Thursday, August 22, 2013

Mesir Negara Firaun...

Mesir begitu terkenal dengan sejarah Firaun. Siapa tak tahu pasal Firaun yang ditenggelamkan di dalam laut semasa mereka mengejar Nabi Allah Musa AS...

Mesir juga tersohor dengan binaan piramid. Begitu ramai rakyat dunia kagum dengan pembinaan bangunan piramid. Bungkah-bungkah batu yang besar disusun dengan penuh sistematik sehingga membentuk sebuah piramid.

Mesir juga dikenali kerana di sana terdapat sebuah universiti yang tersohor iaitu Universiti al-Azhar. Ramai ulama tersohor yang lahir dari institusi wakaf ini. Pengajaran dan pembelajaran secara percuma. Mana ada ditempat lain?

Mesir juga tempat berasalnya jamaah Ikhwanul Muslimun (IM) yang dipelopori oleh as-Syahid Imam Hassan al-Banna. Beliau dikatakan sebagai seorang mujaddid pada kurun ini. IM telah berjaya mentarbiahkan ramai pemuda dan pemudi. Syed Qutb juga adalah ahli IM dan beliau telah mentafsirkan al-Quran (Tafsir Fi-Zilal).

Kaherah atau Cairo merupakan ibu negara Mesir dan dihuni oleh lebih 25 juta orang. Bolehkah kita bayangkan bagaimana bandar itu berfungsi dengan jumlah penduduk yang begitu pesat?

Pengalaman menaiki teksi yang diceritakan oleh anak saya dan seorang pensyarah dari Fakulti Alam Bina yang pernah ke sana amat menyedihkan. Pemandu teksi akan menaikkan kadar tambang sesuka hatinya apabila mereka mengangkat orang luar di dalam keretanya. Kondisi teksi juga agak teruk...

Rakyatnya terbiasa dengan pemerintahan korup Presiden Hosni Mubarak. Bak kata bekas seorang pemimpin negara, 'parti ini memang kotor tetapi bersabarlah untuk menerima habuanmu.'

Mereka suka keadaan korup itu kerana ada habuan yang akan mereka raih. Keadaan atau suasana bersih pula akan merimaskan mereka.

Anak saya menceritakan pengalaman membuat visa di Mesir sungguh bercelaru. Kadang-kadang dia boleh menolak mentah-mentah sekiranya kita tidak membawa salinan dokumen yang dimintanya. Sedangkan pada waktu lain pelajar lain tidak dimintanya pula.

Baru-baru ini saya membuat passport baru untuk anak saya yang kehilangan passportnya di Mesir. Dia telah membuat passport sementara di Mesir yang hanya sah untuk setahun. Passport sementara itu perlu di'photocopy' dan diserah bersama borang permohonan passport baru. Pegawai yang menguruskannya terkejut kerana passport sementara itu tiada tandatangan anak saya. Beliau bertanya, "Apabila passport diserahkan kenapa pegawai di sana tidak meminta adik menandatangani di tempat ini?" "Pekerjanya adalah orang Mesir walaupun di Kedutaan Malaysia", balas anak saya.

Dengan peristiwa yang berlaku sekarang, kita amat sedih kerana pihak tentera membunuh sesiapa saja. Baik kanak-kanak, orang tua, dan wanita semua dibelasahnya.

Begitu kejam sekali dan melampaui norma-norma kehidupan manusia. Pihak tentera membunuh rakyat yang tidak bersenjata, yang hanya berhimpun untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dengan perampasan kuasa.

Orang mengambil perlindungan di masjid, dibakarnya masjid! Laa hawla wala quwwata illa billahi 'aliy yil'azim... Mereka seumpama sudah tidak mengenal diantara orang baik dan orang jahat.

Mereka (rejim askar) sangat berharap agar IM melawan balik dengan senjata tetapi Mursyidul Am IM telah mengingatkan semua ahlinya supaya hanya membuat protes secara aman. Dengan rakyat yang tiada senjatapun, mereka menggunakan perkhidmatan kereta kebal dan 'sniper', apatah lagi jika rakyat bersenjata!

Saya mendoakan supaya Allah mengangkat balik Dr. Morsi yang sah menang ke tampuk pemerintahannya. Ya Allah, Engkau berikan kejayaan dan kekuatan kepada IM. Ya Allah, Engkau jatuhkan pemerintahan as-Sisi dan Engkau hukumkanlah kejahatannya! Amin! Amin! Ya Rabbal 'Alamin.                                                                                                                                                                  

Monday, August 19, 2013

Bertanya Kepada JPA Sebelum Menghantar Anak Kembali Ke Mesir

Kita sebagai seorang ayah membuat segala langkah yang perlu demi menjaga kebajikan anak untuk mempastikan bahawa anak sampai ke Mesir dengan selamat.

Tidak ada seorang ayah yang sanggup melepaskan begitu saja anaknya ke medan pertempuran.

Pertanyaan dan pertimbangan demi pertimbangan dibuat.

Antara yang saya buat adalah bertanya dalam facebook seperti berikut;
 Wan Ibrisam Fikry
Nak tanya pandangan semua. Tiket balik ke Mesir anak saya ialah pada 13 Ogos. Selamat ke nak lepas dia kembali ke sana?
1Like · · Promote ·

Bukan itu saja, saya turut mengutuskan e-mail kepada JPA yang mana menaja pengajian anak saya di Mesir dalam jurusan 'medicine'. Saya menghantar e-mail pada 9 Ogos tetapi mendapat maklumbalas dari JPA HANYA pada 15 Ogos. Mungkin mereka semua bercuti raya! Berikut adalah e-mail saya;

Ke Mesir


 
Tracking ID: Y2U-Z2S-PADP (Nombor Tiket: 20323)
Status tiket: Selesai [Open ticket]
Created on: 09-08-2013 07:40:26
Updated: 15-08-2013 10:01:09
Balasan terakhir: Nurulhuda binti Abdullah (BMI)
Kategori: Latihan/Penajaan/Pinjaman Pelajaran
Balasan: 2
Keutamaan: Tinggi
 



 
Tarikh: 09-08-2013 07:40:26
Nama: Wan Ibrisam Fikry
E-mel: fikry6910 (at) yahoo (dot) com
Printer friendly version
Saluran Aduan:
Klasifikasi:
Kementerian: Pendidikan
Jenis Perhubungan:
Mesej:
Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Anak saya Wan Khairunnisa bt Wan Ibrisam Fikry adalah pemegang biasiswa JPA. Beliau berada di tahun 5 bagi pengajian Ijazah Perubatan di Cairo University.

Beliau akan ke kembali ke Mesir dengan belanja tiket penerbangan sendiri pada 13 Ogos ini bagi meneruskan pengajiannya.

Persoalan saya ialah adakah ia selamat untuk ke sana? Kedua, jika beliau menangguhkan pemergiannya, adakah kerajaan akan membantu menyediakan tiket penerbangan?

Terima kasih.

WAN IBRISAM FIKRY BIN WAN ISMAIL

Tarikh: 09-08-2013 07:42:09
Nama: Wan Ibrisam Fikry
Printer friendly version
Mesej:
Tolong maklum balas segera kerana masa dah agak suntuk. Terima kasih tuan!
Tarikh: 15-08-2013 10:01:09
Nama: Nurulhuda binti Abdullah (BMI)
Printer friendly version
Mesej:
Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana menghantar emel ke Jabatan ini. Untuk makluman, persoalan sama ada ia selamat untuk ke sana boleh merujuk kepada Wisma Putra. Mengenai persoalan kedua boleh merujuk kepada pegawai yang bertanggungjawab iaitu Cik Nur Hidaya 'Aini ditalian 03-8885 3491 atau emel hidaya.noor@jpa.gov.my. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Nurulhuda binti Abdullah
nhuda.abdullah@jpa.gov.my
03 8885 3777

Rated as not helpful
 

Saya telah membuat 'rating' jawapan JPA di atas sebagai 'not helpful' berdasarkan alasan bahawa jawapan yang diberi oleh JPA telah melebihi atau melampaui masa penerbangan anak saya. Apapun jawapan, setepat mana dan sebaik manapun ia tidak berguna lagi...








Saturday, August 17, 2013

Antara 1 Saluran Dan 3 Saluran Jantung Yang Tersumbat, Yang 1 Mati Dulu!

Buatlah amal walau sebesar zarah kerana kita tidak tahu amal mana yang diterima Allah!

Mungkin pada kita, amal A begitu besar dan signifikan kepada kita tetapi mungkin ia tiada nilai di sisi Allah SWT kerana amal ibadah itu dilakukan dengan penuh rasa takbur serta ria'. Mungkin pula amal B kita rasa tidak ada apa tetapi mungkin pada Allah ia adalah suatu amal yang terbaik dan diberi ganjaran yang begitu tinggi.

Saya turut serta dalam demonstasi ke Kedutaan Mesir pada hari Khamis semalam demi menyatakan sokongan kepada Morsi dan menyatakan bantahan kepada General as-Sissi diatas kezalimannya membunuh rakyat yang tidak berdosa.

Islam mengajar kita supaya endah dengan nasib saudara seIslam yang lain, biarpun berlainan bangsa.

Tiada apa sumbangan saya kalau dilihat dari segi usaha yang boleh mengenakan apa-apa tindakan kepada rejim as-Sissi. Tetapi itulah usaha yang saya mampu lakukan demi menyatakan bantahan saya.

Usaha itu, saya ibaratkan seperti cerita Israeliyat tentang burung pipit yang mengambil air dengan paruhnya untuk memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim AS.

Kalau fikir secara logik rasional akal, usaha itu hanya membuang masa dan sia-sia.

Semasa pergi berdemo di KL, saya sempat mengimbas cerita seorang kawan yang pergi mengadap Ilahi kepada seorang sahabat yang turut serta berdemo.

"Si arwah, tersumbat satu saluran jantung dan menunggu untuk membuat 'operation' selepas raya ni di IJN", cerita saya kepada sahabat.

"Tetapi Allah SWT sudah memanggilnya", sambungku lagi.

"Ana dulu, 3 saluran tersumbat 100 peratus dan satu lagi tersumbat 40%", balas sahabat saya pula.

Kalau kita fikir logik akal, yang tersumbat 3 saluran sepatutnya pergi dulu. Tapi...

Oleh itu, apabila kita melihat orang yang sakit tenat dan jangan kita mudah membuat andaian bahawa dia dulu akan pergi mengadap Allah SWT. Mungkin kita yang sihat walafiat ini akan mati dulu.

Pengajaran kedua ialah jangan kita memilih untuk beramal soleh. Buatlah apa saja amal soleh. Mungkin ia nampak kecil di sisi mata kita tetapi besar dan diterima oleh Allah SWT.

Saturday, August 3, 2013

Naik Satu Kenderaan Tetapi Pahala Berbeza...

Sedang kami bermesyuarat Bakan Keluarga Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah (BKFGHT), maka berita tersebar mengatakan salah seorang staf fakulti mengalami masalah setelah melahirkan 2 bayi kembar. Masalahnya ialah si ibu tidak boleh makan secara normal kerana pasti ia akan muntah kembali setelah menelan makanan tersebut. Perkara ini telah berlarutan hampir selama 2 minggu.

Apabila ditanya untuk menziarahi, aku bersetuju untuk menganggotai bersama sebagai pemandu Pajero disamping mewakili BKFGHT. Jadi yang pergi ialah aku, Abang Lan, Norin, Dzarith, Faridah dan Ana.

Setiba di HSAJB, aku mencari parkir dan alhamdulillah dilapangkan oleh Allah di depan Poliklinik. Kamipun bergerak ke Wad Timur Aras 2.

Kelihatan rakan kami yang sakit itu nyenyak tidur di katil tanpa sesiapa yang menemaninya.

Ada usaha dari pihak kami untuk mengejutkan beliau sehingga beliau tersedar.

Maka banyak jugalah soalan-soalan yang ditanya dari adik-adik perempuan kepada pesakit yang berpangkat kakak bagi mereka.

Bagi diriku, aku merasa kesian apabila melihat kepada pesakit. Apa tidaknya, dua orang anak kembar tidak bersamanya di wad tetapi dijagai oleh si suami di rumah. Cuba bayangkan si ibu terpaksa berpisah dengan anaknya setelah bersalin...

Setelah beberapa ketika, kamipun meminta diri untuk pulang dan mendoakan semoga si pesakit diberikan segala kemudahan, pertolongan dan kesihatan oleh Allah SWT.

Masing-masing menghulurkan wang ringgit sebagai bantuan bagi meringankan beban kepada si pesakit dan keluarganya yang terpaksa berulang alik ke hospital.

Saat inilah ia menjadi satu pertimbangan yang mungkin mendatangkan pahala atau hanya sekadar penat lelah sahaja.

Maksudku, di sini timbul persoalan keikhlasan. Hati berkata, "Takkan sekadar RM10 atau RM20 seperti staf lain yang hanya berpangkat Penolong Pegawai?"

Maka di sini akan diuji Allah kerana adalah amat sukar untuk mengeluarkan RM50 tanpa sampul dan akan kelihatan oleh rakan-rakan yang lain dan hati tawaduk kepada Allah SWT. Mungkin pemberian itu tidak mendapat apa-apa ganjaran dari Allah SWT.

Pun begitu, hati ini terus berdoa agar ia masih menjadi sebahagian dari amal soleh, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

Ya Allah, Engkau ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua tindak tandukku.... Amin!