Tuesday, May 3, 2011

Satu Pandangan Mengenai Lambakan Pelajar Luar Negara di IPTA

Kita harus menerima kenyataan bahawa polisi pengajian di IPTA tidak lagi seperti dulu. Kalau dulu hanya warganegara Malaysia yang belajar di IPTA. Kemudian, ia mula berubah apabila UIAM mula mengambil pelajar-pelajar antarabangsa tetapi majoritinya dari negara Islam. Kemudian semua IPTA mula berlumba-lumba untuk mendapat pelajar antarabangsa, bahkan pensyarah antarabangsa juga, bagi memenuhi kriteria 'world class university'.

Sekarang di kebanyakan kampus terutama yang berlabelkan Universiti Penyelidikan, anda tidak dapat elak, pasti akan menemui orang Arab, Afrika, Indonesia, China, dan lain-lain.

Kedatangan pelajar-pelajar ini jika dilihat dari pelbagai perspektif maka kita dapat membuat suatu perbandingan diantara kebaikan dan keburukannya.

Kebaikan yang paling ketara kepada negara kita ialah ia mendatangkan implikasi kewangan. Negara mendapat wang mereka dari aspeks yuran pengajian, makan minum mereka, sewa asrama dan rumah bagi yang berkeluarga, kenderaan yang mereka beli, dan lain-lain perkhidmatan yang mereka guna. Dengan kata lain, wang negara Islam lain berhijrah ke negara Islam juga berbanding jika mereka melanjutkan pelajaran ke UK, US, Australia, New Zealand, dan sebagainya.

Dari aspeks pengamalan Islam juga ada impaknya. Penduduk negara kita akan lebih terbuka dari segi pengamalan Islam sebagai satu cara hidup dan tidak terkongkong dengan Mazhab Syafie semata-mata. Di masjid-masjid kita melihat pelbagai bangsa dan warna kulit memenuhi saf apabila tiba waktu solat. Secara tidak langsung, masyarakat tempatan akan melihat kepelbagaian dalam tatacara masyarakat luar mengerjakan solat dan ibadah lain. Oleh itu, mereka akan lebih terbuka dan boleh menerima perbezaan. Sebaliknya pula, masyarakat Islam luar juga akan lebih memahami cara hidup dan penghayatan Islam kita.

Asimilasi budaya akan berlaku. Penduduk luar akan lebih memahami budaya kita dan sebaliknya pula kita akan lebih bertoleransi dengan budaya asing.

Makanan kita juga akan mendapat sambutan! Semalam saya tengok ada sepasang orang Iran atau Arab yang membeli kuih muih tradisional kita. Dalam hati saya berkata, boleh pula mereka memakan kuih yang berbungkus di dalam daun pisang!

Aspeks negatifnya pula ialah kita tidak dapat mengawal cara masyarakat luar berpakaian, terutama pelajar bukan Islam. Ada sesetengah yang memakai pakaian menjolok mata tetapi tiada penguatkuasaan oleh pengawal keselamatan.

Berbanding sebelum kedatangan mereka, gambar tatacara pemakaian yang dibenarkan terpampang di mana-mana dan penguatkuasaan dilakukan oleh pengawal keselamatan dan juga pihak asrama ke atas pelajar lokal.

Seterusnya, peluang pelajar tempatan untuk memasuki IPTA menjadi semakin susah kecuali untuk kemasukan ke kolej-kolej komuniti dan politeknik.

Satu lagi kebaikan tentang ramainya bilangan 'foreign students' yang belajar di IPTA ialah kemungkinan suatu hari nanti mereka akan datang melawat atau melancong ke Malaysia. Kali ini kedatangan mereka mungkin bersama keluarga! Ini hanya berlaku jika mereka dilayan dengan baik dan mempunyai pengalaman yang positif di sini semasa mereka belajar dahulu.

Mungkin juga ada segelintir dari 'so-called foreign students' yang mengambil kesempatan dari polisi kita yang menggalakkan kemasukan pelajar asing telah menyalahgunakan pas pelajar dengan membawa masuk dadah serta menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang negara.

Komunikasi pelajar-pelajar kita akan lebih baik dan mantap dari aspek bahasa Inggeris kerana selalu bercakap dengan 'foreigners'.

Pelajar-pelajar antarabangsa juga boleh mengambil pengalaman dengan sistem atau peraturan di negara kita atau apa sahaja yang baik-baik dan mencuba untuk diaplikasikan di negara mereka.

Dengan ramainya pelajar antarabangsa, permintaan terhadap makanan ruji mereka akan menumbuhkan lagi kedai-kedai makanan yang menyediakan masakan ala Timur Tengah seperti shawarma, kebab, lamb beriani, dan lain-lain lagi. Di Taman Universiti sudah ada beberapa buah restoren Arab dan Parsi.

Di pasaraya besar seperti Jusco dan Giant, bekalan spageti dan sos, keju, susu segar, roti arab, dan lain-lain lagi nampak semakin banyak dipasarkan.

Kadar tukaran wang asing kita juga rendah dan menggalakkan pembelian. Saya pernah berbual dengan seorang rakyat Qatar yang membuat ijazah sarjana semasa makan di Pak Lah Cafe. Beliau adalah seorang guru. Gaji guru dengan ijazah sarjana di Qatar ialah belasan ribu RM (kalah gaji pensyarah biasa). Tetapi nasi beriani katanya, sambil menunjukkan nasi yang dimakannya di Qatar berharga dua, tigu puluh ringgit. Begitu juga dengan sewa rumah, sewa rumahnya di Melawis berharga RM350 tetapi rumah yang sama di Qatar, sewanya seribu lebih RM.

Apa yang saya perhatikan ialah ada baiknya juga pelajar-pelajar internasional ini melanjutkan pelajaran ke negara Islam berbandingkan ke negara barat. Yang pasti yuran pengajiannya jauh lebih murah. Tenaga pengajar kita juga tidak kurang hebatnya. Ramai di kalangan profesor kita lulusan dari luar negara. Dan yang terakhir ialah dari segi kemudahan barang-barang halal amat banyak di negara kita...

1 comment:

  1. Halo,
    Saya seorang pemberi pinjaman Pinjaman Asing yang saya memutuskan untuk memberikan pinjaman jangka pendek, sederhana dan panjang kepada orang-orang jujur ??yang walaupun pendapatan bulanan mereka berjuang untuk memenuhi keperluan asas mereka. Sama ada anda seorang broker yang ingin membantu pelanggan mencari pembiayaan peribadi atau pelabur yang ingin memaksimumkan pulangan anda, saya lelaki awak!

    Kami mempunyai sejumlah besar "Modal Persendirian" dan secara agresif mencari pinjaman ekuiti hartanah. Hubungi saya jika anda mahu keputusan!

    KAMI DAPATKAN FUND BERIKUT:

    • Pinjaman Untuk Semua
    • Pinjaman Tunai Keluar Semua Jenis Hartanah
    • Bangunan Multi-keluarga / Pangsapuri
    • Pinjaman Untuk Pelabur
    • Pinjaman Jambatan / Pembiayaan Mezzanine
    • Pinjaman untuk Pembeli Asing
    • Pinjaman Komersial
    • Tanah / Pembinaan
    • Produk Komersial / Multifamily Baru, dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    • Jumlah Pinjaman: $2,000USD - Di atas

    Gonzalez Andres Financial Company
    E-mel: gonzalezandresloan@gmail.com
    Laman web: gonzalezandresblog.wordpress.com
    Mr. Gonzalez J. Andres

    ReplyDelete