Friday, March 1, 2013

Sedikit Pengenalan Kepada Kor & Rejimen Dalam Tentera Darat

Sudah agak lama ya Tentera Darat wujud di negara kita... Sekarang kita menyambut Hari Tentera Darat yang ke-80.

Kenapa cakap pasal tentera pula? Sebab yang utama ialah pasukan tentera amat penting bagi sesebuah negara. Di zaman Rasulullah (SAW), pasukan tenteralah yang mempertahankan Islam dan melancarkan serangan apabila berlakunya pertempuran seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak, Perang Mu'tah, dan sebagainya.

Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, mempunyai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang mana pasukan Angkatan Tentera Malaysia bernaung di bawahnya.

Setiap pegawai tentera Malaysia pasti akan ditauliahkan dan diberi watikah oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Di dalam watikah tersebut mempunyai 2 orang yang menandatanganinya iaitu SPB Yang Dipertuan Agong dan Menteri Pertahanan Malaysia.

Saya telah ditauliahkan pada tahun 1990 dan watikah saya telah ditandatangani oleh ayahanda Sultan Selangor sekarang yang merupakan SPB Yang Dipertuan Agong pada masa itu dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, merangkap Menteri Pertahanan.

Tentera Darat mengandungi 18 Kor atau Rejimen.


Tentera Darat boleh dibahagikan kepada 4 kelompok iaitu Kelompok Tempur, Kelompok Bantuan Tempur, Kelompok Bantuan Perkhidmatan, dan Pasukan-Pasukan Khas.

Kelompok Tempur mengandungi 4 pasukan iaitu Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Rejimen Sempadan (RS), dan Kor Armor Diraja (KAD). Kelompok pertama ini melibatkan anggota dan sistem tempur yang berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan.

Kelompok Bantuan Tempur pula terdiri daripada Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kor Polis Tentera Diraja (KPTD), Kor Risik Diraja (KRD), dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD). Kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan sistem tentera yang membantu kelompok tempur secara langsung di dalam peperangan.

Kelompok Bantuan Perkhidmatan mempunyai 6 pasukan iaitu Kor Perkhidmatan Am (KPA), Kor Kesihatan Diraja (KKD), Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnans Diraja (KOD), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), dan Rejimen Askar Wataniah (RAW). Saya adalah seorang anggota tentera dari pasukan Rejimen Askar Wataniah. Peranan kelompok ini adalah untuk membantu kelompok tempur dan bantuan tempur dalam aspek perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran.

Pasukan-Pasukan Khas pula terdiri dari Pasukan Khusus (Gerak Khas) dan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD). Mereka yang menyertai pasukan ini adalah terdiri daripada mereka yang terpilih daripada pelbagai kor dan rejimen dalam Tentera Darat.

6 comments:

  1. Assalam....mohon admin dapat membantu dengan soalan saya....saya sedang membuat esei yang bertajuk “MENGAPA ANGGOTA TENTERA LLP PERLU MENGHORMATI PEGAWAI DALAM KEADAAN TABIK” contohnya tidak seperti kita menghormati PTT kanan atau pun orang lain...mohon admin dapat membantu saya dengan menghuraikan maksud tersebut...sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,saya sgt memerlukan jawapan....agar admin dapat membantu aya...terima kasih

      Delete
  2. Jutaan terima kasih atas penerangan yg diberikan.. Amat mmbantu saya dan skuad2 yg lain.. Terima kasih, tuan!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Tuan. Penerangan dan motivasi yang terbaik. Ilmu ini akan saya sampai2kan pada skuad dan jr saya skali tuan.

    ReplyDelete
  4. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  5. Halo,
    Saya seorang pemberi pinjaman Pinjaman Asing yang saya memutuskan untuk memberikan pinjaman jangka pendek, sederhana dan panjang kepada orang-orang jujur ??yang walaupun pendapatan bulanan mereka berjuang untuk memenuhi keperluan asas mereka. Sama ada anda seorang broker yang ingin membantu pelanggan mencari pembiayaan peribadi atau pelabur yang ingin memaksimumkan pulangan anda, saya lelaki awak!

    Kami mempunyai sejumlah besar "Modal Persendirian" dan secara agresif mencari pinjaman ekuiti hartanah. Hubungi saya jika anda mahu keputusan!

    KAMI DAPATKAN FUND BERIKUT:

    • Pinjaman Untuk Semua
    • Pinjaman Tunai Keluar Semua Jenis Hartanah
    • Bangunan Multi-keluarga / Pangsapuri
    • Pinjaman Untuk Pelabur
    • Pinjaman Jambatan / Pembiayaan Mezzanine
    • Pinjaman untuk Pembeli Asing
    • Pinjaman Komersial
    • Tanah / Pembinaan
    • Produk Komersial / Multifamily Baru, dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    • Jumlah Pinjaman: $2,000USD - Di atas

    Gonzalez Andres Financial Company
    E-mel: gonzalezandresloan@gmail.com
    Laman web: gonzalezandresblog.wordpress.com
    Mr. Gonzalez J. Andres

    ReplyDelete