Tuesday, January 12, 2010

Bayar Cukai Tanah Di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru

Pada hari Ahad, 3 Jan 2010, aku telah ke Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) untuk membayar Cukai Pintu. Agak 'convenient' kerana jalan tidak sibuk, bayaran tempat letak kereta tidak dikenakan, dan orangpun tidak ramai. Pada hari Ahad, MPJBT membuka kaunter dari 9am hingg 1pm. Sesiapa yang membayar cukai untuk setahun, dihadiahkan sekaki payung!

Pagi tadi, aku ke Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru pula untuk membayar cukai tanah yang mana rumah yang aku bayar cukui pintu itu berada di atasnya. Kalau hendak tengok tanah memang tiada kerana telah dilindungi bangunan! Bayar Cukai Tanah sebanyak RM36, manakala Cukai Pintu sebanyak RM259.

Aku bergerak ke Pejabat Tanah pagi tadi lebih kurang jam 7.20am dan sampai lebih kurang pada pukul 8.09am kerana kesesakan lalulintas di Tampoi. Nombor aku dipanggil sekitar jam 9.05am.

Disamping menunggu giliran, aku membuat pemerhatian di dalam pejabat. Apa yang baiknya ialah semua wargatua diberi nombor yang berlainan dan mereka agak cepat mendapat layanan. Pada mulanya, aku ingat pengawal keselamatan hanya mencari wargatua dari kalangan bangsa Melayu sahaja tetapi tidak, semua wargatua Melayu, Cina, dan India diberi layanan yang sama. Terdapat 2 orang pengawal keselamatan bersenjata yang bertugas memberi nombor kepada pelanggan. Tidak pasti pulak, adakah itu tugas hakiki mereka?

Satu lagi perkara baik yang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah ialah mereka membuka kaunter bayaran di pejabat pemaju perumahan terpilih. Yang aku ingat tadi ialah di Pejabat Pemaju Perumahan Taman Setia Tropika, ada 2 lagi tempat yang aku sudah lupa... Kalau tidak silap aku, di pejabat pemaju, Pejabat Tanah membuka kaunter pada hari minggu.

Yang agak kurang baik ialah ialah kaunter yang disediakan adalah agak banyak tetapi yang dibuka operasinya hanya 2 pada awalnya, kemudian ditambah kepada 3. Sepatutnya, mereka membuka kesemua kaunter termasuk juga kaunter pertanyaan. Aku nampak tidak ramai yang bertanya, dan yang bertugas di kaunter pertanyaanpun nampak agak relax. Begitu juga dengan yang bertugas mengoyak nombor dan diberikan kepada pengawal keselamatan untuk diagihkan. Kerjanya boleh diambil alih oleh pengawal keselamatan!

Pejabat Tanah juga menyediakan pembayaran secara internet. Patutlah 'sms' aku kepada kawan-kawan menanyakan sesiapa yang ingin mengirim untuk membayar cukai tanah tidak berjawab! Kesemua kawan-kawanku mempunyai 'internet banking' dan mereka adalah IT savvy...

Satu lagi yang aku perhatikan ialah, bangsa Cina lebih ramai di Pejabat Tanah berbanding bangsa Melayu dan India, dan mereka membayar cukai lebih dari satu pegangan hakmilik!!! Apa maksudnya? Bumi Johor kepunyaan Cina???

5 comments:

  1. bolehkah itu bermaksud bangsa cina lebih berasa tanggungjawab? Mereka cuma menjalankan tugas rakyat iaitu mejelaskan cukai dikenakan.

    membayar lebih dari satu pegangan hakmilik? bolehkah mereka hanya tolong kawan-kawan mejelaskan cukai? Apa salahnya?

    Even if these Chinese folks are paying for more than one properties, what's wrong with it? Especially if they worked hard their whole life.

    Please try to see thing from a different angle!!! Don't be so narrow minded, it will make you and make other people unhappy! It will not benefit anyone!

    ReplyDelete
  2. uuuu..anonymous1..u sounded unhappy.
    u should try this as well :)
    "Please try to see thing from a different angle!!! Don't be so narrow minded, it will make you and make other people unhappy! It will not benefit anyone!"

    reminder should always be dedicated to others and specially ourselves.jgn lupa tu...peace no war :)

    ReplyDelete
  3. Saya warga singapura, punya rumah kat johor. Baru bayar cukai pintu semalam kat MPJBT. Biasalah menjadi resmi, suka bandingkan system Johor dengan Singapura. Bila dpt bil cukai harta, cepat-cepat saya gegas isteri ikut saya pergi bayar. Saya tanya developer, saya takut kena saman. jawabnya pula, takpayah kelam kabut, orang kat sini biasa bayar lambat...
    Saya kata, memang prinsip saya tak suka lengahkan tanggungjawab. Berdosa.
    Bila bayar cukai harta setengah tahun, saya di beri fail percuma. Hairan jugak saya. Sebab kat Singapura, bayar pun tak dapat apa benda. Lambat bayar kena denda adalah. Masa saya kena saman parking tahun lepas kat bandar johor pun sama. Terkejut saya diberi diskaun.
    Mungkin ini semua insentif untuk rakyat Johor bayar ikut jadual? Sedih lah kalau gitu. Malaysia kaya dengan rahmat Tuhan.

    walau apa pun, saya ni menumpang kat tanah orang, jadi saya tetap lakukan yang sepatutnya. Yang kecewa pulak, bila dapat teguran dari orang johor sendiri, macam mana nak elak atau tunda itu dan ini. Saya diam aje.
    Orang Johor- Melayu, Cina, India kebanyakannya bersopan. Tak macam kat singpura. Banyaknya tak ada masa nak bersopan. Semua kerja harta dunia.

    ReplyDelete
  4. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  5. Halo,
    Saya seorang pemberi pinjaman Pinjaman Asing yang saya memutuskan untuk memberikan pinjaman jangka pendek, sederhana dan panjang kepada orang-orang jujur ??yang walaupun pendapatan bulanan mereka berjuang untuk memenuhi keperluan asas mereka. Sama ada anda seorang broker yang ingin membantu pelanggan mencari pembiayaan peribadi atau pelabur yang ingin memaksimumkan pulangan anda, saya lelaki awak!

    Kami mempunyai sejumlah besar "Modal Persendirian" dan secara agresif mencari pinjaman ekuiti hartanah. Hubungi saya jika anda mahu keputusan!

    KAMI DAPATKAN FUND BERIKUT:

    • Pinjaman Untuk Semua
    • Pinjaman Tunai Keluar Semua Jenis Hartanah
    • Bangunan Multi-keluarga / Pangsapuri
    • Pinjaman Untuk Pelabur
    • Pinjaman Jambatan / Pembiayaan Mezzanine
    • Pinjaman untuk Pembeli Asing
    • Pinjaman Komersial
    • Tanah / Pembinaan
    • Produk Komersial / Multifamily Baru, dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    • Jumlah Pinjaman: $2,000USD - Di atas

    Gonzalez Andres Financial Company
    E-mel: gonzalezandresloan@gmail.com
    Laman web: gonzalezandresblog.wordpress.com
    Mr. Gonzalez J. Andres

    ReplyDelete