Thursday, August 9, 2012

Iftar FGHT 2012

Badan Keluarga Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah (BKFGHT) telah berjaya melaksanakan iftar untuk semua staf dan keluarga mereka di Dataran Harmoni petang semalam (8 Ogos 2012).



Sungguhpun bermenukan hanya 'Nasi Ambang' dan kuih muih serta buah-buahan, iftar pada kali ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan.



Program Iftar FGHT dimulakan dengan ucapan aluan dari Yang Berbahagia Timbalan Dekan Akademik (PM Dr Hishamuddin bin Mohd Ali) pada pukul 6.35 petang. Kemudian disusuli pula dengan tadzkirah dari Yang Berbahagia Ustaz Mohammad Naem bin Mat Basir dari Fakulti Tamaddun Islam.



Semua tetamu jemputan pada awalnya berkumpul di bilik seminar fakulti sebelum bertebaran di sekitar dataran untuk menunggu waktu berbuka.


Setelah habis berbuka puasa, golongan lelaki naik ke aras 3 untuk bersolat maghrib secara berjamaah di surau. Golongan wanita pula kekal di bilik seminar untuk solat dan sebagainya.

Majlis bersurai sebelum masuk waktu Isyak.

No comments:

Post a Comment