Wednesday, January 6, 2010

Buat 'Porch' Untuk Teduhkan Van Dan Kolam Ikan


Orang biasa sebut 'awning' tapi yang sebetulnya penggunaan bahasa ialah 'porch'. Maksud 'awning' ialah a sheet of canvas on a frame, used for shelter. Manakala 'porch' pula ialah a covered shelter over the entrance of a building.

Hari ini proses membuat 'porch' di rumahku bermula. Dua orang pekerja Prof Mahmud telah datang lebih kurang jam 8.30 pagi tadi. Kayu-kayan telah berada di depan rumahku sejak petang semalam. Agak risau juga takut kayu dicuri orang... Semalaman lampu luar aku nyalakan!

Apapun aku bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya dapat juga van berteduh di bawah naungan 'porch'. Kolam ikanpun, insyaAllah tidak lagi akan diselaputi 'algae' atau lumut kehijauan.

Sudah lama aku ingin dapatkan 'porch' sepertimana orang lain tapi sedikit demi sedikitlah... 'Last year' dah buat 'kitchen cabinet'. 'The year before' buat 'water proofing' dua bilik air yang bocor.

Tahun ini, insyaAllah buat 'porch' dan buat pintu untuk 'store room'.

Prof. Mahmud ada bertanya samaada hendak pasang 'tile' di bawah 'porch'. Aku kata, niat memang ada tapi biar dululah, insyaAllah lain kali...

Aku puji Prof Mahmud kerana beliau praktikkan kepakaran beliau. Sebagai profesor dalam bidang kejuruteraan awam beliau mempunyai syarikat sendiri yang diuruskan isteri beliau, Che 'Ah.

Pernah juga, aku melawak kepada kawan-kawan satu fakulti. "...katanya, bidang kepakaran pengurusan harta tanah tetapi rumah hanya ada satu! Kenapa tidak buat urusniaga beli rumah, jual rumah dan sebagainya..." Tetapi ada juga seorang dua yang mempunyai beberapa buah rumah dan rumah kedai untuk buat bisnes.

2 comments:

  1. salam..

    biasa la en wan,kadang-kadang kita hanya menjadi pengajar sahaja,kadang-kadang kita boleh menjadi pendidik..tetapi, bukan semua pengajar adalah pendidik..

    mengikut kata guru abah saya (arwah ustaz ibrahim),pendidik ialah orang yang menyampaikan ilmu,dan dia mengamalkan apa yang disampaikan..

    pengajar pula,orang yang menyampaikan ilmu,tetapi belum tentu lagi dia mengamalkan apa yang dia ajar..

    FIRDAUS

    ReplyDelete
  2. Betul juga kata Firdaus...

    Mungkin juga kurang mampu dari segi kewangan atau banyak kekangan lain yang lebih penting...

    ReplyDelete