengemukakan bukti sebagaimana para asatizah, secara 'off hand'. Tetapi dalam keadaan serba canggih, ada internet dan sebagainya, pencarian lebih senang, kata orang 'information is at our own finger tips!' Cuma, hendak tak hendak saja mencarinya...

Kami 'check-in' agak awal, sebelum pukul 11 dan flight berlepas jam 12.30 tengahari. Sampai di Christchurch pukul 2 petang. Alhamdulillah, saudara Mahfouz telah menunggu di airport. Saudara Mahfouz dulu adalah Young Officer (Y.O.) di PALAPES UTM. Sekarang beliau menemani isterinya, Azlina, yang sedang menyiapkan pengajian PhDnya.

Kami menginap di Apollo Motel, dengan harga NZ$170 semalam. Ok jugak, ada 2 bilik, 'kitchen', dan 'living room'. Tetapi untuk 2 malam sahaja kerana motel ini 'fully booked' kerana ada 'Flower Festival' di bandar Christchurch. Lusa, kita terpaksa berpindah ke motel yang lain.

No comments:

Post a Comment