Mesir begitu terkenal dengan sejarah Firaun. Siapa tak tahu pasal Firaun yang ditenggelamkan di dalam laut semasa mereka mengejar Nabi Allah Musa AS...
Mesir juga tersohor dengan binaan piramid. Begitu ramai rakyat dunia kagum dengan pembinaan bangunan piramid. Bungkah-bungkah batu yang besar disusun dengan penuh sistematik sehingga membentuk sebuah piramid.
Mesir juga dikenali kerana di sana terdapat sebuah universiti yang tersohor iaitu Universiti al-Azhar. Ramai ulama tersohor yang lahir dari institusi wakaf ini. Pengajaran dan pembelajaran secara percuma. Mana ada ditempat lain?
Mesir juga tempat berasalnya jamaah Ikhwanul Muslimun (IM) yang dipelopori oleh as-Syahid Imam Hassan al-Banna. Beliau dikatakan sebagai seorang mujaddid pada kurun ini. IM telah berjaya mentarbiahkan ramai pemuda dan pemudi. Syed Qutb juga adalah ahli IM dan beliau telah mentafsirkan al-Quran (Tafsir Fi-Zilal).
Kaherah atau Cairo merupakan ibu negara Mesir dan dihuni oleh lebih 25 juta orang. Bolehkah kita bayangkan bagaimana bandar itu berfungsi dengan jumlah penduduk yang begitu pesat?
Pengalaman menaiki teksi yang diceritakan oleh anak saya dan seorang pensyarah dari Fakulti Alam Bina yang pernah ke sana amat menyedihkan. Pemandu teksi akan menaikkan kadar tambang sesuka hatinya apabila mereka mengangkat orang luar di dalam keretanya. Kondisi teksi juga agak teruk...
Rakyatnya terbiasa dengan pemerintahan korup Presiden Hosni Mubarak. Bak kata bekas seorang pemimpin negara, 'parti ini memang kotor tetapi bersabarlah untuk menerima habuanmu.'
Mereka suka keadaan korup itu kerana ada habuan yang akan mereka raih. Keadaan atau suasana bersih pula akan merimaskan mereka.
Anak saya menceritakan pengalaman membuat visa di Mesir sungguh bercelaru. Kadang-kadang dia boleh menolak mentah-mentah sekiranya kita tidak membawa salinan dokumen yang dimintanya. Sedangkan pada waktu lain pelajar lain tidak dimintanya pula.
Baru-baru ini saya membuat passport baru untuk anak saya yang kehilangan passportnya di Mesir. Dia telah membuat passport sementara di Mesir yang hanya sah untuk setahun. Passport sementara itu perlu di'photocopy' dan diserah bersama borang permohonan passport baru. Pegawai yang menguruskannya terkejut kerana passport sementara itu tiada tandatangan anak saya. Beliau bertanya, "Apabila passport diserahkan kenapa pegawai di sana tidak meminta adik menandatangani di tempat ini?" "Pekerjanya adalah orang Mesir walaupun di Kedutaan Malaysia", balas anak saya.
Dengan peristiwa yang berlaku sekarang, kita amat sedih kerana pihak tentera membunuh sesiapa saja. Baik kanak-kanak, orang tua, dan wanita semua dibelasahnya.
Begitu kejam sekali dan melampaui norma-norma kehidupan manusia. Pihak tentera membunuh rakyat yang tidak bersenjata, yang hanya berhimpun untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dengan perampasan kuasa.
Orang mengambil perlindungan di masjid, dibakarnya masjid! Laa hawla wala quwwata illa billahi 'aliy yil'azim... Mereka seumpama sudah tidak mengenal diantara orang baik dan orang jahat.
Mereka (rejim askar) sangat berharap agar IM melawan balik dengan senjata tetapi Mursyidul Am IM telah mengingatkan semua ahlinya supaya hanya membuat protes secara aman. Dengan rakyat yang tiada senjatapun, mereka menggunakan perkhidmatan kereta kebal dan 'sniper', apatah lagi jika rakyat bersenjata!
Saya mendoakan supaya Allah mengangkat balik Dr. Morsi yang sah menang ke tampuk pemerintahannya. Ya Allah, Engkau berikan kejayaan dan kekuatan kepada IM. Ya Allah, Engkau jatuhkan pemerintahan as-Sisi dan Engkau hukumkanlah kejahatannya! Amin! Amin! Ya Rabbal 'Alamin.
No comments:
Post a Comment