Tuesday, November 2, 2010

Katil Urut Jenama CERAGEM


Saya rasa bersalah kalau tidak kongsi pengalaman dengan kawan-kawan. Biasanya berapa harga kita bayar apabila pergi berurut? Sekurang-kurangnya RM30 kan? Agak mahal ya, tapi perkhidmatan urut ini adalah PERCUMA!!!

Saya telah 3 kali pergi berurut dengan katil urut ini secara percuma dan kita digalakkan untuk membawa rakan-rakan bersama. Saya pergi buat kali pertama pada hari Sabtu lepas. Kali kedua semalam (Isnin) dan kali ketiga hari ini. Ramai yang datang dari kalangan makcik, pakcik, dan ada juga kanak-kanak.

'What is ceragem? Ceragem is the world's first and no. 1 Automatic Thermal Massager with an internal projector made of jade that emits Far Infrared Ray (FIR), which massages the vital points of the spine to improve the user's overall health and energy level'.

Katil ini akan mengurut 'spine' atau tulang belakang kita. Ia merupakan penggabungan perubatan timur dan rawatan alternatif (Chiropractic). Ia mengandungi 3 bentuk perubatan iaitu; 'massage', 'acupressure', dan 'moxibustion'.

Urut memberi rangsangan fizikal kepada otot-otot dan saraf, dimana saraf-saraf yang kebas dihidupkan semula dan menguatkan organ-organ dalam badan. Kuasa penyembuhan semulajadi sepenuhnya boleh diperolehi dengan tekanan (acupressure) pada poin-poin chi. Proses ini membantu keadaan badan menjadi lebih baik dan sihat. Perubatan Timur yang beribu tahun telah mula menggunakan kepanasan (moxibustion) pada poin chi pada badan untuk menyembuhkan dan mengelakkan daripada penyakit.

Sesiapa yang berminat bolehlah melayari www.ceragem.net. Pusat di Johor Bahru beralamat 94-01, Jalan Molek 2/2, Taman Molek, 81100, Johor Bahru, Johor. Waktu operasi ialah 0820 hingga 1700 (Weekdays); 0820 hingga 1420 (Saturday); dan tutup pada hari Ahad dan 'public holiday'. Satu sesi urut adalah selama 40 minit.

Antara 'ceragem's effects are; increases blood circulation, relieves muscle pain and stiffness, relieves joint pain and stiffness caused by arthritis, and relaxes muscles'.

Kalau kita hendak beli katil itu, harganya lebih RM9,000. Kenapa tidak gunakan secara percuma? Jom datang beramai-ramai untuk kesihatan anda!

4 comments:

  1. Kenapa banyak gambar kereta? Letak la gambar tilamnya..

    ReplyDelete
  2. Kereta tu lebih mahal dari katil

    ReplyDelete
  3. Kereta tu lebih mahal dari katil

    ReplyDelete
  4. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete