Tuesday, January 12, 2010

Wang Pos Malaysia...


Sudah banyak sistem kita yang menyenangkan pelanggan, contohnya ada 'internet banking' dan sebagainya. Cuma ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki!

Saya ke Pejabat Pos untuk memasukkan Wang Pos Malaysia atas nama anak, Wan Abdul Rahman ke dalam akaun Tabung Haji (TH) Wan Abdul Rahman. Kita semua maklum, Pejabat Pos menerima deposit TH dengan bayaran 60 sen untuk satu transaksi.

"Tidak boleh Encik, Wang Pos ini perlu ditunaikan dulu.", maklum pegawai kaunter Pejabat Pos. Kalau hendak kira, Wang Pos itu dikeluarkan oleh Pejabat Pos dan hendak didepositkan pula ke dalam akaun penama Wang Pos tersebut, dan bukannya hendak di'cash'kan atau dimasukkan ke dalam akaun saya! Tetapi tidak boleh dilakukan...

Saya ke pejabat TH pula, dengan andaian kalau kita boleh depositkan cek, takkan Wang Pos tidak boleh! Jawapan saya terima juga negatif. Wang Pos tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun TH penama tersebut.

Nilai Wang Pos bukanlah banyak, hanya RM30, hadiah dari bapa saudara Wan Abdul Rahman diatas kejayaannya mendapat 9A dalam PMR. Hendak suruh tuan punya diri tunaikan di Pejabat Pos bukannya satu kerja mudah kerana dia sudah tinggal di asrama SMIH. Tiada Pejabat Pos berdekatan dan tiada kenderaan awam...

Kadang-kadang logik akal tidak boleh mengalahkan sistem kewangan kita...

3 comments:

  1. Iyalah... Satu lagi tak boleh internet banking untuk masuk duit ke TH. Nak buat SI pun cuma cara potongan gaji yang boleh dilakukan kalau kerja di Malaysia sahaja. Kalau SI dari bank tak boleh. Kalau kerja overseas, tunggu balik cuti baru boleh menabung/transfer. Tak kan tak ada cerdik-pandai kita di TH yang boleh ubah benda ni? Kalau masuk di Pos M'sia pun kena tunggu 2 hari baru boleh update buku. Laa....

    Kak Leha

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kak Leha kerana sudi menulis di blog saya. Thank you..

    ReplyDelete
  3. sekarang TH dah buat internet banking, saya masuk kan duit mak & ayah dalam TH melalui akaun bank saya sahaja, senang x payah pergi pos office, masuk je duit dalam akaun saya, lepas tu hantar ke akaun TH mak & ayah,

    ReplyDelete