Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Sunday, June 19, 2011
Fenomena Rumah Dirompak...
Beberapa hari lepas, seorang sahabatku dirompak rumahnya di Taman Mutiara Rini. Tiga orang perompak tidak memakai topeng sarung muka (menunjukkan betapa beraninya perompak sekarang!) dan bersenjatakan 'screw driver' masuk ke rumahnya, jam 4.30 pagi. Duit RM1K, handphone, dan laptop dibawa lari. Sahabatku sempat menelefon polis semasa perompak masih di dalam rumahnya tetapi biasalah polis... Dalam cerita zaman P.Ramleepun, polis sampai setelah semuanya selesai.
Ini kali ketiga, sahabatku ini mengalami tragedi rompakan. Kali kedua, semasa beliau ingin ke masjid untuk mengerjakan solat Subuh. Apabila pintu pagar dibuka, meluru perompak berlari ke arah kereta beliau. Nasib baik, kereta beliau 'autolock'. Apabila cubaan untuk membuka pintu kereta 4WD gagal, perompak tersebut mengetuk cermin kereta tetapi tidak pecah. Ditariknya lagi pembuka pintu kereta dari luar sehingga tertanggal pembuka pintu tersebut. Allah mengasihi sahabatku yang berada di dalam kereta...
Rumah aku sendiri pernah dicuba untuk membuka mangga pintu depan.
Kawan-kawan pensyarahpun ramai yang pernah mengalami rompakan. Aku rasa hidup di bandar Johor Bahru dan persekitaran Skudai sudah tidak selamat lagi. Rumah semua ber'grill', tidak seperti rumah-rumah di negara barat yang langsung tiada 'grill'.
Di negara barat, senjata pistol boleh dibeli dengan senang. Di negara kita, hendak mendapat lesen senjatapipun terpaksa menunggu bertahun-tahun. Itupun perlu menunjukkan geran tanah dusun yang berpuluh-puluh ekar...
Kalau ikut logik, sepatutnya di negara barat lebih banyak berlaku rompakan kerana senjata mudah diperolehi dan rumah tidak ber'grill'. Tetapi tidak, di Skudai lebih banyak, hampir setiap minggu aku dengar ada yang menjadi mangsa.
Ini menunjukkan 2 kemungkinan. Satu, polis di negara barat lebih cekap menangani masalah jenayah. Dua, polis di negara kita lebih banyak membuat kerja-kerja politik seperti membenteras perhimpunan, melarang ceramah tanpa permit, membenarkan video lucah tertentu disebarkan dari melakukan kerja-kerja pencegahan jenayah dan mempastikan keselamatan orang awam.
Aku dulu semasa berpindah dari dalam UTM ke Taman Pulai Utama sekitar tahun 2007, ada membuat permohonan untuk menubuhkan rukun tetangga (RT). Aku bersama rakan pergi ke Wisma Persekutuan di jalan Air Molek, siap dengan nama-nama ahli dan tentatif 'post', dari Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, dan ahli jawatankuasa. Lebih 20 nama aku sertakan sebagai ahli RT Taman Pulai Utama tetapi sampai sekarang tiada maklum balas.
Itu menunjukkan betapa cekap pejabat kerajaan kita bekerja. Sepatutnya, hantarlah surat menyatakan permohonan pihak saudara dalam pertimbangan kami dan akan kami ambil tindakan. Sepatah harampun tiada maklum sampai sekarang... Geram juga...
Kita hanya cuba membantu untuk menjaga keharmonian jiran tetangga. Kurang sikit kerja polis. Kita hendak pasang 'alarm system' seperti jiran-jiran bangsa Cina, rasanya tidak mampu... Kadang-kadang, hendak tidur malampun rasa tidak tenteram.
Kalau ada RT, bolehlah kita bertugas malam secara bergilir-gilir. Itu yang membuat aku kurang faham... Bolehkah negara maju dicapai pada tahun 2020?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
maka kita boleh merasai betapa hikmah pensyariatan hukum (pencuri dipotong tangan) adalah amat besar.
ReplyDeletebenarlah, Allah itu lebih mengetahui dalam urusan hamba-hambanya.
Betul tu Kim. Tetapi susah untuk meyakinkan sesetengah pemerintah...
ReplyDeleteMungkin juga sebab rumah depa siap dengan 'alarm system' dan 'body guards'. Tidak terkena batang hidung mereka...
Salam. Boleh tahu Mutiara Rini bahagian mana rompakan tu berlaku? Sbb ana tinggal di Mutiara Rini jugak....
ReplyDeleteAna tak berapa tahu alamatnya tapi tahu rumahnya. Rumah akh Roslan Abdul Hamid, zaujahnya Anisah Mat Asi...
ReplyDeleteAkh Roslan Maktab Tarbiyah? MasyaAllah dekat ngan rumah ana...jazakallah
ReplyDelete