Buatlah amal walau sebesar zarah kerana kita tidak tahu amal mana yang diterima Allah!
Mungkin pada kita, amal A begitu besar dan signifikan kepada kita tetapi mungkin ia tiada nilai di sisi Allah SWT kerana amal ibadah itu dilakukan dengan penuh rasa takbur serta ria'. Mungkin pula amal B kita rasa tidak ada apa tetapi mungkin pada Allah ia adalah suatu amal yang terbaik dan diberi ganjaran yang begitu tinggi.
Saya turut serta dalam demonstasi ke Kedutaan Mesir pada hari Khamis semalam demi menyatakan sokongan kepada Morsi dan menyatakan bantahan kepada General as-Sissi diatas kezalimannya membunuh rakyat yang tidak berdosa.
Islam mengajar kita supaya endah dengan nasib saudara seIslam yang lain, biarpun berlainan bangsa.
Tiada apa sumbangan saya kalau dilihat dari segi usaha yang boleh mengenakan apa-apa tindakan kepada rejim as-Sissi. Tetapi itulah usaha yang saya mampu lakukan demi menyatakan bantahan saya.
Usaha itu, saya ibaratkan seperti cerita Israeliyat tentang burung pipit yang mengambil air dengan paruhnya untuk memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim AS.
Kalau fikir secara logik rasional akal, usaha itu hanya membuang masa dan sia-sia.
Semasa pergi berdemo di KL, saya sempat mengimbas cerita seorang kawan yang pergi mengadap Ilahi kepada seorang sahabat yang turut serta berdemo.
"Si arwah, tersumbat satu saluran jantung dan menunggu untuk membuat 'operation' selepas raya ni di IJN", cerita saya kepada sahabat.
"Tetapi Allah SWT sudah memanggilnya", sambungku lagi.
"Ana dulu, 3 saluran tersumbat 100 peratus dan satu lagi tersumbat 40%", balas sahabat saya pula.
Kalau kita fikir logik akal, yang tersumbat 3 saluran sepatutnya pergi dulu. Tapi...
Oleh itu, apabila kita melihat orang yang sakit tenat dan jangan kita mudah membuat andaian bahawa dia dulu akan pergi mengadap Allah SWT. Mungkin kita yang sihat walafiat ini akan mati dulu.
Pengajaran kedua ialah jangan kita memilih untuk beramal soleh. Buatlah apa saja amal soleh. Mungkin ia nampak kecil di sisi mata kita tetapi besar dan diterima oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment