Thursday, June 30, 2011

Berakhir Sudah Mukhayyam untuk Tahun 2011...

Alhamdulillah, perkhemahan atau mukhayyam untuk tahun ini sudah melabuhkan tirainya. Perkhemahan yang terakhir yang kami jalankan ialah pada 24 hingga 26 Jun yang lalu. Seramai 63 peserta telah mendaftarkan diri untuk mukhayyam yang lepas. Mereka terdiri dari ahli IKRAM yang berstatus Ahli Biasa (AB), Ahli Aktif (AA) dan Ahli Teras (AT). Semuanya digabungjalin dalam satu mukhayyam.

Inilah julung-julung kalinya, kita mencampurkan semua ahli dalam satu mukhayyam. Kebiasaannya kita asingkan mereka mengikut mustawa dan pengendaliannya lebih mudah dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, hasil maklumbalas yang diperolehi, rata-rata mereka lebih suka percampuran yang sebegini. Anak-anak dapat berkenalan dengan pakcik-pakcik dengan lebih mesra dalam suasana yang sungguh informal. Anak-anak juga tidak kisah pakcik-pakcik atau abang-abang yang melambatkan pergerakan kumpulan mereka. Setiap kumpulan diarah supaya bergerak dalam kumpulan masing-masing!

Barang sudah pasti, pakcik yang sudah berusia dan abang yang berisi akan merencat momentum perjalanan mereka. Tetapi mereka tak kisah…

Di akhir program kita telah membuat sesi muhasabah secara 'verbal' dan bertulis. Boleh dikatakan 99% komen yang diberi secara 'verbal' adalah sangat positif! Dalam borang muhasabah kita telah membahagikan kepada 16 ruang untuk diberi markah dan juga ruang untuk membuat komen. Adapun markah bermula dari 1 (terendah/tidak memuaskan) sehinggalah 5 (terbaik/sangat berpuashati).

Keputusan 16 perkara yang kita meminta ‘feedback’ dari responden adalah seperti berikut;
1)Pemakluman/Iklan tentang Mukhayyam 3.88
2)Pendataran 4.31
3)Slot Mas’ul Tarbiyyah Negeri 4.4
4)Taklimat Komandan Kem 4.4
5)Modul Masjid 4.02
6)Modul Trekking 4.63
7)Tugasan Trekking (puzzle, soalan) 3.98
8)Persembahan Kumpulan 4.173
9)Taklimat ‘Water Confidence’ 4.077
10)Modul Kayak 4.33
11)Sesi Maklum Balas 4.286
12)Slot Bersama Pimpinan IKRAM 4.38
13)Makan oleh Penganjur 4.294
14)Pilihan Lokasi 4.47
15)Bandingan Umum Mukhayyam Ini dengan yang Lepas 4.25
16)Lain-lain

Bagi perkara ‘lain-lain’, phak kami hanya menerima 2 maklumbalas dari responden.

Secara keseluruhannya, markah yang tertinggi ialah modul trekking yang mendapat 4.63. Peserta sungguh menikmati acara ini. Walaupun, ia mengambil masa dari 8 hingga ke 10 jam untuk merentasi perjalanan sejauh 17km dalam hujan dan panas tetapi mereka sungguh seronok. Dari sesetengah ‘check point’ mereka perlu berjalan agak laju kerana terdapat ‘bomb line’ yang perlu mereka lepasi. Hasilnya, majoriti kumpulan melepasinya dengan selamat dan ada juga yang mati terkorban!

Markah terendah diperolehi bagi pengiklanan atau pemakluman tentang mukhayyam ini, iaitu 3.88 mata. Kami juga agak hairan kenapa ini boleh berlaku. Kebiasaannya sebulan sebelum tarikh mukhayyam akan dilaksanakan, kita telah memaklumkan dalam IKRAM-net. Tujuannya ialah supaya bakal peserta boleh membuat persiapan diri, baik dari aspeks jasmani, rohani, dan sebagainya. Kemudian, kita akan maklumkan lagi pada minggu seterusnya mengenai barangan yang perlu dibawa. Dan minggu berikutnya pula, kita akan memaklumkan tentang tempat pendaftaran dan jumlah bayaran yang dikenakan.

Besar kemungkinan masalah ini timbul disebabkan oleh naqib yang berada dalam ‘mailing list’ IKRAM tetapi tidak memaklumkan kepada anak usrahnya yang tidak berada dalam rangkaian net IKRAM.

Lokasi mukhayyam dilaksanakan mendapat markah kedua tertinggi iaitu 4.47. Ini menunjukkan responden seronok dengan persekitaran UTM yang mempunyai kelengkapan dan kemudahan fasiliti yang serba mencukupi.

Ramai peserta yang berpendapat mukhayyam pada kali ini adalah lebih baik dari mukhayyam yang lepas.

Pihak UMIJ juga tidak ketinggalan untuk meraikan semua ahli jawatankuasanya. Pada malam tadi, satu sesi BBQ bersama keluarga telah dilaksanakan di rumah akhi Dr. Ruslan. Menu yang utama disamping lontong kering dan air yang disediakan oleh tuan rumah ialah BBQ kambing, ayam, ikan, udang, sotong, sosej, dan ubi stella (sweet potato). Majlis telah diadakan dari pukul 6 hingga 10 malam.

Akhir sekali, saya selaku Ketua UMIJ berdoa ke hadrat Ilahi supaya Allah SWT memberi ganjaran setimpal dengan usaha yang telah disumbangkan oleh setiap AJK. InsyaAllah, jika panjang umur dan diberikan kesihatan yang berpanjangan, kita akan bertugas lagi di tahun depan.

Monday, June 27, 2011

Apa yang Kita Boleh Belajar dari Peristiwa Video Seks yang Dipertontonkan kepada Masyarakat?

Masyarakat telah dipertontonkan tentang video seks baik menerusi TV, akhbar, mahupun internet tanpa ada arahan dari kerajaan untuk menyekatnya. Pada 24 Jun lalu, barulah pesalah yang berjaya menyogokkan filem tersebut kepada umum didakwa dan didapati bersalah.



Apa yang kita boleh pelajari dari insiden ini?

Pertama, anak-anak Malaysia seolah-olah di’galakkan’ atau diberi kelonggaran untuk menonton filem lucah kerana pihak kerajaan sendiri tidak berapa tegas menanganinya. Tontonlah dan rangsanglah nafsu seks kamu, lepas ini… kamu pergi pula buat adegan seks. Kita tambahkan lagi statistik anak luar nikah. Tak mengapa, kita bina banyak lagi rumah dan sekolah untuk anak-anak yang lahir luar nikah.

Kedua, sekiranya kita ingin menayangkan gambar perilaku seks yang membabitkan ahli politik pembangkang, kita diberi ruang seluas-luasnya tanpa gangguan dari mana-mana pihak, baik pihak keselamatan mahupun pihak kerajaan. Pilihlah hotel yang banyak bintangpun tak apa…Former Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik was charged with abetting former Perkasa treasurer-general Datuk Shuib Lazim and businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah in “openly” screening the pornographic material featuring sex acts between a man and a woman at the prestigious Carcosa Seri Negara Hotel here on March 21.

Kita boleh mencontohi ‘Datuk T’ dalam memerangkap atau mereka cerita tentang akhlak ahli politik pembangkang. Tidak kira ‘setua bangka’ mana kita, setinggi mana gelaran kita, anda boleh merayap ke sana sini mencari cerita-cerita atau gambar-gambar sensasi untuk dihebohkan kepada umum. Kalau tidak dapat, anda boleh lakonkan cerita dan sebarkan. Tiada kesalahan dikenakan kepada pelakon dan pengarah filem lucah buatan tempatan. Kes sebelum ini membenarkan anda berbuat demikian.

Sekiranya anda dibicarakan (itupun setelah beberapa bulan berlalu), anda dapat meminta denda dikurangkan kerana kes ini melibatkan kepentingan awam. Kita perlu dedahkan kejelekan dan kerakusan nafsu serakah pemimpin politik pembangkang. When meting out the sentence, magistrate Aizatul Akmal Maharani said he had taken into consideration the public interest factor which was raised several times by the three accused’s lawyers.

Dendapun tak apa, penjarapun tak apa! Engkau masih boleh menjadi Pengerusi salah satu (government linked company) GLC.

Beginikah kita ingin terapkan kepada generasi muda kita? Buatlah apa saja kepada musuh politik kamu, hukum hakam Islam diketepikan? Qudwah atau contoh tauladan dari orang tua yang bergelar Datuk, Tan Sri boleh diterimapakai oleh kita?

Sama-sama kita fikirkan…

Sunday, June 26, 2011

Bil Elektrikku Bulan Ini...


Pertama kali dalam sejarah, aku mendapat bil elektrik yang kadarnya ada 5 tahap dalam satu bil. Sebelum ini, paling banyakpun hanya 2 kadar dalam satu bil.

Ini rentetan pengisytiharan kerajaan tentang kenaikan tarif bil elektrik bermula 1 Jun 2011.

Jumlah penggunaan elektrik ialah 487 KWH. Perkiraan yang dibuat ialah;

198 unit X 0.286 = RM56.63
127 unit X 0.218 = RM27.69
63 unit X 0.334 = RM21.04
63 unit X 0.400 = RM25.20
36 unit X 0.402 = RM14.47
JUMLAH RM145.05

Ini bukanlah bil tertinggi yang pernah aku terima… Cuma aku rasa ralat sedikit kerana gaji seperti biasa (tiada bonus) atau penyelarasan gaji dibuat tetapi bil elektrik meningkat. Dengar khabar bil air juga akan turut naik.

Sekiranya kerajaan prihatin dan rakyat diutamakan, aku kira bil-bil yang melibatkan keperluan asas seperti air dan elektrik amat tidak wajar dinaikkan sama sekali.

Keperluan asas seperti pendidikan, elektrik, dan air sewajarnya ditanggung oleh pihak kerajaan walaupun tidak sepenuhnya. Lainlah kalau bil Astro, bil ‘hand phone’, bil ‘internet’ dan lain-lain, yang merupakan perkhidmatan sampingan, yang mana kita mempunyai pilihan untuk melanggannya atau tidak. Bil-bil ini yang sepatutnya dinaikkan harga.

Kerajaan yang baik, yang berjiwa rakyat sudah pasti mengkaji tentang keperluan dan kepentingan rakyat melebihi keperluan mereka sendiri. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, kita harus meneliti dan mengkaji terlebih dahulu, apa impak dan kesan yang bakal berlaku…

Benar, rata-rata TV dan Radio mencanangkan bahawa tarif ini tidak akan mengesani golongan bawahan kerana penggunaan mereka tidak banyak. Tetapi ia tetap memberi kesan terhadap golongan pertengahan.

Kadang-kadang, aku merasa agak cuak, apabila kerajaan mula saja menaikkan harga sesuatu barang atau perkhidmatan, maka keluarlah hujah-hujah yang menyokongnya oleh akhbar, atau berita TV. Seolah-olah, kadar harga barangan dan perkhidmatan kita ini adalah termurah di dunia dan sudah berzaman tidak pernah dinaikkan. Tiada akhbar yang berani untuk membuat penilaian sebaliknya atau setidak-tidaknya membuat perbandingan ilmiah kecuali akhbar pembangkang.

Wahai pemberita, cubalah hidup di alam nyata! Usahlah membuat berita yang engkaupun kadang-kadang ‘senak perut’ hendak menelannya! Dimana letaknya etika kewartawananmu? Alangkah zalimnya, jika kita menulis tetapi penulisan kita tidak berteraskan kenyataan atau kebenaran. Usahlah menjadi pelapor berita palsu… Cuba bayangkan… di suatu hari di mana semua anggota menyalahi diri kita kerana kita tidak mempersaksikan kebenaran!!!

Aku tidak meminta yang lain. Tidak lebih dan tidak kurang dari kebenaran. Tidak memihak kepada kerajaan apatah lagi kepada pembangkang! Yang penting ialah menyatakan berita yang sebenar dan biarkan masyarakat menilainya sendiri...

Thursday, June 23, 2011

Jiran Cina

Aku baru pulang dari pejabat dan jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Bila aku baru aje hendak buka pintu pagar, jiran sebelah terus menyapa. Jiran aku nampak beriya-riya benar hendak berborak pada hari tu. Aku tak jadi masuk rumah tetapi sebaliknya aku masuk ke ‘porch’ jiran. Pintu pagar ‘automatic’nya terbuka luas.

“Wa tak de lumah minggu lepas kerana balik kampong 3 hali, mak wa meninggal!”, sambung jiranku. Patut la keretanya tiada minggu lepas. “Ooh, berapa umurnya?”, tanyaku. “Anam tiga, anam tiga, ya enam puluh tiga”, balasnya. Tiba-tiba, isterinya keluar… “Mana… Sembilan puluh tiga”, jelas si isteri.

Aku lebih faham pertuturan bahasa Melayu isterinya berbanding dengan suami. Si suami bekerja di Singapura.

“So, berapa hari cuti?”, sambungku lagi. “Company bagi 3 hali lo”, jawabnya.

“You masih ada mak”, tanyaku kepada si isteri pula. “Tak ada… Itu yang selalu datang dengan motosikal tu… bapak saya!”, jawabnya. “Oh… Muda lagi…”, balasku pula. “Tak da lah, sudah enam puluh lebih…”, sambungnya lagi.

Aku kembali kepada soalan asal pasal kematian emak jiran tadi. “Siapa jaga mak you sebelum ni?”, tanyaku. “Abang lo”, balas si suami.

“Wa ingat budaya Melayu, anak perempuan jaga orang tua dan budaya Cina, anak lelaki jaga orang tua”, sambungku lagi.

“Orang Arabpun sama ma…, anak lelaki jaga orang tua mereka”, balas si isteri.

Akupun tak pasti pasal perkara ini. Dari mana dia mendapat maklumat ini, akupun tidak tahu... Tetapi kalau ikut logik, memang tanggungjawab terletak di atas bahu anak lelaki. Harta pusakapun anak lelaki mendapat bahagian lebih kerana perlu menanggung keluarga dan sebagainya.

Cuma mungkin budaya Melayu, orang tua lebih rapat dan mesra dengan anak perempuan di kala tua, lebih-lebih lagi jika anak perempuan bongsu! Pada sesetengah keluarga, anak perempuan bongsu mendapat kasih sayang lebih dari orang tua sehinggakan kadang-kadang rumah yang dihuni oleh orang tua akan diberikan kepada anak bongsu perempuan.

Sebaliknya pula harapan orang tua, si anak perempuan bongsu tidak akan berkasar dengan mereka berbanding dengan isteri-isteri abang. Abang mungkin sayang dan dapat menerima ibubapa tinggal bersama tetapi isteri abang belum tentu.

Oleh itu, pada pandanganku, orang tua lebih rela bersama anak perempuan dan menantu lelaki berbanding dengan anak lelaki dan menantu perempuan.

“Aunty kat depan tu akan operate mata…”, sambung si isteri lagi. “Kat mana dan bila?”, tanyaku. “Dekat Hospital Aminah JB (Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru)”, jelas si isteri. “Tapi saya tak pasti, sudah operate ke belum”, sambungnya lagi.

“Kalau tahu wad berapa, maklum kepada saya. Saya mahu ziarah dia.”, jelasku.

“Wa tak bole zialah. Wa pantang!”. Si suami yang diam sejak tadi mula menyampuk. Adat orang Cina yang tidak boleh menziarahi orang sakit apabila mereka mengalami kematian.

“Oh, ya ke?”, tanyaku dan tidak mengharapkan sangat jawapan.

Aunty di depan rumah, baru minggu lepas memetik buah delima yang ditanamnya dan diberikan kepada kami. Buah delima adalah sangat baik untuk mengnyahkan toxid keluar dari badan. “Ambiklah, nanti olang culi”, Aunty menghulurkan sebiji delima sebesar penumbuk. Padaku, buah itu belum betul-betul masak tetapi kami menerima saja pemberian yang ikhlas itu.

Aku melihat jam di telefon bimbit, sudah menunjukkan 6.55 petang. “Oklah, saya mahu balik dulu, nanti mahu pergi sembahyang…”, jelasku kepada jiran. "Ok, ok...", balas mereka.

Hubungan dengan jiran walaupun bukan tetangga Islam perlu dijaga dan seeloknya dibuat baik. Manalah tahu, berkat kebaikan yang ditunjukkan kepada mereka, mereka berkenan terhadap ajaran Islam… Kalau tak mereka, mungkin anak cucu mereka, atau cucu cicit mereka…

Wednesday, June 22, 2011

Berbuat Baik kepada Sesiapa Jua dan Berbuat Jahat Jangan Sekali-kali...

Malam tadi aku merasa agak malas untuk ke pejabat seperti biasa. Sebelum aku pulang pada petangnya, kira-kira jam 6.01pm, isteri menelefon menyatakan ia akan pulang lewat dari biasa kerana menunggu Achik habis kelas jam 6.30pm. Isteri juga menyatakan bahawa makanan malam telahpun dia beli. Aku sudah tak kisah, pada hari-hari persekolahan, isteri dan anak-anak akan keluar jam 7am dan pulang ke rumah jam 7pm. Rutin itu sudah lali bagiku.

Pagi ini, aku terasa ingin makan roti canai di Lan Prata. Roti canai yang paling enak di Skudai. Kedai mamakpun kalah. Roti canai Lan sungguh lembut. Senang dan mudah ditarik dan dicarik-carik untuk dicicahkan dengan kuah kari ditaruk sambal!

Akupun mula menghidupkan enjin kereta. Tiba-tiba teringat pula tentang usrah pada malam ni. Setiap malam Rabu, aku ada usrah. Oops, baik aku sms naqib. “Elok dimaklumkan lebih awal jika ada usrah malam ni”, bunyi smsku yang dihantar kepada naqib. Tanpa mengharapkan balasan segera dari naqib, aku meluncur laju ke kedai roti canai Lan. Dulu kedainya dikenali sebagai Lan’s Prata.

Tiba di sana aku nampak Ali pemandu dan 2 orang rakan pemandunya sedang menikmati roti canai. Aku menyapa Ali, “Dah panjang janggut sekarang, Li?”. “Itulah En. Wan, tengok orang pasang janggut, kitapun hendak pasang janggut juga”, balas Ali sambil tersenyum lebar. Aku rasa Ali telah mencipta rekodnya yang tersendiri di UTM. Rekod yang aku maksudkan ialah, Ali dan 2 orang adiknya juga berkhidmat sebagai pemandu di UTM. Adiknya ialah Alias dan Wahid. Alias, disamping tugasannya sebagai pemandu, juga aktif sebagai Lt M dalam perkhidmatan JPA3.

Aku masih ingat semasa balik beraya ke Kelantan pada tahun lepas… Ali yang ‘organise’ untuk pelajar dan staf Kelantan balik beraya. Aku membayar RM810 pada tahun lepas untuk tambang bas pergi balik untuk 9 orang ahli keluarga.

Tahun ini, pelajar UTM naik semester selepas raya nanti. Akupun masih buntu, bagaimana aku hendak balik beraya di rumah mertua tahun ini…

Seperti selalu apabila aku sampai ke kedai Lan, pelayannya akan bertanya, “Seperti biasa?”. Aku menjawab, “Hari ini aku hendak roti sardin!”. Kalau aku menjawab ‘Ya’. Maksudnya, 2 keping roti kosong, 2 biji telor tiga suku masak, segelas Nescafe panas dan secawan air panas akan siap dihidangkan nanti.

Apabila aku siap makan dan bersedia untuk beredar, Lan memaklumkan bahawa makanan aku telah dibayar oleh meja Ali bersama 2 rakannya.

Kadang-kadang, kita terasa betapa besarnya jiwa mereka walaupun hanya bekerja sebagai pemandu tetapi sanggup membelanja orang lain. Dari perspektif lain pula, kalau kita tidak sombong dan berkawan dengan sesiapa jua, maka Allah murahkan rezeki kita pula.

Ramaikan Kawan… Kurangkan Lawan!

Tuesday, June 21, 2011

'Hand Phone and Facebook'

Sekurang-kurangnya ada dua perkara yang aku rasa remaja tidak boleh hidup tanpanya. Pertama, telefon bimbit dan kedua, 'facebook'. Telefon menjadi alat perhubungan komunikasi yang direka oleh Alexander Graham Bell suatu ketika dahulu. Alat perhubungan ini menjadi penting apabila ada di kalangan ahli keluarga kita keluar dari rumah. Maksudnya abang atau kakak mula keluar dari rumah kerana melanjutkan pelajaran ke universiti atau telah mula bekerja dan tinggal jauh dari ibu dan ayah.

Sekarang jarang kita dapati dalam satu keluarga ada ayah ibu dan datuk nenek sekali atau apa yang dipanggil sebagai ‘extended family’. Tetapi suatu masa dulu, ia menjadi satu perkara biasa! Cuma ayah dan ibu seharusnya membuat pertimbangan yang sebaik mungkin dalam memberi layanan yang terbaik kepada kedua ibubapa yang telah membesarkannya dan pada masa yang sama mempastikan anak-anak mereka juga mendapat belaian mesra.

Jarak yang jauh antara keluarga sudah pasti memerlukan telefon untuk menghubungkan mereka. Kalau dulu telefon menjadi salah satu barang mewah. Hanya mereka yang berada sahaja yang mempunyai telefon rumah. Apabila sesuatu kajian dibuat, antara parameter yang digunakan untuk mengukur status sesebuah keluarga ialah telefon disamping kelengkapan perabot yang lain. Tetapi sekarang tiada rumah yang tidak ada telefon!

Surat menjadi pilihan kedua sesudah telefon bagi mereka yang kurang berkemampuan. Luahan perasaan rindu kepada ayah bonda ditulis berjela-jela supaya perasaan rindu dendam kepada mereka dapat dikurangkan. Selonggok perasaan rindu diterbangkan bersama surat itu. Hati pula berkobar-kobar dan ternanti-nanti untuk mendapat balasan surat dari mereka yang tersayang. Paling cepat kalau jarak tidak jauh, 2 minggu baru mendapat balasan.

Paling lambat pula setahunpun tak sampai lagi. Pengalaman aku menghantar cek kepada kakak di kampong begitulah. Kalau aku pos di Pejabat Pos UTM, banyak yang tak sampai dari yang sampai. Selalunya, bila aku pos surat beserta cek, aku akan poskan di Pejabat Pos Taman Universiti. Tetapi hendak pergi ke Taman Universiti tu rasa malas sikit kerana jauh. Sudah 3 kali aku poskan surat beserta cek di Pejabat Pos UTM tak sampai. Yang terbaru ialah pada 24 Mei lepas, aku poskan surat bersama sekeping cek bernilai RM500.

Hari ini 'facebook' telah menjadi alternatif untuk meluahkan perasaan dan mendapat respons yang pantas dari pihak yang satu lagi. Tak perlu lagi kita menunggu berminggu-minggu untuk mendapat jawapan. Ia menjadi satu medium komunikasi yang sangat mudah dan sungguh interaktif.

Cuba bayangkan remaja tanpa kedua-dua alat ini. Pasti hidup mereka lesu atau dalam bahasa Kelate ‘very dull’. Semalam seorang remaja menelefon ayahnya (kawan saya) semasa kami sedang makan malam dan melapurkan bahawa ‘line internet’ di rumahnya tiada dan mendesak ayahnya supaya memperbaiki segera.

Walau bagaimana pentingnya alat atau ‘gadget’ ini, kita seharusnya pandai menguruskan masa dengan bijak. Tiga atau empat jam sehari menelaah facebook atau ber’sms’ atau ber’e-mail’, aku rasa ia hanya merugikan masa kecuali kita menggunakan komputer untuk belajar ilmu baru. Banyak ilmu dapat kita pelajari dengan menggunakan kaedah carian sebegini. Semua maklumat ‘at our own fingertips’.

Hanya kita yang menentukan samaada mahu atau tidak mahu…

Monday, June 20, 2011

Kenapa Mukhayyam Dilaksanakan?

Kita mendapati bahawa semua sekolah melakukan aktiviti luar termasuk juga sekolah kita. Walaupun nama aktiviti itu berbeza tetapi objektifnya tetap sama iaitu supaya pelajar-pelajar menjadi seimbang dari aspeks jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI).

Mukhayyam dilaksanakan di peringkat sekolah rendah lagi. Banyak bidang kepakaran yang cuba diterap kepada pelajar supaya mereka berkemahiran sebelum mereka keluar ke alam dunia yang sebenar. Alam persekolahan mereka, tidak menggambarkan realiti kehidupan masyarakat di luar sana kerana mereka hanya berkawan sesama mereka (rata-rata semuanya baik-baik). Oleh itu, supaya anak-anak kita tidak terperangkap dengan kepompong idealisme mereka, kita seharusnya menyediakan diri mereka dengan pil-pil anti virus atau 'antibiotic' bagi membantu sistem imuniti mereka.

Di sekolah mungkin mereka tidak pernah mendengar perkataan mencarut tetapi apabila mereka berada di luar sana dan bergaul dengan masyarakat setempat, 'vocabulary' baru akan bertambah dari hari ke hari.

Di sekolah mungkin mereka tidak pernah dibuli tetapi di luar sana perkara buli dan pergaduhan anak-anak sering dan kerap berlaku. Oleh itu, kita perlu mempersediakan mental dan fizikal anak-anak kita supaya mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, wasilah tarbiyyah mukhayyam sekolah disediakan bagi mencapai objektif-objektif berikut;

1. Mewujudkan kesegaran, kekuatan dan ketrampilan fizikal pelajar.
2. Membina disiplin, ketaatan dan kesiapsiagaan.
3. Melatih sifat-sifat keperwiraan, kepemimpinan dan kemampuan bersabar dalam kesulitan yang berpanjangan.
4. Meningkat dan memelihara semangat perjuangan dan pengorbanan.
5. Memelihara dan meningkatkan ruhul ukhuwwah dalam ‘amal jama’i.

Penerapan elemen-elemen tersebut amat berguna kepada anak-anak kita supaya mereka tidak akan menjadi mangsa di saat kita mengalami kebejatan sosial yang teruk seperti sekarang. Bahkan anak-anak kita sebaliknya pula boleh menjadi agen perubahan dalam usaha mengislahkan masyarakat.

Sunday, June 19, 2011

Fenomena Rumah Dirompak...


Beberapa hari lepas, seorang sahabatku dirompak rumahnya di Taman Mutiara Rini. Tiga orang perompak tidak memakai topeng sarung muka (menunjukkan betapa beraninya perompak sekarang!) dan bersenjatakan 'screw driver' masuk ke rumahnya, jam 4.30 pagi. Duit RM1K, handphone, dan laptop dibawa lari. Sahabatku sempat menelefon polis semasa perompak masih di dalam rumahnya tetapi biasalah polis... Dalam cerita zaman P.Ramleepun, polis sampai setelah semuanya selesai.

Ini kali ketiga, sahabatku ini mengalami tragedi rompakan. Kali kedua, semasa beliau ingin ke masjid untuk mengerjakan solat Subuh. Apabila pintu pagar dibuka, meluru perompak berlari ke arah kereta beliau. Nasib baik, kereta beliau 'autolock'. Apabila cubaan untuk membuka pintu kereta 4WD gagal, perompak tersebut mengetuk cermin kereta tetapi tidak pecah. Ditariknya lagi pembuka pintu kereta dari luar sehingga tertanggal pembuka pintu tersebut. Allah mengasihi sahabatku yang berada di dalam kereta...

Rumah aku sendiri pernah dicuba untuk membuka mangga pintu depan.

Kawan-kawan pensyarahpun ramai yang pernah mengalami rompakan. Aku rasa hidup di bandar Johor Bahru dan persekitaran Skudai sudah tidak selamat lagi. Rumah semua ber'grill', tidak seperti rumah-rumah di negara barat yang langsung tiada 'grill'.

Di negara barat, senjata pistol boleh dibeli dengan senang. Di negara kita, hendak mendapat lesen senjatapipun terpaksa menunggu bertahun-tahun. Itupun perlu menunjukkan geran tanah dusun yang berpuluh-puluh ekar...

Kalau ikut logik, sepatutnya di negara barat lebih banyak berlaku rompakan kerana senjata mudah diperolehi dan rumah tidak ber'grill'. Tetapi tidak, di Skudai lebih banyak, hampir setiap minggu aku dengar ada yang menjadi mangsa.

Ini menunjukkan 2 kemungkinan. Satu, polis di negara barat lebih cekap menangani masalah jenayah. Dua, polis di negara kita lebih banyak membuat kerja-kerja politik seperti membenteras perhimpunan, melarang ceramah tanpa permit, membenarkan video lucah tertentu disebarkan dari melakukan kerja-kerja pencegahan jenayah dan mempastikan keselamatan orang awam.

Aku dulu semasa berpindah dari dalam UTM ke Taman Pulai Utama sekitar tahun 2007, ada membuat permohonan untuk menubuhkan rukun tetangga (RT). Aku bersama rakan pergi ke Wisma Persekutuan di jalan Air Molek, siap dengan nama-nama ahli dan tentatif 'post', dari Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, dan ahli jawatankuasa. Lebih 20 nama aku sertakan sebagai ahli RT Taman Pulai Utama tetapi sampai sekarang tiada maklum balas.

Itu menunjukkan betapa cekap pejabat kerajaan kita bekerja. Sepatutnya, hantarlah surat menyatakan permohonan pihak saudara dalam pertimbangan kami dan akan kami ambil tindakan. Sepatah harampun tiada maklum sampai sekarang... Geram juga...

Kita hanya cuba membantu untuk menjaga keharmonian jiran tetangga. Kurang sikit kerja polis. Kita hendak pasang 'alarm system' seperti jiran-jiran bangsa Cina, rasanya tidak mampu... Kadang-kadang, hendak tidur malampun rasa tidak tenteram.

Kalau ada RT, bolehlah kita bertugas malam secara bergilir-gilir. Itu yang membuat aku kurang faham... Bolehkah negara maju dicapai pada tahun 2020?

Saturday, June 18, 2011

Penitence


Imran bin Husain, reports that a woman belonging to the Juhainah tribe, became pregnant as a result of adultery. She came to the Holy Prophet (SAW) and admitted her guilt and requested for being punished in accordance with the Quranic injunction. The Holy Prophet (SAW) sent for her guardian and asked him to treat her well and to bring her back to him after delivery. The guardian did carry out the orders and brought her back to Holy Prophet (SAW) who adjudicated and asked for her execution as the Holy Quran says. For this purpose, her clothes were tied round her body and she was stoned to death. Thereafter, the Holy Prophet (SAW) led her funeral prayers. Umar Farooq then remarked: "O Prophet of Allah! She is an adulterous and you are leading her funeral prayers." The Holy Prophet (SAW) said: "Yes, she had repented in such a way that if this repentance is distributed among 70 persons of Madina then it would have covered them all. There can not be a better and higher degree of repentance than this, in which case she chose to speak the truth at the cost of her life simply for the sake of Allah's pleasure. (Muslim)

Friday, June 17, 2011

Prohibition of Wearing Silk and Gold by Men


Ali (RAA) relates: 'I saw the Holy Prophet (SAW) take a piece of silk in his right hand and a piece of gold in his left and said: 'These two things are unlawful for the males of my ummah.'

Thursday, June 16, 2011

Acceptance of a Thing Which is Bestowed without Asking for It



Salim Bin Abdullah Bin Umar (RAA) relates from his father Abdullah Bin Umar and Abdullah from his father Umar (RAA) that the Holy Prophet (SAW) used bestow upon me some presents, and I would then submit: "Sir, give it to someone who is more needy than myself." The Holy Prophet (SAW) would say: Take it when it comes to you from this account and without your asking or aspiring for and include it into your assets. Thereafter you may use it or give it away in charity. Do not aspire to acquire something through other means. Salim says that his father Abdullah Bin Umar would not ask anyone for anything nor refuse anything that was given to him. (Bukhari and Muslim)

Wednesday, June 15, 2011

A Hilarious Article

Cherishing Hope and Expecting Good from Allah (3)



Anas bin Malik (RAA) says that the Holy Prophet (SAW) said: 'Allah is pleased with His servant who eats and praises Him for it, and drinks a water and praises Him for it.' (Muslim)

Tuesday, June 14, 2011

Return of Deposits to Owners

Abu Hurairah (RAA) relates that the Holy Prophet (SAW) said: A hypocrite has three distinguishing signs; first when he talks he talks a lie; second when he makes a promise he breaks it; and third when something is entrusted to him he misappropriates it. (Bukhari and Muslim)

According to another version: Even if he offers Solat (prayer) and keeps fast and considers himself a Muslim.

Monday, June 13, 2011

Cherishing Hope and Expecting Good from Allah (2)


Ubadah Ibn Samit (RAA) relates that the Holy Prophet (SAW) said: 'One who bears witness that there is no god save Allah, the one without associate, and that Muhammad (SAW) is His servant and Messenger, that Jesus is Allah's servant and Messenger, and His word that He conveyed to Mary and a spirit from Him, that Paradise is true and that the Hell is true, Allah will admit him to Paradise though whatever he does. (Bukhari and Muslim)

Sunday, June 12, 2011

Cherishing Hope and Expecting Good from Allah



Abu Zarr (RAA) relates that the Holy Prophet (SAW) said: 'Allah, the Lord of honour and glory, says: One who does one good deed shall be rewarded ten times or more, and one who does an evil deed will be punished for only one sin, or he may be forgiven; and one who comes to Me by a hand's breadth I shall approach him an arm's and one who advances towards Me by an arms length I shall approach him the length of two arms; and one who comes to Me walking, I shall go to him running; and one who meets Me with an earthful of sins, provided he has not associated anybody with Me, I shall meet him with an equal amount of pardon.' (Muslim)